Pokok cili kampung antara jenis yang mempunyai jangka hayat yang lama dan tahan serangan penyakit. Namun, pokok cili kampung ni, kedekut buah walaupun dah dibaja. Tapi tidak bagi 2 batang pokok cili So Na Ta yang di tanam di dalam tong cat ni.
Ads
Menurut So Na Ta, hasil tuaian dari 2 pokok cili ni beliau berjaya mengumpunlkan 1 dulang cili kampung. Apa rahsianya? Tanam dalam tong cat pun boleh berbuah lebat.
Ads
BAJA:
Setiap 2 minggu, lakukan pembajaan dengan hanya menggunakan air basuhan beras dan cucian ikan je. Sebagai tambahan, gunakan baja organik siap proses yang dibeli dari Milagrow
Ads
TIP TAMBAHAN TANAM CILI DALAM TONG CAT:
Letak lapisan sabut kelapa pada bahagian dasar tong cat. Ia bertujuan memebri kelembapan keapda medium tanaman untuk tempoh yang lama
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Umum tahu,kunyit dikategorikan sebagai super food yang kaya dengan pelbagai khasiat untuk kesihatan. Sebenarnya, kunyit juga antara bahan rawatan terbaik untuk tanaman dikebun anda. Antaranya ialah:
Walaupun kunyit dikategorikan sebagai superfood, ada sesetengah serangga seperti semut tidak menyukai aroma kunyit. Oleh itu, jika tanaman anda diserang semut, selain mengunakan semburan untuk mencegah kehadiran semut, boleh taburkan serbuk kunyit pada pangkal tanaman
2. MERAWAT LUKA TANAMAN
Selepas mencantas, tanaman mudah terdedah kepada bakteria pada bahagian yang baru dipotong. Hal ini akan menyebabkan pokok diancam dengan pelbagai penyakit. Sebaiknya, bancuhkan sedikit serbuk kunyit menjadi pes, sapukan pada bahagian yang di potong.
3. RAWATAN KULAPUK (OWDERY MILDEW)
Kelihatan kulapuk putih pada permukaan daun tanaman terutamanya yang berhampiran dengan tanah? rawatan alami untuk masalah ini campurkan 2 bahagian abu arang dan 1 bahagian kunyit. Taburkan serbuk ini pada tanaman yang dijangkiti pada hari yang tidak berangin. Sebaiknya taburkan pada awal pagi kerana embun pada daun akan melekat pada serbuk.
4. RAWAT GIGITAN SERANGGA
Digigit serangga ketika berkebun? ada kesannya menyebabkan kegatalan. Apa yang perlu anda lakukan adalah, bancuh serbuk kunyit menjadi pes adn sapukan padankawasan gigitan. Kandungan kunyit mudah dan cepat diserap kulit. Ia akan mengurangkan kegatalan dan alahan secara semula jadi.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Chandelier kalau letak di ruang makan terus nampak wow. Ruang makan selalunya menjadi tumpuan kedua selepas ruang tamu. Biar pun hanya dihias dengan set meja makan dan kerusi, tetapi itu bukan penyudah untuk kita menata hias ruang ini agar lebih megah dan nampak berseri.
Kredit foto: Pexels
Dengan pencahayaan sempurna seumpama inilah yang menjadikan ruang makan nampak menyenangkan lagi hebat dipandang. Jika dahulu lampu gantung merupakan lampu wajib ada di ruang ini.
Ruang makan nampak lebih menarik, fokus dan makanan juga nampak cukup menyelerakan dengan biasan cahaya warm dan elegan. Namun kini pereka menukar reka bentuk lampu tersebut kepada chandelier agar tampil lebih dramatik dan mewah.
Cuma bila disebut chandalier, pelbagai rekaan yang lebih kemas dan moden boleh disuai padan. Selaras dengan rekaan ruang makan tersebut. Bulat, empat segi atau tampil klasik mahu pun pengaruh budaya antarabangsa. Semua boleh dihubung kait dengan pemilihan lampu chandalier anda. Tidak perlu terlalu berjurai panjang. Cukup dengan bentuk yang melengkapkan tata hias di ruang ini.
Sesebuah ruang akan serta merta menjadi lebih menarik apabila mempunyai feature wall. Selain pemilihan warna cat, biasanya pemilik juga boleh pasangkan saja wallpaper untuk dapatkan feature wall yang cantik. Tetapi berbeza dengan seorang cikgu dari Negeri Sembilan ini. Selepas tersalah beli wallpaper untuk kediamannya, Puan Herdiana Hamid telah berjaya memikirkan sebuah langkah yang cukup kreatif untuk menghias dinding rumah.
Puan Dian dan suami menggunakan pelekat hitam yang amat murah dan berjaya transform dinding yang tampak kosong menjadi lebih menonjol dan menarik dengan corak burung geometrik. Jom kita tengok tranformasi nya!
BEFORE
Pelekat seperti ini boleh didapati di Mr.DIY dengan harga RM1.75 untuk yang bersaiz besar, dan 85 sen untuk yang kecil. Murah je! Puan Dian hanya memerlukan 4 tape saiz besar dan 10 tape saiz kecil untuk mendapatkan sebuah feature wall yang cantik.
AFTER
Hasilnya sangat menakjubkan. Selain menjimatkan, langkahnya juga amat mudah.
BEFORE
AFTER
Harap pembaca semua mendapat inspirasi dan selamat mencuba!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.