Sempena Hari Raya yang akan tiba tidak lama lagi, mesti kita sudah tercari-cari langsir baru, sofa baru dan segala hiasan lain yang akan mencantikkan lagi ruang tamu. Mesti kita mahukan ruang tamu nampak cantik dan berseri untuk menerima tetamu. Selain daripada segala hiasan tersebut, dinding adalah elemen yang paling penting yang dapat menukar 100% penampilan ruang tamu kediaman. Pendek kata jika anda tidak mahu menukar langsir dan sofa kerana masih baru dan elok untuk digunakan, maka melakukan sedikit dekorasi pada dinding adalah solusi terbaik.
iWals adalah wallpanel yang mempunyai efek 3D, dalam masa yang sama mampu membuatkan dinding anda mempunyai dimensi dan kelihatan seperti efek sebenar. Tekstur permukaan iWals yang berlekuk dengan pelbagai warna dan corak ini apabila dipasang akan membuatkan ruang tamu lebih berseri kerana cahaya lampu dipantulkan semula dengan lebih sempurna. Terdapat 12 design dengan 8 warna berbeza bersaiz 690mm x 380mm untuk iWals, dan 690mm x 380mm untuk iRock yang salah satunya pasti sesuai dengan ruang tamu anda.
Efek corak natural stone berwarna cerah ini akan membuatkan ruang tamu kelihatan luas dan tinggi. Pantulan cahaya lampu nya pula dibias cantik dan sempurna serta mampu menaikkan seri perabot. Pilihan yang tepat sebagai feature wall. Terdapat dua warna pilihan iaitu putih dan coklat.
Corak beralun seperti cengkerang ini juga tidak kurang hebatnya. Ia mencipta efek ruang tamu lebih luas dan elegan. Corak 3D yang terhasil menyuntik tekstur pada ruang tamu sekaligus dinding anda tidak kelihatan mendatar dan membosankan.
Bagaikan seperti lekatan natural stone yang sebenar. Panel iWals dicipta untuk kelihatan sempurna sekaligus menjadikan kediaman anda lebih bernilai dan eksklusif. Anda boleh menggabungkan dua warna mengikut citarasa.
Inginkan kelainan? Tidak terhad dengan warna-warna natural, terdapat 8 pilihan warna menyuntik seri kediaman anda. Jika anda sukakan warna yang ceria dan terang gabungkan dengan perabot atau langsir yang terdiri dari warna selamat seperti putih, earth tone atau gelap. Jangan caca marba sehingga anda dan tetamu pening nanti. Ada masalah untuk mencari warna sesuai? Kunjungi booth 4P602, Hall 4 HomeDec KLCC pada 26 April – 29 April 2018 nanti untuk konsultasi dengan pakar iWals.
Ads
Tidak terhad pada dinding, jadikan sebagai frame gambar pun tetap menarik. Sedikit treatment pada dinding sudah mampu menaikkan seri ruang anda malah kelihatan sangat eksklusif. Sesuai untuk pemilik yang sukakan dekorasi ringkas.
Kreativiti itu tiada had. Anda boleh hasilkan kombinasi dua warna dengan corak yang anda mahukan agar ruang tampil lebih menarik. Penampilan baru ini sudah pastinya akan membuatkan ruang tamu berubah wajah 100% ketika hari raya nanti. Silap-silap tetamu fikir anda baru sahaja renovasi rumah.
Dengan adanya panel iWals, anda tidak perlu kehadiran perabot yang banyak dan menyesakkan. Cukup seringkas mungkin kerana tekstur wallpanel ini membuatkan ruang anda kelihatan seimbang dan terisi.
Tidak terhad di ruang tamu, impak di ruang tangga juga sangat menarik selepas dindingnya dihias dengan wallpanel 3D ini. Kelihatan lebih tinggi dan cerah bukan?
Ads
Jika cat putih atau wallpaper menghasilkan efek 2D, berbeza dengan tekstur iWals yang menghasilkan tekstur dan corak yang kelihatan real. Memudahkan kerja padanan dekorasi dinding anda dengan hiasan lembut seperti langsir, karpet dan lain-lain.
Ingin wujudkan ruang yang mempunyai border dengan ruang lain? Lekatkan juga siling anda dengan panel iWals, hasilnya begitu menarik tanpa perlu membuat renovasi yang rumit dan meremehkan.
Antara ciri terbaik yang ditawarkan oleh Wallpanel iWals adalah;
Design 3D Yang ‘Real’
Semua panel iWals direkabentuk secara 3 dimensi yang memberi efek shadow and depth pada ruang tamu anda. Secara fizikalnya ia dapat mencipta ilusi luas, tinggi dan menarik pada ruang tamu.
Ads
Konsep Do it yourself
Anda boleh memasangnya sendiri kerana ia sudah sedia dilekatkan dengan gam industri dan ringan.
Low maintenance
Ia kalis air, 100% boleh dicuci dan tidak menyerap air.
Selamat Untuk Kanak-Kanak
iWals adalah 100% bebas VOC, non-toxic dan boleh dikitar semula. Ia juga antimicrobial yang mampu menghalang pertumbuhan kulat dan lumut.
Kunjungi kami di HomeDec KLCC Booth: Hall 4, 4P602 Tarikh: 26 – 29 April, 2018 Masa: 10 a.m. – 8 p.m. Tempat: Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)
Trocellen S.E.A. Sdn. Bhd.
Lot 2213, Batu 9 Kebun Baru,
Jalan Kasawari, 42500 Telok Panglima Garang,
Selangor, Malaysia
WALL ID Sdn. Bhd.
No 62, Jalan Bendahara 10/6,
Taman Bendahara, 450000 Kuala Selangor,
Selangor Darul Ehsan.
Menarik Rumah Kampung Konsep Terbuka, Ruang Berkumpul Keluarga Tanpa Sekatan. IMPIANA tertarik dengan perkongsian idea dan konsep pada rumah kampung yang terletak di Kota Tinggi ini.
Menerusi gambar-gambar yang dikongsikan, rumah tampak cukup lapang, luas dan mendamaikan. Ditambah dengan konsep terbuka, setiap ruang dibiar ‘saling berhubung’ tanpa ada sebarang sekatan. Sekaligus ‘menjemput’ pencahayaan dan pengudaraan semulajadi ke dalam rumah.
Perkongsian daripada pemilik kediaman Noor Inah ini boleh dijadikan panduan bagi yang berhasrat untuk membina rumah kampung dengan konsep terbuka begini.
Rumah kampung saya ni jenis open concept. Ruang tamu ,dining, kitchen semua bersambung takde partition. Saya memang suka suasana open macam ni sebab saya tak suka duduk dalam ruang tertutup. Suka sebab semua family member boleh berkumpul dekat satu tempat tanpa sekatan ❤️
Question that i always get about my open concept house ni :-
1.Takde nyamuk ke ?
Of course ada tapi manageable biasanya pada waktu petang ke maghrib je. So memang sentiasa pasang ubat nyamuk dan bakar-bakar sampah, daun-daun kering.
2. Takde lalat, semut,lipas, atau apa-apa serangga ke?
Sama juga ada, tapi boleh dikawal. Ada musim-musimnya. Kalau teruk sangat pun kita akan duduk dalam rumah je la. Lagipun kat dalam ada dry kitchen. Paling penting jangan kumpul sampah. Malam-malam sebelum tidur make sure dapur bersih, takde sampah. Tikus semua takde. Rezeki kami rumah ni senang nak jaga.
3. Tak ada monyet, babi, ular, biawak ke?
Takde. Memang takde. Kita pasang pagar untuk elak binatang masuk. Paling penting area ni memang sentiasa busy. We spend a lot of time kat area ni. Sebab ni la centre of the house. So maybe diorang pun malas nak kacau kot. Kita doa jela memang takde ye. Kawasan luar rumah ni bersih, kami jaga takde semak So alhamdulillah semuanya ok je.
4. Takde hantu ke?
Tak ada. Kitorang memang pemberani. Nak takut apa kita la tuan kat rumah sendiri. Tengah malam malam pun anak-anak kita berani dok luar makan maggie tau.
5. Takde pencuri?
Alhamdulillah.. alhamdulillah..tempat kami aman damai. Setakat ni takde pencuri.
6. Tak penat ke bersihkan habuk?
Rumah saya sangat kurang habuk. Maybe kawasan kampung jauh dari rumah orang lain dan jauh dari jalan raya. Kawasan ni diguna setiap hari dan dibersihkn setiap hari. So memang tak sempat berhabuk.
7. Tak tempias ke hujan?
Ada je tempias sikit tapi cepat kering sebab kawasan lapang angin tolong keringkan.
So ni la rumah kampung saya yang orang selalu ingat ‘homestay’.
IMPIANA: Wah seronoknya ada rumah kampung konsep terbuka begini. Cukup damai dan menenangkan apabila berada di rumah. Semoga menjadi inspirasi buat pencinta dekorasi kediaman yang lain.
Kasih dan sayang, dua rencah yang salin mendukung. Menuai kasih dan sayang umpama bayangan keindahan syurga di dalam imaginasi kita. Rasa itu bukan sebarangan dan warnanya juga bukan mudah kita zahirkan. Namun pereka sedaya mampu bermain dengan imaginasi dan gerak hati , rasa dan pengalaman yang telah lalu untuk meluahkan apakah yang dinamakan romantisme. Sentuhan yang memberi kesan mendalam di jiwa dan rasa yang menjadi bekalan dalam ingatan sehingga ke akhir hayat.
Suasana syahdu, hening, senang dalam kebahagiaan dizahirkan dengan rona pastel. Lembut membelai dan umpama suara yang berbisik lembut melagukan kata cinta di telinga. Rona pastel mempunyai kekuatan tersendiri. Ia lebih indah jika sinar semula jadi yang tersimbah di jendela, kita tapis dengan fabrik telus pandang seperti sheer curtain. Selaras dengan ronanya yang lembut, cahaya yang menghidupkan serinya juga perlu lembut membelai. Selalunya dalam menata hias ruang agar sedap mata memandang, teknik suai padan harmoni dipraktikkan. Padanan kontra hanya menjadikan suasana nampak lebih aggresif, lasak dan lincah.
Uniknya di sini, padanan kontra rona pastel sesama pastel menjadikan suasana ruang kamar tentunya lebih indah dan menarik sekali bak sebuah pesta. Bahkan menyerlahkan kreativiti pereka dan memberi kelainan yang tidak pernah kita sangka biar pun ia sangat kontra. Umpama satu keajaiban dalam dunia warna yang membangktikan kesyahduan. Cukup dua atau tiga warna, ruang mampu berubah rupa dalam sekelip mata. Pilihan terbaik untuk kamar beradu yang kini merupakan ruang privasi bagi tuan rumah melepaskan lelah, berehat atau menyendiri serta beribadat. Pilihan terbaik untuk mahasiswa, warga emas dan si anak kecil. Simple-simple sahaja di IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Cantiknya rumah bukan sekadar perabot yang ada. Mahal atau murah bukan ukuran dan nilai estetika sebuah ruang juga buka semata-mata kemasan yang luar biasa indahnya. Adakala kita terlupa, setelah selesai perabot disusun, ruang masih nampak sepi dan polos. Jadi apa yang masih kurang? Hiasan dinding!
Susunan gambar pada ruang juga sangat penting dalam menerbitkan sebuah tata hias yang menarik. Adakala tidak perlu gambar yang mahal atau pun lukisan yang kompleks. Sekadar secalit dakwat pun sudah memadai menjadikan ruang tampil sebagaimana yang dikehendaki.
Garisan yang lahir dari bentuk bingkai itulah yang memberikan estetika pada corak mahu pun susunan gambar anda. Susunan yang kreatif mampu memberi satu gerak reka yang luar biasa biar pun gambarnya biasa-biasa sahaja. Simple-simple je di IMPIANA
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.