Umum tahu kulit telur membantu menyuburkan tanaman di laman. Tapi Impiana lihat, ramai tak menggunakan kulit telur yang tersisa dari dapur sebagai baja tanaman. Tak pasti sama ada lupa, tak tahu atau malas untuk gunakan kulit telur sebagai baja organik pada tanaman. Jadi, Impiana kongsikan khasiat kulit telur hasil perkongsian Sue Haiza dalam group Berkebun Untuk Beginner
Mungkin ramai yang sudah tahun dan maklum akan khasiat kulit telur kepada tanaman dan ramai yang telah mempraktikkannya. betul kan
Kulit Telur Sebagai Baja Organik sebenarnya mempunyai khasiatnya yang tersendiri kepada tumbesaran pokok kita. kalsium yang terdapat dalam kulit telur ini mampu mempercepatkan proses tumbesaran pokok. Pokok apakah yg paling banyak memerlukan kalsium? salah satunya adalah tomato
Baca juga: Cara Biak Pokok Sup Dari Biji Benih Menggunakan Kulit Telur Yang Pasti Menjadi
Selain itu, bayam juga memerlukan kalsium yg tinggi untuk tumbesarannya. pokok lain yg saya tidak sebutkan jg boleh dibajakan dgn kulit telur. kulit telur juga dikatakan mampu mengawal kehadiran siput kebun. apakah reasonnya? ini adalah kerana ketajaman yg ada pd kulit telur itu sendiri. sekiranya kita menabur kulit telur di sekitar pokok,siput akan menyerah kalah kerana jika badannya yg lembut terkena serpihan kulit telur, mmg amat perit bg seekor siput
kulit telur juga mampu meneutralkan tanah&mengurangkan asid pd tanah. dgn ini ia mampu menyuburkan lgi tanaman kita
Baik, bagaimana nk sediakan baja dari kulit telur ini? caranya senang sahaja. cuma prlu basuh dgn bersih,keringkan, hancurkan dan kemudian bolehlah ditabur disekitar tanaman kita. sekiranya kita menanam utk kegunaan sendiri ,boleh cuba kaedah yg senang ini tanpa perlu hbskn wang untuk membeli baja. atau boleh jadikan ini sebagai tambahan kpd baja yg telah kita beli. xsalah mencuba kan
selamat mencuba
*info ini saya perolehi dari pembacaan&pengalaman saya. sama2 berkongsi ilmu
Selain itu, kulit telur juga dikatakan elok untuk merawat kulit muka yang bermasalah. Mari ikuti kegunaan kulit telur yang tak pernah kita terfikir pun!
Tanah yang mempunyai pH yang rendah biasanya mengandungi kandungan kalsium yang rendah. Menaburkan kulit telur yang telah dihancurkan pada permukaan tanah tersebut akan meningkatkan kandungan pHnya tersebut. Ini sesuai bagi taman yang mempunyai tanah jenis berasid. Jadi, penambahan kulit telur akan bertindak sebagai suplemen yang akan menyuburkan tanaman.
Kaedah: Hancurkan kulit telur sehingga halus bagi mempercepatkan penyebaran kalsium kepada tanah. Taburkan secara sekata di sekitar tanaman ataupun digaulkan bersama bahan kompos.
Gunakan kulit telur sebagai bekas penyemaian biji benih. Selain daripada bersifat keras dan mampu menampung tanah, kandungan kalsium yang terdapat pada kulit telur juga dapat membantu tumbesaran biji benih.
Kaedah: Kulit telur dibersihkan terlebih dahulu, kemudian medium penanaman 2:1:1 (2 tanah loam, 1 bahan organik: 1 pasir) dimasukkan separuh daripada ruang telur. Masukkan biji benih dan tunggu sehingga bijih benih bercambah. Seterusnya boleh dipindahkan ke dalam pasu yang lebih besar.
Apabila memiliki taman yang menghijau dan subur pasti menggamit serangga penghisap darah, nyamuk. Pembaca mesti pernah melihat lilin jenis ini dijual dipasaran. Lilin yang diperbuat daripada serai wangi ini mampu menghalau nyamuk serta serangga perosak di kediaman anda. Buat sendiri lilin ini menggunakan kulit telur sebagai bekas acuan. Letakkan lilin ini di atas meja ruang tamu, anjung atau decking
untuk membantu mengurangkan serangan nyamuk dan serangga lain.Kaedah: Pecahkan telur di bahagian paling atas. Cuci kulit telur sehingga bersih. Keringkan dan masukkan serai wangi dan lilin yang telah dipanaskan.
4. Masker wajah
Akhir sekali, kulit telur juga boleh membantu merawat beberapa masalah kulit serta melicinkan kulit wajah.
Masukkan serbuk kulit telur ke dalam cuka epal dan rendamkan ia selama beberapa hari. Kemudian, sapukan campuran tadi pada kulit yang gatal.