Ada benarnya apabila semakin berusia perlu merancang kediaman yang akan didiami. Tak perlu rumah yang gah seperti mahligai istana, namun penting mengutamakan keselesaan dan keselamatan pada rumah yang akan diduduki.
Perkongsian daripada Public Health Malaysia ini boleh dijadikan panduan.
Sebentar tadi Pasukan kesihatan telah pergi untuk membuat pemantauan kepada seorang wanita warga tua yang merupakan kontak rapat kepada anaknya yang pulang bercuti.
Rumahnya cukup besar, banglo 2 tingkat dengan 6 buah bilik. Berikutan rumah terlalu besar dan hanya dihuni seorang diri. Akhirnya rumah diubah suai untuk kegunaan yang lebih mudah. Hanya 1 bilik digunakan.
Rumah untuk masa tua, tidak semestinya seperti mahligai istana, tetapi cukuplah untuk keselesaan dan keselamatan masa tua.
Apabila anda semakin berusia, adakah selamat untuk mendaki tangga sehingga 3 tingkat untuk ke bilik tidur?
Oleh itu, rancanglah supaya rumah kediaman anda sesuai untuk didiami apabila anda semakin berusia. Pastikan bilik utama terletak di tingkat bawah dengan akses mudah ke bilik air.
Sangat penting, pilih lantai yang tidak licin terutama di bilik air dan dapur. Jangan utamakan kecantikan semata mata denagn memilih jubin berkilat.
Tidak perlu terlalu banyak perabot sehingga sukar untuk berjalan dan ada risiko terlanggar perabot. Pastikan semua ruang boleh diakses dengan kerusi roda.
Pasangkan suis lampu supaya ia cukup tinggi untuk tidak dicapai anak kecil, tetapi masih boleh dicapai dengan ketinggian kerusi roda. Begitu juga dengan rak dan tempat penyimpanan barang barang.
Perlahan lahan, laburkan sedikit untuk keselamatan rumah seperti pemasangan cctv dan pengera keselamatan kebakaran.
Semoga Bermanfaat!
Mesti Baca:Bina Rumah Bersara, Perunding Hartanah Kongsi Perkara Asas Perlu Lakukan
Baca Lagi Di Sini:Jika Nak Beli Rumah Atau Tanah, ELAK ‘Kategori’ Ini Kerana Ia Berisiko
Artikel Menarik:Dinding Rumah Retak, Ini Cara Tutup & Baikinya Sendiri
IMPIANA: Semoga perkongsian ini menjadi panduan dalam merancang kediaman yang selesa dan selamat untuk didiami apabila semakin berusia.
Sumber : Public Health Malaysia
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.