Biarpun sudah berkahwin dan memiliki kehidupan sendiri, pelakon cantik manis REEN RAHIM tidak lupa akan tanggungjawab beliau sebagai seorang anak.
Terbaharu, menerusi perkongsian laman instagram pemilik nama sebenar Noreen Ashikin Abdul Rahim itu membuat kejutan kepada ibu dan ayahnya dengan menghadiahkan mereka rumah baharu.
Kejutan berupa sebuah rumah dua tingkat yang lengkap dengan peralatan dan siap di dekorasi membuatkan kedua orang tuanya sebak dan terharu.
Menerusi hantarannya di laman Instagram, anak ketiga daripada empat beradik itu mengakui sejak kecil lagi, beliau sudah menanam impian untuk memiliki kediaman hasil pendapatan sendiri.
Kata Reen, beliau ingin memiliki rumah yang cantik dan besar memandangkan dirinya dibesarkan dalam keluarga yang penuh kesederhanaan.
Titip Nasihat
Adik-adik di luar sana, beranganlah…
Ads
Sebab angan-angan itu bukan saja-saja ALLAH lintaskan dalam hati dan otak kita. Setiap angan-angan kita sebenarnya petunjuk dari ALLAH untuk kita berdoa,meniti jalan dan berusaha untuk capai angan-angan tu.
Titip beliau lagi, jangan abaikan impian yang wujud dalam diri kita. Pegang ia untuk menggapainya.
“Inilah angan-angan Reen. Dari kecik tengok rumah cantik-cantik dalam tv dalam majalah. Teringin nak ada semua ni. Dah besar dah kerja, Reen siapkan tempat Reen cantik-cantik, selesa, macam dalam majalah.
Ads
“Tapi pelik, dah ada semua tapi hati tak tenang. Reen doa tanya ALLAH kenapa aku tak tenang, apa yang aku terlepas pandang YA ALLAH. Satu hari DIA jadikan asbab rumah umi banjir, pokok tumbang. Rupa-rupanya itu signal yang ALLAH sampaikan.
“Buat aku sedar kebahagian itu bukan tentang diri sendiri, bahagia akan datang bila kita bahagiakan orang yang kita sayang. My 1st landed house, Reen niat buat cantik-cantik, nak umi abah yang duduk situ, Reen nak rumah ni jadi tempat pulang kami adik-beradik. Nak rumah ni tempat umi abah relaks menikmati hari tua mereka,”ungkapnya.
Pada masa sama, beliau mengakui kini cukup tenang selepas dapat berbakti kepada kedua ibu bapanya.
“Jangan persoalkan kenapa aku buat sehabis baik macam aku yang nak duduk sini. Padahal aku tetap duduk rumah lama aku. Ade quote yang Reen pegang ‘Layan ibu bapa mu seperti raja, ALLAH akan jaga segala urusanmu di dunia dan diakhirat’ dan reen sangat yakin dengan itu.
Ads
“Alhamdulillah tenang yang luar biasa DIA hadiahkan pada Reen dan suami sekarang. YA ALLAH, aku mohon kau dipermudahkan segala urusan kami di dunia dan di akhirat,kau panjangkanlah umur kedua ibu bapa kami. Amin,” demikian luahan Reen Rahim menerusi kapsyennya.
Bagusnya dapat anak macam Reen ni, moga terus dilimpah rezeki kerana selalu bahagiakan ibu bapa!
Mempunyai anak kecil di rumah bukanlah satu alasan untuk tidak boleh memiliki rumah yang kemas dan rapi. Para ibu sering mengeluh penat selepas kemas keadaan ruang akan bersepah kembali dengan segala barang permainan. Banyak masa yang diambil untuk ulang kemas semula.Jangan risau, sebenarnya anda tak payah ambil masa yang banyak pun untuk kemas rumah. Ikut tips ini, mudah sangat kerana kita sebenarnya boleh lakukan dalam masa 5 minit saja dan rumah kekal bersih!
TIPS RUMAH KEKAL KEMAS WALAUPUN ADA ANAK KECIL
Kita selalu hairan kenapa ada rumah rakan dengan anak kecil nampak kemas dan bersih sedangkan kediaman kita pula hanya kelihatan teratur seketika saja sebelum bersepah semula. Sebenarnya pemilik rumah yang sentiasa kemas ini bukanlah melakukan kerja membersih dan mengemas seluruh rumah setiap hari. Sebaliknya mereka hanya melakukan beberapa kerja di bahagian tertentu untuk memastikan rumah kelihatan rapi dan bersih sentiasa.
LAKUKAN 7 PERKARA INI SETIAP HARI DAN ANDA AKAN DAPAT HASIL YANG SAMA.
1. SEDIAKAN STORAGE YANG LENGKAP
Setiap rumah perlu memiliki ruang untuk penyimpanan. Beli perabot yang mempunyai ruang penyimpanan tertutup supaya barang yang hendak disimpan tidak kelihatan sarat. Letakkan perabot simpanan ini di ruang yang agak tersembunyi seperti di bawah tangga ataupun loteng.
2. BUANG SAMPAH SETIAP HARI
Anda perlu jadualkan waktu membuang sampah anda pada waktu pagi sebelum keluar rumah ataupun pada waktu malam. Jangan tunggu bakul sampah penuh baru terdetik nak buang sampah. Ini akan menyumbangkan bau yang kurang menyenangkan serta mengundang haiwan dan serangga seperti Cik T dan Lalat.
3. KEMAS KATIL
Kemas katil dan bilik anda sebaik bangun tidur. Celik je mata terus lipat selimut tu jangan tinggal macam tu je. Selimut lah benda paling penting untuk katil kelihatan kemas.
4. SELEPAS BASUH BAJU TERUS LIPAT
Pakaian yang tidak diurus dengan baik selalu jadi punca rumah nampak bersepah. Jadi jangan biarkan baju kotor bertimbun dan jangan juga biar baju yang sudah kering dalam bakul tinggi menggunung. Setiap kali selesai membasuh terus lipat pakaian yang kering dan masukan dalam almari.
5. JANGAN BIAR SINGKI PENUH
Sama juga dengan pinggan mangkuk, jangan biar ia memenuhi singki. Basuh pinggan setiap kali selepas makan. Jika anda rasa malas juga, didik anak dan ahli keluarga yang lain untuk membasuh pinggan selepas digunakan.
6. PASTIKAN KAUNTER DAPUR SENTIASA BERSIH
Selepas basuh, terus susun pinggan mangkuk, kuali dan periuk di tempatnya. Simpan juga baki lauk pauk dalam bekas berpenutup bukan di atas pinggan. Buang sampah setiap kali bakul penuh. Jangan sampai tamat tarikh luput pula.
7. KEMAS RUANG TAMU TENGAH HARI DAN MALAM
Ruang tamu memang jadi tempat permainan anak, bantal kecil akan bertaburan begitu juga mainan mereka. Anda memang perlu mengemaskannya paling kurang dua kali sehari. Sekali, menjelang tengah hari dan kali kedua sebelum tidur supaya sebaik celik mata pagi hari anda melihat ruang tamu yang bersih dan kemas. Pasti akan membuat anda rasa tenang dan bahagia.
Mudah saja bukan untuk dapatkan rumah yang kemas? Anda hanya perlu jadikan 7 perkara ini sebagai rutin harian.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Memang sakit mata kalau menonton rancangan atau filem kegemaan anda jika terdapat gangguan habuk dan cap jari pada permukaan skrin. Ini bermakna, skrin tv anda perlu dicuci secara rutin bagi memastikan ia sentaisa bersih. Namun jika tersalah teknik cucian, ia bukan sahaja meninggalkan kesan malah memberukkan lagi keadaan.
Oleh hal demikian Good Housekeeping Institute telah mengeluarkan satu plan atau kaedah mudah untuk membersihkan permukaan skrin tv secara efektif dan berkesan.
Cara untuk membersihkan skrin TV plasma, LED, LCD Dan OLED
Skrin plasma, LED dan LCD merupakan permukaan yang sangat sensitif. Oleh itu, cucian tradisional menggunakan kain basah akan merusakkan permukaan ini. Berikut, langkah dan cara untuk membersihkan skrin tv sensitif ini:
Pemberishan biasa: Untuk rutin cuican biasa, cukup sekadar menggunkan jenis kain microfiber dan lap lembut permukaan skrin.
Pembersihan kotoran degil: Jika terdapat kesan kotoran degil yang sukar dibersih menggunakan fabrik macrofiber, gunakan tisu lembap tanpa aroma dan sabun. Kemudian, keringkan dengan fabrik microfiber
Nota: pastikan suis ditutup dan cabut soket sambungan bekalan elektrik pada TV
Tip untuk memastikan skrin TV anda sentiasa bersih
1. Bersihkan permukaan skrin TV anda setiap minggu bagi mengelak kotoran yang melekat lebih sukar untuk dibersihkan. Untuk lebih mudah, sediakan fabrik microfiber khas untuk membersihkan permukaan skrin tv dan simpan ia berhampiran
2. Jangan sembur apa-apa terus ke permukaan skrin. Lebihan air dari semburan yang meleleh boleh masuk ke celah sistem skrin. Ia hanya akan merosakkan TV anda
3. Elak penggunaan produk yang mengandungi ammonia, alkohol atau acetone yang hanya akan merosakkan skrin TV anda
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tidak cukup dengan isu persekitaran seharian yang membelenggu, tambah lagi dengan stress kerja. Pulang dari kesibukkan harian di pejabat, sudah pasti anda akan mencari sesuatu yang mampu melegakan minda dan memebri ketenangan. Apa kata inspirasikan kediaman anda menjadi sebuah spa. Untuk zahirkan sebuah kediaman yang mempunyai dekorasi ala spa, ini yang anda perlukan.
Letakkan bauan aroma terapi dalam rumah
Bauan aroma adalah antara solusi termudah untuk anda wujudkan elemen ketenangan dalam rumah walaupun tidak sama seperti pusat spa, bauan aroma seperti lavender sudah cukup untuk membuatkan anda khayal sebentar kerana ianya bersambung terus secara direct kepada sistem otak yang mengawal emosi dan menyimpan memori. Selain daripada bauan lavender, anda boleh juga letakkan chamomile, eucalyptus.
Wujudkan bunyi yang menenangkan
Perasan tak kalau anda berkunjung ke spa, item pertama yang anda akan lihat adalah hiasan berbentuk air terjun serta pancuran air? Ini kerana bunyi percikan air yang dihasilkan dari air pancut mampu membuatkan anda berasa tenang seketika. Tambahan, menurut kajian apabila anda melihat air yang beralun bersama ikan ia akan membawa pemikan yang serabut hanyut bersama. Selain itu, anda boleh hebatkan lagi kediaman ala spa anda dengan alunan muzik jenis soul dan elakkan dari memasang lagu kegemaran anda di dalam kereta tetapi adalah molek untuk tune lagu yang hanya menggunakan instrumen.
Baluti diri anda dengan tuala yang nyaman atau jubah mandi
Tuala putih selalu menjadi pilihan pengusaha spa untuk diberikan kepada pelanggan sementara menunggu giliran. Tualanya tidak menggunakan bahan peluntur untuk kekal putih, tetapi ianya dihangatkan untuk keselesaan pengunjung. Anda boleh lakukan perkara yang sama jika anda pulang ke rumah, selepas anda selesai membersihkan diri, baluti tubuh anda dengan tuala hangat suam kuku, untuk dapatkan ketenangan ditambah iringan muzik instrumental alunan perlahan.
Pasangkan lampu malap
Selain daripada memasang lampu flourescent untuk menerangi kediaman di waktu malam, anda juga boleh pasangkan lampu malap untuk mewujudkan elemen tenang dan romantik. Cadangan kadar pencahayaan yang sesuai adalah lampu putih lembut berkadaran 2700K Celcius. Kadar ini sesuai kerana pencahayaannya akan membuatkan anda berasa lebih tenang serta kemalapannya sesuai dengan keperluan anda.
Bawa masuk elemen semulajadi
Apabila telah tersedianya elemen air, tambahkan lagi satu item penting dalam dekorasi yang seimbang iaitu pepohon hidup di dalam rumah. Tekstur alam semulajadi seperti kita ketahui amat efektif dalam memastikan aliran udara segar berterusan di dalam rumah. Selain daripada penyusunan pokok segar dalam rumah, anda juga boleh lekatkan wallpaper berunsurkan alam semulajadi atau konsep hijau.
Kerusi dan sofa empuk
Jika anda inginkan suasana seperti di dalam spa, anda boleh letakkan kerusi atau sofa empuk di ruang rehat utama. Elakkan penggunaan material bersifat keras seperti besi. Ini kerana anda mahukan suasana tenang dan manjakan diri. Manjakan diri, kena empuk, kalau keras, tak empuk namanya.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.