Bawang merah antara bahan masakan penting yang digunakan ketika memasak. Baru-baru ini sepasang suami isteri Azhar Arshad, 57, dan Haslina Hassan, 59, mencatat kejayaan luar biasa dalam usaha mereka menanam bawang merah jenis Bima Brebes yang berasal dari Jawa Timur, Indonesia.
Merujuk laporan Berita Harian, hasil tuaian pertama projek ini berjaya membawa pulangan lebih RM30,000, memberi mereka keyakinan untuk memperluaskan tanaman ini di Pahang.
Pasangan ini tidak hanya bergantung pada tanaman bawang. Sebelum ini, mereka turut mengusahakan tanaman lain seperti nanas, kelapa, cempedak, pisang, durian, dan mangga di kawasan sama selama lima tahun.
“Tanaman bawang merah masih kurang diusahakan di negara kita, walaupun ia sangat popular di Indonesia dan India. Kami melihat potensi besar di sini, memandangkan permintaan pasaran yang sangat tinggi,” jelas Haslina.
Namun, tanaman bawang merah kini menjadi fokus utama mereka kerana potensi pulangannya yang lebih pantas. Cara penanamannya pun senang saja, boleh ikut perkongsian Azlina Mat Lazim ini.
1. Jika mahu tanam ubi bawang potong sedikit akar dan kepala bawang.
2. Jika untuk daun, hanya potong kepala bawang hingga nampak isi tengah.
Tujuan potong kepala bawang adalah utk percepatkan proses pengeluaran daun bawang.
Bawang yang dipotong akar tak boleh diambil daun nanti mati pokok bawang berebut nutrien
3. Untuk tanam bawang medium 2:1 Pasir dan tanah.
4. Penjagaan: Bawang tak perlu racun serangga sebab serangga pun takut dgn bawang. Bau busuk. Gunakan baja masa mula tanam saja. Saya tak guna baja.
Kena ingat bawang macam kambing, tak suka air. Jangan rajin siram bawang. Siram tengok keadaan.
5. Bila tunas bawang dah muncul tak perlu timbus. biarkan saja. Kalau bawang dah keluarkan bunga, kena buang. Kalau tidak ubi bawang kurus/kecil.
6. Tempoh matang ubi ni hanya 2 bulan lebih. Jadi kalau nak kenduri guna bawang banyak bolehlah tanam sebelum tu.
Tanam bawang hanya pada MUSIM PANAS tapi kalau untuk daun sahaja tiada musim. Tanam saja cuma kena pandai kawal air.
Tanam bawang BESAR (ubi banyak). Bawang kecik (ubi sikit).
Dah boleh tuai!
Kalau berhajat nak kenduri kendara dan guna banyak bawang bolehlah mula tanam dari sekarang. Selamat mencuba!
IMPIANA : Menanam bawang merah bukan sahaja memberikan anda pendapatan yang lumayan, tetapi juga peluang untuk menjana ekonomi keluarga.
Sumber: BH , Misnah Olo
Mesti Baca: Nubhan Beri Kejutan, Cantik Hasil Renovasi Dapur Baru ‘Mak Jenny’
Baca Lagi Di Sini: Jual Rumah Teres Beli Rumah Flat Keluasan 753kps, Makeover Cantik & Selesa!
Artikel Menarik: Transformasi Rumah Flat 650 Kaki Persegi, Dekorasi Simple Tampak Elegan & ‘Cozy’!
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.