Extension wire atau soket antara peralatan elekronik yang menjadi keperluan. Tapi ramai yang silap. Setiap extension wire atau wayar penyambung ni mempunyai kegunaan yang berbeza. Salah guna, bukan sahaja barang elektrik anda rosak, malah mengundang masalah lain seperti punca kebakaran litar pintas.

James Hukala perincikan jenis dan kegunaan yang sesuai untuk setiap wayaer atau soket penyambung.

Hari ni, saya nak share tentang peralatan wayar penyambung atau adaptr. Untuk ibu bapa atau pengguna, sila ambil perhatian.

WAYAR PENYAMBUNG

Benda ni sangat praktikal digunakan di rumah. Ia muda dan murah. Akan tetapi, penyambung ini hanya sesuai digunakan untuk kerja-kerja atau waktu sementara sahaja.

Tidak sesuai untuk kegunaan:
Peti sejuk, ala penghawa dingin, oven, microwave dan pemanas air

Cara betul penggunaan:
Pastikan wayar ditarik semua keluar dari gulungan. inilah adalah untuk mengelakkan rintangan( resister) aliran elektrik akan tersekat..tanpa berbuat begitu bil elektrik akan melambung..lebih parah lagi boleh mengakibatkan kebakaran disebabkan litar pintas ( shock circuit)

SOKET PENYAMBUNG 3 PIN

Sama seperti wayar penyambung, soket 3 pin ini juga hanya sesuai untuk kerja-kerja sementara sahaja.

Tidak sesuai untuk kegunaan:
tidak sesuai untuk Tv,radio, computer.peti sejuk dan lebih2 lagi peralatan elektronik digital.

Cara betul penggunaan:
Sebaiknya gunakan adaport. ianya seakan akan sama cuma ia dikawal oleh fuse & cip elektronik didalamnya..jika berlaku kilat atau powersurge ( arus mengejut) fuse Adaport akan putus & menyelamatkan peralatan elektrik..