Raih 2 EMAS Olimpik Paris, Intai Dekorasi Kondominum Mewah RM2.48 Juta Ganjaran Gimnas Filipina. Tiada yang lebih bermakna hasil kerja keras dan usaha gigih gimnas dari Filipina ini membuahkan hasil apabila dapat mengharumkan nama negaranya dalam temasya sukan Olimpik Paris 2024 berakhir baru-baru ini.

Raih 2 EMAS Olimpik Paris, Intai Dekorasi Kondominum Mewah RM2.48 Juta Ganjaran Gimnas Filipina
Carlos Edriel Yulo,24 Pemenang 2 Pingat Emas Olimpik Paris 2024

Raih 2 Pingat Emas Acara Gimnastik

Istimewanya atlet gimnastik lelaki Filipina, Carlos Edriel Yulo,24 ini berjaya meraih bukan satu tetapi 2 pingat emas sekaligus dalam acara senaman lantai lelaki gimnastik. Ia juga merupakan pingat emas kedua dan ketiga buat Filipina selepas mendapat pingat emas pertama oleh Hidlyn Diaz yang memenangi acara angkat berat di Olimpik Tokyo, 3 tahun lepas.

Diraikan bagai seorang hero, pelbagai ganjaran mewah menanti buat gimnas muda ini daripada pelbagai pihak. Iaitu daripada kerajaan Filipina sendiri mahupun pelbagai syarikat swasta.

Kondominium Mewah, McKinley Hill RM2.48 juta

Terbaru dalam Pemaju Hartanah terkenal di Filipina, Megaworld telah menghadiahkan gimnas ini sebuah kondominium yang terletak di kawasan perumahan mewah di Manila. Ia juga merupakan salah satu daripada 3 ganjaran rumah yang telah dijanjikan bagi pemenang pingat emas olimpik Paris.

Raih 2 EMAS Olimpik Paris, Intai Dekorasi Kondominum Mewah RM2.48 Juta Ganjaran Gimnas Filipina Raih 2 EMAS Olimpik Paris, Intai Dekorasi Kondominum Mewah RM2.48 Juta Ganjaran Gimnas Filipina

Kondominium McKinley Hill, Taguig City ini bernilai ₱32 mil (RM2.48 juta), berkeluasan 100sqm (1,076kps), mempunyai 3 buah bilik. Ia dilengkapi dengan perabot dan perkakasan rumah seperti peti sejuk, ketuhar, dapur, microwave, smart televisyen, game console dan sebagainya.

Raih 2 EMAS Olimpik Paris, Intai Dekorasi Kondominum Mewah RM2.48 Juta Ganjaran Gimnas Filipina Raih 2 EMAS Olimpik Paris, Intai Dekorasi Kondominum Mewah RM2.48 Juta Ganjaran Gimnas Filipina

Raih 2 EMAS Olimpik Paris, Intai Dekorasi Kondominum Mewah RM2.48 Juta Ganjaran Gimnas Filipina

Kondominium ini juga mempunyai 2 balkoni yang boleh diakses dari ruang tamu dan bilik tidur utama. Mempunyai bilik pembantu rumah yang dilengkapi bilik air sendiri.

Raih 2 EMAS Olimpik Paris, Intai Dekorasi Kondominum Mewah RM2.48 Juta Ganjaran Gimnas Filipina Raih 2 EMAS Olimpik Paris, Intai Dekorasi Kondominum Mewah RM2.48 Juta Ganjaran Gimnas Filipina

Raih 2 EMAS Olimpik Paris, Intai Dekorasi Kondominum Mewah RM2.48 Juta Ganjaran Gimnas Filipina

Bukan itu saja, lebih istimewa meja kopi di ruang tamu direka khas berbentuk replika pingat emas yang dimenangi di Olimpik Paris.

Raih 2 EMAS Olimpik Paris, Intai Dekorasi Kondominum Mewah RM2.48 Juta Ganjaran Gimnas Filipina

Karya seni diperbuat daripada daun pokok getah asli hasil buatan tangan oleh pekerja Megaworld dan artis daun Edimar Paclibar, mempamerkan potret Carlos Yulo, logo Sukan Olimpik Paris 2024 dan mercu tanda ikonik McKinley Hill.

Raih 2 EMAS Olimpik Paris, Intai Dekorasi Kondominum Mewah RM2.48 Juta Ganjaran Gimnas Filipina

Pihak pemaju juga menghadiahkan wang tunai sebanyak ₱3 mil (RM232 ribu) kepada gimnas ini. Rezeki sungguh! Setimpal dengan usaha gigih yang diberikan untuk memperolehi 2 pingat emas olimpik.

Mesti Baca: Idea ‘LOUVERS SHELTER’ Berkonsep Inside Out, Ruang Santai Di Laman Rumah
Baca Lagi Di Sini: Rumah Berkonsep ‘Modern Earthy’ ANDI BERNADEE, Serlah Estetik Kediaman
Artikel Menarik: Ubah Suai Rumah Pusaka Uzur Usia 50 Tahun Jadi Konsep Vintage Retro!

IMPIANA: Tahniah di atas kejayaan mendapat 2 pingat emas, sekaligus mengharumkan nama negara Filipina. Tumpang gembira dengan pelbagai ganjaran dan rezeki yang diperolehi, setimpal dengan usaha gigih yang diberikan oleh atlet ini.

Sumber: GMA News, Megaworld Corporation

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI