Sejak kebelakangan ini, tidak dinafikan memang ramai yang sudah mula menjinak-jinakkan diri untuk bercucuk tanam di rumah. Tidak kurang juga yang membela tanaman hiasan dalam pasu sebagai salah satu langkah pembersihan udara dalam rumah selain sebagai penaik seri sesebuah ruang.
Tetapi tidak semua kediaman mempunyai kawasan laman yang lapang. Lebih-lebih lagi buat mereka yang tinggal di kediaman jenis apartmen atau kondominium. Balkoni sekangkang kera itu sajalah yang boleh dijadikan ruang untuk berkebun.
Perkongsian kali ini memberi solusi buat masalah tersebut. Melalui posting Abdul Hadi dalam group KKDIY. Bagi memenuhi keinginan isteri yang mahukan rak pasu untuk tanaman hiasannya, Encik Hadi telah bina sendiri rak dari paip PVC. Sangat kreatif dan jimat! Mari ikuti perkongsiannya.
Salam semua KKDIY.
Kali ni nak share rak pasu diy dari paip pvc permintaan isteri tersayang.
Sambung2 paip pvc, alaskan kayu spin terpakai dan skru. Jadi lah rak pasu bunga ni. Sesuai untuk pasu yang agak kecil dan ringan.
Pemasangan fitting ni agak ketat. Memng tak guna gam langsung. Cuma kayu tu kita skru kan ke paip untuk lebih kukuh. Ada kayu yang disusun melintang, ada yang menegak untuk pastikan bahagian kiri, kanan, depan & belakang secure.
Cuma bab nak angkat kene pastikan hati-hati. Boleh tercabut kalau berat sebab tak gam
Next time nak adjust tinggi atau extend mana-mana bahagian, boleh cabut semula.
Dan boleh juga kalau pasangkan roda untuk mudah alih. Supaya lebih selamat, ikatkan pada dinding belakang supaya tak mudah tumbang ke depan.
Fittting tu semua online kat shoppe saiz 3/4 inchi.
Semoga bermanfaat.
p/s ; Anda juga boleh cuba spray rak pvc ini bagi mendapatkan efek lebik menarik dan kemas.
Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!