Ramai Tak Tahu Rupanya Banyak Fungsi Berguna GEL SILIKA Untuk KediamanPerasan tak setiap kali bila beli kasut atau botol-botol ubat jenis kapsul ada disertakan sekali paket kecil, bertulis ‘Silica Gel’. Ia bukan disertakan saja-saja tau.
Gel Silika ini mengandungi bahan seperti silicon dioxide, yang bertindak sebagai pengering atau bahan yang menyerap kelembapan. Ia berfungsi untuk mengelakkan barang menjadi busuk atau rosak dan mampu untuk bertahan lebih lama. Sekaligus dapat mengurangkan risiko produk berkulat, berkarat atau teroksida akibat udara yang terkedap serta terperangkap di dalam ruang simpanan produk tersebut.
Walaupun dekat paket gel silika itu tulis “THROW AWAY” atau perlu dibuang namun sebenarnya ia masih bermanfaat dan boleh digunakan lagi untuk tujuan lain pada kediaman.
1. Segarkan Suasana Bilik
Jika bilik mula ‘berbau’ yang tidak menyenangkan, boleh gunakan gel silika ini untuk menyegarkan ia kembali. Caranya hanya perlu keluarkan biji-bijian gel silika daripada paket ke dalam bekas dan titiskan pati minyak esential kegemaran seperti ros, lavender, lemon dan sebagainya. Hasilnya bilik berbau harum dan lebih segar.
2. Hilangkan Bau Busuk
Silica gel sangat berguna dan mampu menyerap kelembapan dan juga dapat melindungi kasut yang ada. Lebih-lebih lagi kasut yang mudah berbau busuk kerana berpeluh seperti kasut sukan. Dengan meletakkan gel silika dalam kotak mahupun rak kasut. Ia dapat mengurangkan bau busuk serta menghapuskan bakteria pada kasut atau stokin.
3. Elakkan Barang Berkarat & Berkulat
Ada banyak barang yang mudah berkarat dan berkulat di dalam rumah seperti pisau cukur, pisau dapur, ketip kuku, gunting serta banyak lagi objek terutama kalau ia daripada bahan besi.
Ads
Bagi memastikan barang-barang di atas tidak mudah berkarat atau berkulat gara-gara persekitaran yang lembap dan basah, sila simpan objek peribadi ini bersama gel silika di dalam bekas kedap udara untuk memastikan ia kekal kering.
4. Selamatkan Gambar-Gambar Lama
Walaupun zaman sekarang ni, ramai orang simpan gambar dalam komputer, hard disk,drive,dropbox atau cloud dan sebagainya kenangan gambar-gambar lama yang telah dicuci tetap ada.Jika tidak dijaga elok, gambarnya boleh ‘melekat’ dan rosak.
Cara untuk selamatkan gambar-gambar penuh memori ini adalah dengan meletakkan gambar-gambar tersebut ke dalam kotak bersama dengan beberapa paket gel silika.Ia akan kekal kering dan mampu bertahan lama daripada kerosakan.
5. Menjaga Barang Perhiasan Agar Tetap Berkilau
Jika ingin memastikan barang kemas mahupun barang-barang perhiasan tetap berkilau, letakkan gel silika ini di dalam kotak atau bekas perhiasan tersebut. Seeloknya kotak perhiasan tersebut dari jenis fabrik bagi mengelakkan kelembapan yang membuatkan barang kemas/perhiasan tersebut jadi pudar dan tidak bersinar.
Ads
6. Baju Jarang Digunakan Tahan Lama
Salah satu trik untuk mengekalkan ketahanan baju-baju yang jarang digunakan adalah meletakkan sekali silika gel ketika menyimpannya. Baju-baju yang jarang digunakan seperti jaket, baju sejuk akan lebih tahan lama dan bau seperti baju baru bila diletakkan gel silika ini.
7. Menjaga Dokumen Penting
Kelembapan dapat membuatkan dokumen penting seperti surat beranak, geran rumah, geran kereta dan sebagainya mudah rosak dan berlapuk. Malah lebih teruk ada yang dimakan anai-anai. Meletakkan paket gel silica di antara dokumen-dokumen penting ini dapat membantu mengelakkan ia lembap dan kekal kering, meskipun disimpan dalam waktu yang lama.
8. Bahan Makanan Kering Tahan Lama
Masukkan gel silika ini ke dalam bekas kedap udara untuk menyimpan biskut, gula, kekacang, beras, serbuk milo, teh, kopi dan sebagainya mampu membuatkan ia tahan lama, kekal kering dan tak keras kerana masuk angin.
Ads
9. Mengeringkan Handphone
Saat cemas, bila handphone terkena air.Memang panik dibuatnya. Ialah segala gambar, contact no dan benda penting ada dekat handphone tu.Lebih risau kalau risau jika rosak dan langsung tak boleh digunakan. Jangan bimbang, cara mudah hanya perlu lap handphone tersebut, masukkan gel silika dan handphone ke dalam plastik kedap udara (ziplock). Biarkan selama 5 hingga 6 hari dan lihat hasilnya.
Selamat Mencuba!
IMPIANA: Jadi selepas ini, jangalah buang gel silika ini iya. Manfaatkan iya untuk perkara-perkara di atas.
Tahukah anda bahawa produk pertama yang menggunakan WD-40 adalah peluru berpandu? WD-40 adalah antara produk pelincir terkenal dunia. Bagi mereka yang bergiat dalam dunia otomotif, produk berbekas biru dengan label kuning nie memang tidak asing lagi.
1. Hilangkan lakaran puitis si cilik anda pada dinding
Perkara ini kerap berlaku pada ibu bapa terutamanya bagi yang mempunyai anak yang sedang aktif dan suka meneroka dunia. Terlebih kreatif, dinding pun jadi ruang mereka menunjukkan bakat. NAH.. berwarna warni. ada yang ambil keputusan untuk cat balik dan ada pula beli cat yang boleh dilap. MAHAL TU!
Paling mudah, anda semburkan sahaja WD-40 nie pada lakaran si cilik anda dan lap sahaja. DAH HILANG
2. Kilatkan krom
Macam-macam petua dan tip digunakan untuk mengilatkan permukaan krom. Ada yang guna ubat gigi, cuka dan sebagainya. Namun, hasilnya tak sehebat mengunakan WD-40. Semburkan dan gosok perlahan dengan kain lebut je. Tak perlu sental beria-ia. Tak eprcaya, Cubalah.
3. Membersihkan pelekat/sticker
Ada kalanya price tag pada perabut menggunakan pelekat yang sukar utuk ditanggalkan sepenuhnya. Atau anda buat hack pada perabut dengan menggunakan pelekat. Lepas tu nak ubah angin, nak deko balek meja tu. Tapi sticker yang anda gunakan sukar untuk dibersihkan.
Ha.. Apa lagi. Ambil botol ajib berwarna biru nie, semburkan dan gosok sahaja. Dah tertanggal.
Menariknya, produk ini sesuai untuk semua pampir semua jenis permukaan termasuklah kulit, plastik, besi, kayu dan getah tanpa merosakan cat. Namun begitu, polycarbonate dan clear polystyrene plastictak boleh tau
4. Hilangkan bunyi kipas yang bising
Biase kipas dah lama-lama tue sering hadpi masalh ini. Ramai yang ingat.. kipas rosak dan gantikan dengan yang baru. Sebanarnya ada bahgaian di dalam kipas tue yang berkarat menyebabkan pergeselan berlaku dan berbunyi bising. Ambil jer WD-40 nie.. sambungkan muncung halus macam straw tue.. dan semburkan pada bahagian anjin di atas kipas tue.. selesaaaaaiii
5. Hilangkan karat pada engsel pintu
Engsel pintu bila dah berkarat mesti bunyinya bising macam kipas tue. Bagi kakak-kak atau abang-abang yang suker buat kejutan pada pasangan tue.. perkara ini akan membantutkan program. Oleh itu, spraykan sahaja pelincir power ini pada bahagian engsel.
6. Kilatkan dinding jubin bilik air dan mangkuk tandas
Dinding jubin bilik air dan mangkuk tandas lama kelamaan akan kusam sebab ada tindak balas kimia dari air dan sabun yang digunakan. Nak bagi nampak baru, semburkan sahaja WD-40 pada permukaan jubin dan dibiaarkan beberapa ketika sebelum dibilas dengan air bersih. HEBATKAN?
7. Kilatkan permukaan perabut
WD-40 boleh kilatkan sofa kulit anda yang telah kusam. Sembur sedikit sahaja pada permukaan kain yang bersih dan gosokkan pada permukaan sofa anda.
8. Kilatkan cermin
Ada petua cakap, nak bersihkan cermin guna kertas, tak boleh guna kain. Tapi dah tray buat masih kusam. Oleh itu gunakan WD-40. Sembur pada permukaan cermin dan gosokkan. dah kilat.
9. Elak Peralatan berkebun dan menukang berkarat
Barang berkebun dan menukang bila dah sampai masa akan berkarat. beli lah mahal mana pun, keadaan nie tetap jadi tau. Nak atas masalah ini berlaku, selepas gunakan peralatan dan perkakas tersebut, bersihkan dan keringkan. Sebelum disimpan, sembur dengan pelincir ajaib ni.
10. Tanggalkan kotoran degil pada permukaan table top
Benda ni paling kita tak suka. Ada kesan kicap, kopi atau ape-ape sahaja kotoran degil yang tersisa atas table top kat dapur. Buat sakit mata. Penyelesaian mudah, sembur WD-40 pada kesan kotor tersebut dan biarkan seketika. Selepas itu, gosok dan lap lagi sekali dengan kain yang bersih. TADAAAAAAA.. kotoran degil tiada lagi
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Jarang-jarang dapat kita dengar atau melihat jenama produk serbuk pencuci Sabun Badang ini dijual pasaraya mahupun di mana-mana kedai runcit. Jadi, sudah pasti ada segelintir di kalangan anda yang belum mengenali dengan jenama sabun pencuci ini.
Jenama sabun pencuci ini apabila kita dengar seakan-akan sama seperti produk ‘ubat kuat’, al maklumlah perkataan ‘Badang’ itu sendiri sudah mengambarkan kisah lagenda orang Melayu dulu-dulu iaitu Badang yang gagah lagi perkasa
Jadi, sudah pasti ‘Sabun Badang’ ini merupakan satu bahan pencuci yang mempunyai kuasa hebat untuk mencuci segala kesan kekotoran dengan mudah.
Tahukah anda, Sabun Badang ini bukan sahaja boleh digunakan untuk mencuci fabrik pakaian, ia juga adalah merupakan sabun pencuci serbaguna yang berkesan menghilangkan kotoran degil seperti tompokan berminyak, daki, karat dan macam-macam lagi,
Selain boleh digunakan pada semua jenis fabrik, ia juga boleh digunakan untuk mencuci kotoran degil pada permukaan bawah kuali dengan sangat mudah.
Hanya menggunakan satu senduk kecil serbuk pencuci Sabun Badang ini dengan anggaran seberat 30gram bersama air panas, lalu dibiar rendam seketika sebelum mencuci. Memang sangat memudahkan dan menjimatkan masa anda.
Sebotol Sabun Badang ini seberat 800gram dijual dengan harga serendah RM29 sahaja. Bagi anda yang ingin mendapatkannya, boleh sahaja membuat pembelian secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Kebersihan kereta selalunya kurang kita beri perhatian. Cukup hantar cuci seminggu sekali, supaya luar nampak berkilat dan lantai tidak berpasir. Tetapi ada satu lagi bahagian yang sebenarnya menyembunyikan pelbagai kuman, debu dan habuk.
Ya, kusyen kerusi kereta yang berpeta atau berbekas akibat tertumpah air dan makanan itu bukan sahaja nampak kotor pada fizikalnya saja, tetapi juga kotor dengan debu terkumpul.
Jika mahu minta kedai cucikan, boleh menelan belanja sehingga RM100 keatas. Tetapi melalui perkongsian Puan Farizah Mohamed di facebook nya, ada cara yang lebih jimat untuk hilangkan kotoran seperti ini.
“Nak share benda best utk CUCI KUSYEN KERETA! Tiada lagi berpeta/berdebu.
Boleh juga gunakan untuk karpet, sofa & tilam!
Nak hantar cuci kat kedai mahal kan, jadi jom buat sendiri. Murah je beli kat Mr. DIY RM6+ je
Memang puas hati.
Saya ajar bagaimana nak cuci bagi bersih ye”
Terdapat dua jenis pembersih yang boleh dipilih :
Multi Purpose Foam Cleaner – RM6.75 (datang dengan berusnya sekali)
Tough Stain Fabric Cleaning Foam – RM15.25
Langkah-langkah Pembersihan :
1. Vacuum kusyen kereta terlebih dahulu
2. Selepas itu ambil tin foam cleaner yang dibeli tadi dan goncang terlebih dulu. Pastikan jarak lebih kurang 10cm dari kusyen, kemudian spray kan saje. Banyak pun tak apa, nanti keluar buih putih. Ingat, goncang dulu tau!
3. Gunakan berus yang diberi untuk gosok sehingga rata dan supaya buih pembersih meresap kedalam kusyen kereta anda
4. Tunggu dalam 2-3 minit sebelum anda teruskan memberus. Lebih puas jika anda gunakan kain basah dan tsental sehingga hilang bekas kotoran
5. Jika kotoran masih degil, anda boleh ulang langkah 1-4 tadi sehingga puas hati. Kesan kotoran yang sudah lama kena buat 2-3 kali dan kena gosok.
6. Selepas puas hati dengan tahap kebersihan kusyen, boleh la jemur kereta di bawah matahari supaya cepat kering
Bersih dan jimat!
p/s : Sila pastikan dahulu fabrik yang sesuai dengan pembersih buih. Selamat mencuba!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.