Bawang merah antara bahan masakan penting yang digunakan ketika memasak. Baru-baru ini sepasang suami isteri Azhar Arshad, 57, dan Haslina Hassan, 59, mencatat kejayaan luar biasa dalam usaha mereka menanam bawang merah jenis Bima Brebes yang berasal dari Jawa Timur, Indonesia.
Merujuk laporan Berita Harian, hasil tuaian pertama projek ini berjaya membawa pulangan lebih RM30,000, memberi mereka keyakinan untuk memperluaskan tanaman ini di Pahang.
Pasangan ini tidak hanya bergantung pada tanaman bawang. Sebelum ini, mereka turut mengusahakan tanaman lain seperti nanas, kelapa, cempedak, pisang, durian, dan mangga di kawasan sama selama lima tahun.
“Tanaman bawang merah masih kurang diusahakan di negara kita, walaupun ia sangat popular di Indonesia dan India. Kami melihat potensi besar di sini, memandangkan permintaan pasaran yang sangat tinggi,” jelas Haslina.
Namun, tanaman bawang merah kini menjadi fokus utama mereka kerana potensi pulangannya yang lebih pantas. Cara penanamannya pun senang saja, boleh ikut perkongsian Azlina Mat Lazim ini.
Senangnya tanam bawang
1. Jika mahu tanam ubi bawang potong sedikit akar dan kepala bawang.
2. Jika untuk daun, hanya potong kepala bawang hingga nampak isi tengah.
Tujuan potong kepala bawang adalah utk percepatkan proses pengeluaran daun bawang.
Ads
Bawang yang dipotong akar tak boleh diambil daun nanti mati pokok bawang berebut nutrien
3. Untuk tanam bawang medium 2:1 Pasir dan tanah.
4. Penjagaan: Bawang tak perlu racun serangga sebab serangga pun takut dgn bawang. Bau busuk. Gunakan baja masa mula tanam saja. Saya tak guna baja.
Kena ingat bawang macam kambing, tak suka air. Jangan rajin siram bawang. Siram tengok keadaan.
Ads
5. Bila tunas bawang dah muncul tak perlu timbus. biarkan saja. Kalau bawang dah keluarkan bunga, kena buang. Kalau tidak ubi bawang kurus/kecil.
6. Tempoh matang ubi ni hanya 2 bulan lebih. Jadi kalau nak kenduri guna bawang banyak bolehlah tanam sebelum tu.
Tanam bawang hanya pada MUSIM PANAS tapi kalau untuk daun sahaja tiada musim. Tanam saja cuma kena pandai kawal air.
Tanam bawang BESAR (ubi banyak). Bawang kecik (ubi sikit).
Ads
Dah boleh tuai!
Kalau berhajat nak kenduri kendara dan guna banyak bawang bolehlah mula tanam dari sekarang. Selamat mencuba!
IMPIANA : Menanam bawang merah bukan sahaja memberikan anda pendapatan yang lumayan, tetapi juga peluang untuk menjana ekonomi keluarga.
Samsung Electronics Malaysia telah melancarkan unit penyaman udara baharu yang menampilkan teknologi penyejukan Wind-Free ™. Model AR9500T yang inovatif dan unik ini telah diperkenalkan ke pasaran di seluruh dunia.
Penyaman udara AR9500T tercipta untuk merevolusikan pasaran sebagai unit bebas angin yang pertama dengan penyejukan adaptif dan kemampuan AI. AR9500T menambahkan kepintaran dan kemudahan dengan mengoptimumkan proses penyejukan dengan ciri AI Auto Cooling, yang membolehkan pengguna menggunakan penyaman udara mereka dengan lebih mudah dan cekap. Ia berfungsi dengan menganalisis keadaan bilik, suhu pilihan pengguna dan mod penyejukan, dan bahkan iklim luar untuk beralih ke tetapan yang paling sesuai secara automatik.
Fungsi “fast-cooling” atau penyejukan pantas berfungsi dengan menyejukkan bilik dengan cepat dari satu sudut ke sudut yang lain. Ia menyebarkan udara sejuk lebih jauh dan lebih luas untuk memastikan selimut udara sejuk yang konsisten tidak kira di mana anda berada di dalam bilik. Digital Inverter Boost dalam unit Bebas Angin ini dapat mengurangkan masa yang diperlukan untuk pemampat mencapai kuasa maksimum sebaik sahaja ia mula beroperasi. Ini membantunya menyejukkan udara 43 peratus lebih cepat berbanding model konvensional. Dalam mod Penyejukan Bebas Angin, udara segar disebarkan dengan lembut dan sekata melalui 23,000 lubang mikro. Ini mewujudkan atmosfera yang sejuk tanpa penghasilan angin kuat yang tidak menyenangkan.
Terima kasih kepada pemampat Digital Inverter Boost yang cekap tenaga, AR9500T mengurangkan penggunaan tenaga sehingga 73 peratus dan dilengkapi dengan label tenaga 5-Bintang untuk CSPF – penarafan tenaga tertinggi yang terdapat di Malaysia.
Harga adalah seperti di bawah:
1.0hp – MYR2.399
1.5hp – MYR2.699
2.0hp – MYR3.699
2.5hp – MYR4.399
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai penyaman udara Samsung AR9500T Wind-Wind, layari Samsung Malaysia.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Baru-baru ini, jenama telefon pintar antarabangsa Samsung telah melancarkan siri keempat untuk model telefon lipat terbaharu mereka iaitu Samsung Galaxy Z Fold4 dan Galaxy Z Flip4.
Setiap kali kedua-dua model telefon pintar ini dilancarkan sering mendapat perhatian ramai oleh kerana keunikan reka bentuk serta teknologi yang dimiliki pada telefon pintar ini.
Apabila kita bercakap soal tentang telefon pintar Samsung Galaxy Z Flip4 ini, adakah benar ia direka khas hanya untuk kaum wanita yang sofiskated sahaja oleh dek kerana reka bentuknya yang kecil?
Malah ada juga yang beranggapan telefon pintar ini hanya sesuai untuk diguna pakai oleh kaum wanita ekoran ia sering didatangkan dengan pilihan warna lembut seperti emas, ungu dan merah jambu untuk siri model terdahulu.
Selain itu, setiap kali siri model telefon ini mula dipasarkan ia sentiasa menggunakan pendekatan pemasaran dengan menampilkan model wanita dalam iklan promosi untuk siri model telefon pintar berkenaan.
Maka dengan itu, siri model telefon pintar Samsung Galaxy Z Flip sememangnya direka khas dan mensasarkan keutamaan jualan kepada kaum wanita. Namun, tidak ada salahnya sekiranya ada kaum lelaki atau anak muda masa kini yang ingin menggunakan telefon pintar lipat ini.
Untuk telefon pintar siri model terbaharu ini, ia dijual dengan harga serendah RM4,099 dan didatangkan dengan empat pilihan warna menarik iaitu Bora Purple, Graphite, Pink Gold dan Blue.
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan telefon pintar lipat siri model Samsung Galaxy Z Flip4 terbaharu ini, anda boleh segera membuat pra-tempahan di mana-mana cawangan pusat jualan Samsung yang berdekatan dengan anda atau menerusi laman sesawang rasminya, www.samsung.com.my.
Sumber: Samsung Malaysia Website
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Menanam sayuran sendiri di rumah bukan sahaja dapat memberikan kepuasan yang tidak tertandingi, tetapi juga membantu mengurangkan kos belanja harian. Salah satu sayuran yang mudah untuk ditanam dan tidak memerlukan banyak ruang adalah Sawi King Kong.
Tanam sawi King Kong dalam bekas minyak, sangkut pada tiang
Sedikit perkongsian untuk yang baru mula bercucuk tanam. Gambar hasil tanaman saya menggunakan botol minyak masak sebagai bekas tanaman.
Botol minyak masak ini dipotong dua dan dilubangkan di bahagian bawah. Letak besi pada bekas untuk mudah disangkutkan pada tiang.
Medium yang digunakan cocopeat saja kerana ringan sebab nak disangkut pada tiang.
Cara penanaman
Untuk biji benih boleh cari jenis sawi giant (boleh beli secara online).
2. Semai biji benih dulu tunggu sehingga anak pokok sawi ada 4 helai daun kemudian barulah dialihkan dalam bekas minyak yang berisi cocopeat.
3. Sebaiknya alih pada waktu lewat petang dan letak di tempat redup dulu 2-3 hari supaya stabil.
4. Untuk lebih mudah boleh juga semai terus biji benih dalam bekas tapi basahkan cocopeat terlebih dahulu. Cara ini anak pokok sawi tak perlu dialih.
5. Tanam 1-3 pokok sawi dalam satu bekas dan lakukan siraman dua kali sehari. Jika cocopeat lembap tak perlu siram.
6. Selepas seminggu dialihkan boleh baja tapi dalam dos yang rendah. Guna baja AB. Supaya daun elok cantik lakukan juga semburan cuka kayu.
Ini adalah hasil sawi selepas lebih kurang 40 hari.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.