Rancang Bina Mini Surau, Ruang Solat Di Rumah PENTING Pertimbangkan Perkara Ini. Menjelangnya Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi, pelbagai persiapan perlu dilakukan bagi menyambut dan meraikan bulan yang mulia ini. Bulan inilah amal ibadah digandakan nilai pahalanya.

Bagi pemilik kediaman yang beragama Islam, boleh jadikan ruang atau bilik yang ada di rumah sebagai tempat solat atau mini surau. Ia dapat memberi keselesaan dan lebih fokus ketika beribadah serta dapat mengeratkan lagi sillahturahim antara keluarga dengan melakukan solat berjemaah, mengaji bersama, ta’alim mahupun mengadakan majlis ilmu.

Bagi pemilik kediaman yang merancang untuk membina mini surau atau deko ruang solat sempena Ramadan tak lama lagi ni, boleh pertimbangkan aspek penting ini.

Ini antara panduan dalam mencipta ruang solat atau mini surau di rumah.

1. Lokasi Ruang Solat

Untuk membina ruang solat atau mini surau di rumah tak semestinya memerlukan kawasan yang besar. Boleh juga pilih bilik kecil di rumah yang tidak digunakan untuk dijadikan mini surau. Kebiasaannya jika rumah bertingkat, pilih bilik di tingkat bawah. Ia memudahkan juga tetamu yang datang untuk menggunakan bilik tersebut sebagai ruang solat.

Selain itu boleh juga, menjadikan ruang keluarga di tingkat atas sebagai ruang solat. Ruang terbuka di tingkat atas tersebut, menghubungkan semua bilik dan memudahkan akses untuk ke ruang solat. Namun demikian, jika keluasan rumah kecil, boleh sahaja cari satu sudut khas di dalam bilik tidur, dihias indah untuk dijadikan ruang ibadah.

3. Arah Kiblat

Boleh dapatkan khidmat Jurufalak bertauliah untuk datang ke rumah bagi menentukan arah kiblat dengan tepat, supaya menunaikan ibadah dengan yakin dan sempurna. Pastikan sudut ini tidak menghadap ke arah pintu bilik, pintu tandas atau laluan utama dalam rumah.

3.Pilihan Warna Tenang

Sebaiknya untuk ruang solat pilih warna pastel, lembut nak menenangkan. Seperti rona putih, off white, beige, cream untuk kemasan cat dinding atau perabot. Warna-warna ini dapat membantu mewujudkan suasana yang damai dan boleh fokus dalam beribadah.

4. Pencahayaan

Pastikan ruang solat mempunyai pencahayaan yang mencukupi, tetapi tidak terlalu terang atau terlalu malap. Lampu dengan cahaya lembut atau lampu dinding yang boleh dilaraskan dalam keamatan boleh menjadi pilihan yang baik.

Ads

5. Letak Karpet atau Sejadah Khas

Sediakan karpet atau sejadah khas yang selesa untuk solat. Pilih bahan yang lembut dan mudah dibersihkan. Anda juga boleh memilih sejadah dengan motif atau warna yang sesuai dengan estetika ruang solat.

6. Susun Atur Mudah dan Tertib

Pastikan, rekaan ruang solat berpandukan arah kiblat agar dapat menggunakan ruang dengan lebih efektif dan menyeluruh. Sebaiknya, elakkan meletak pintu betul-betul berhadapan dengan ruang solat. Boleh juga bina, tempat mengambil wuduk berhampiran mini surau yang dibina.

Pastikan ruang solat mempunyai susun atur yang bersih dan teratur. Elakkan daripada meletakkan barang atau hiasan yang berlebihan di dalam ruang. Ruang yang ringkas dan minimalis akan membantu anda fokus semasa beribadat.

Laraskan hiasan bilik solat mengikut keperluan untuk beribadah. Contohnya, tambah tempat menyimpan Al-Qur’an atau peralatan ibadah lain secara tersusun dan mudah dicapai. Pastikan kitab suci Al Quran tidak diletakkan terlalu rendah agar tidak mudah dilangkah atau letak terlalu tinggi dan sukar dicapai.

7. Letak Tumbuhan Hijau

Tumbuhan hijau di surau dapat menyerikan kediaman dengan menyuntik kesegaran semula jadi serta pengudaraan oksigen. Pilih tumbuhan yang mudah dijaga dan sesuai ditanam di dalam rumah dengan pencahayaan yang terhad. Antaranya seperti;

Ads

Lidah Buaya (Aloe Vera)
Sansevieria (Lidah Jin/Lidah Mak Mertua)
ZZ Plant (Zamioculcas Zamiifolia)
Peace Lily (Lili Damai)
Pothos (Sirih Gading)
Monstera Deliciosa
Philodendron
Ficus Elastica (Pokok Getah)
Spider Plant (Pokok Labah-Labah)
Fiddle Leaf Fig

8. Hiasan Dinding

Pasang hiasan dinding yang bermakna seperti kaligrafi Islam, ayat al-Quran, jam waktu solat atau gambar semula jadi yang tenang. Ia bukan sahaja menambah estetika, tetapi juga menerapkan nilai-nilai rohani dan Islamik.

9. Letak Pewangi

Jangan lupa untuk letak semburan pewangi dengan aroma lembut dan tidak terlalu menusuk di ruang solat ini, supaya lebih selesa dalam beribadah. Antaranya seperti bau vanila, sweet floral, oud dan sebagainya.

Akhir sekali, semoga perkongsian ini bermanfaat. Sama-samalah kita mewujudkan ruang solat atau mini surau yang selesa di rumah dalam mengimarahkan lagi bulan Ramadan yang bakal tiba nanti.

Rancang Bina MINI SURAU, RUANG SOLAT Di Rumah Penting Pertimbangkan Perkara Ini Rancang Bina MINI SURAU, RUANG SOLAT Di Rumah Penting Pertimbangkan Perkara Ini Rancang Bina MINI SURAU, RUANG SOLAT Di Rumah Penting Pertimbangkan Perkara Ini Rancang Bina MINI SURAU, RUANG SOLAT Di Rumah Penting Pertimbangkan Perkara Ini Rancang Bina MINI SURAU, RUANG SOLAT Di Rumah Penting Pertimbangkan Perkara Ini Rancang Bina MINI SURAU, RUANG SOLAT Di Rumah Penting Pertimbangkan Perkara Ini Rancang Bina MINI SURAU, RUANG SOLAT Di Rumah Penting Pertimbangkan Perkara Ini Rancang Bina MINI SURAU, RUANG SOLAT Di Rumah Penting Pertimbangkan Perkara Ini Rancang Bina MINI SURAU, RUANG SOLAT Di Rumah Penting Pertimbangkan Perkara Ini Rancang Bina MINI SURAU, RUANG SOLAT Di Rumah Penting Pertimbangkan Perkara Ini Rancang Bina MINI SURAU, RUANG SOLAT Di Rumah Penting Pertimbangkan Perkara Ini Rancang Bina MINI SURAU, RUANG SOLAT Di Rumah Penting Pertimbangkan Perkara Ini Rancang Bina MINI SURAU, RUANG SOLAT Di Rumah Penting Pertimbangkan Perkara Ini Rancang Bina MINI SURAU, RUANG SOLAT Di Rumah Penting Pertimbangkan Perkara Ini Rancang Bina MINI SURAU, RUANG SOLAT Di Rumah Penting Pertimbangkan Perkara Ini Rancang Bina MINI SURAU, RUANG SOLAT Di Rumah Penting Pertimbangkan Perkara Ini Rancang Bina MINI SURAU, RUANG SOLAT Di Rumah Penting Pertimbangkan Perkara Ini Rancang Bina MINI SURAU, RUANG SOLAT Di Rumah Penting Pertimbangkan Perkara Ini Rancang Bina MINI SURAU, RUANG SOLAT Di Rumah Penting Pertimbangkan Perkara Ini Rancang Bina MINI SURAU, RUANG SOLAT Di Rumah Penting Pertimbangkan Perkara Ini Rancang Bina MINI SURAU, RUANG SOLAT Di Rumah Penting Pertimbangkan Perkara Ini Rancang Bina MINI SURAU, RUANG SOLAT Di Rumah Penting Pertimbangkan Perkara Ini Rancang Bina MINI SURAU, RUANG SOLAT Di Rumah Penting Pertimbangkan Perkara Ini Rancang Bina MINI SURAU, RUANG SOLAT Di Rumah Penting Pertimbangkan Perkara Ini Rancang Bina MINI SURAU, RUANG SOLAT Di Rumah Penting Pertimbangkan Perkara Ini Rancang Bina MINI SURAU, RUANG SOLAT Di Rumah Penting Pertimbangkan Perkara Ini Rancang Bina MINI SURAU, RUANG SOLAT Di Rumah Penting Pertimbangkan Perkara Ini Rancang Bina MINI SURAU, RUANG SOLAT Di Rumah Penting Pertimbangkan Perkara Ini Rancang Bina MINI SURAU, RUANG SOLAT Di Rumah Penting Pertimbangkan Perkara Ini Rancang Bina MINI SURAU, RUANG SOLAT Di Rumah Penting Pertimbangkan Perkara Ini Rancang Bina MINI SURAU, RUANG SOLAT Di Rumah Penting Pertimbangkan Perkara Ini Rancang Bina MINI SURAU, RUANG SOLAT Di Rumah Penting Pertimbangkan Perkara Ini Rancang Bina MINI SURAU, RUANG SOLAT Di Rumah Penting Pertimbangkan Perkara Ini Rancang Bina MINI SURAU, RUANG SOLAT Di Rumah Penting Pertimbangkan Perkara Ini Rancang Bina MINI SURAU, RUANG SOLAT Di Rumah Penting Pertimbangkan Perkara Ini Rancang Bina MINI SURAU, RUANG SOLAT Di Rumah Penting Pertimbangkan Perkara Ini Rancang Bina MINI SURAU, RUANG SOLAT Di Rumah Penting Pertimbangkan Perkara Ini Rancang Bina MINI SURAU, RUANG SOLAT Di Rumah Penting Pertimbangkan Perkara Ini

Ads

Semoga bermanfaat!Sama-sama kita mewudukan ruang solat atau mini surau di rumah dalam mengimarahkan lagi bulan Ramadan yang bakal tiba ini.

Mesti Baca: Rumah Milik WAWA ZAINAL & AERIL ZAFREL Berkonsep Modern English, Siap Ada Mini Surau!
Baca Lagi Di Sini: Tip Dekorasi Ruang Solat di Rumah, Selesa dan Tenang
Artikel Menarik: Tak Perlu Besar, Ini 9 Tip Bina Mini Surau Di Kediaman

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI