
Anda masih mencari-cari sumber idea inspirasi dekorasi hiasan dalaman yang menarik dan lain daripada yang lain? Apa kata, anda ambil dekorasi dalaman rumah yang berkonsepkan ‘Minimalist Industrial’ sebagai pilihan buat kediaman anda.
Jika anda mahukan dekorasi dalaman rumah yang tampak lebih moden, bergaya dan tidak sama dengan rumah orang lain, konsep seperti ini sememangnya amat sesuai untuk anda.
Bukan itu sahaja, dekorasi dalaman rumah yang berkonsepkan ‘Minimalis Industrial’ ini amat sesuai bagi anda yang gemarkan warna yang gelap seperti hitam, kelabu dan coklat.
Ini kerana, konsep ‘Minimalis Industrial’ ini memang tampak lebih bergaya jika dipadankan dengan warna-warna seperti ini. Maka oleh itu, buat anda yang gemarkan warna yang gelap seperti ini pasti akan jatuh cinta dengan idea konsep ini.
Sumber: Facebook Kakideko
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Baca artikel berikutnya: Bersempena Sambutan Valentine’s Day, IKEA Malaysia Hidangkan 2 Menu Istimewa
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Ini Ciri-Ciri Perabot Glam Moden Yang Anda Wajib Tahu

Tiada yang salah dalam menata hias kediaman. Namun, ramai yang silap dalam memilih dan menggayakan konsep yang telah ditetapkan. Hal ini menyebabkan konsep yang cuba dipaparkan tidak menjadi dan silap-silap celaru. oleh sebab itu, anda perlu membuat kajian terhadap sesuatu dekorasi yang telah dipilih sebelum melakukan sebarang ubah suai atau memilih perabot untuk di muatkan di dalam kediaman anda.
Seperti contoh, konsep glam moden yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia. Jika dulu konsep ini hanya sesuai untuk kediaman mewah, namun dengan perkembangan industri, lebih banyak perabot dan aksesori berkonsepkan glem moden boleh didapati pada harga yang jauh lebih murah dan mudah.
Namun, anda perlu pastikan. Jika konsep GLEM MODEN yang cuba diketengahkan, perabot tersebut perlu mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
5 Petua Untuk Halau Semut Dengan Mudah, Berkesan & Selamat

Mesti ada dikalangan anda yang pernah mengalami masalah untuk menghalau semut di rumah dan sehingga kini masih belum menemui penyelesaiannya. Memang stres kan?
Sebenarnya, ada beberapa petua dan langkah mudah yang anda boleh lakukan bagi menangani masalah tersebut.
Jadi, cuba petua berikut untuk menghalau semut di rumah anda dengan menggunakan bahan semulajadi yang pasti berkesan dan selamat.
1.CUKA
Cuka putih adalah penghalau semut yang amat berkesan kerana semut tak sukakan baunya yang kuat dan kandungannya yang berasid.
Caranya, anda boleh larutkan cuka ke dalam sedikit air dan masukkan ke dalam botol penyembur kosong. Kemudian, semburkan ke bahagian pintu masuk atau laluan semut.
Cuba ulangi beberapa kali sebaik saja larutan ini kering. Dalam beberapa hari, anda akan nampak kesannya.
2.KULIT KAYU MANIS
Bagi sesetengah yang tak sukakan bau cuka, anda boleh menggunakan serbuk kayu manis dan cengkih.
Taburkan serbuk tersebut di laluan semut dan biarkan selama beberapa hari.
Bagi anda yang ada ‘cinnamon essential oil’ di rumah, anda boleh campurkan minyak ini dengan sedikit air semburkan ia ke kawasan tersebut. Dengan langkah ini bukan sahaja boleh mewangikan rumah, semut-semut pun hilang!
3.SERBUK KOPI
Serbuk kopi asli juga mempunyai bau yang kuat dan boleh digunakan untuk menghalau semut daripada menghurung makanan di rumah anda.
Kaedah yang anda boleh lakukan, ambil sedikit serbuk kopi dan taburkan di kawasan laluan masuk semut dan biarkan selama beberapa hari. Semut akan menjauhi kawasan ini dan tak akan datang lagi.
4.DAUN SIRIH
Cincangkan beberapa helai daun sirih dan taburkannya pada tempat semut selalu berkerumun. Bau herba daripada daun ini akan menghalang semut daripada mendekati kawasan tersebut.
5.KULIT TELUR
Caranya, bakar kulit telur hingga menjadi abu. Tabur abu ini pada kawasan laluan semut atau tempat yang sering menjadi tumpuan semut.
Selain semut, cara ini juga berkesan juga untuk menghalau cicak atau serangga lain yang tak diingini.
Jangan lupa mengaplikasikan petua untuk menghalau semut ini. Mudah-mudahan, rumah anda akan selamat daripada dihurung semut selepas mencuba cara di atas.
Selain itu, pastikan juga tiada sisa makanan yang terbiar demi memastikan semut-semut ini tidak kembali menyerang kediaman anda. Selamat mencuba!
Sumber: SirapLimau Website
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Ulat Habuk Boleh Jadi Alahan Pada Kulit, Ini Teknik Hapuskannya
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
EBBY YUS Bina Surau Kayu Di Kawasan Rumah Untuk Musafir Solat, Berehat

Isi Kandungan
ToggleTragedi banjir pada 18 Disember 2021 masih terpahat jelas dalam ingatan. Kediaman pelakon dan pelawak Ebby Yus di Hulu Langat, Selangor yang ketika itu masih dalam proses pembinaan turut hanyut sekelip mata dek bencana alam yang tidak diduga itu.
Rumah kayu yang dibina hasil pendapatan sendiri dengan kos RM200,000 dan hampir siap, musnah sepenuhnya dalam sekelip mata akibat banjir lumpur yang teruk di Hulu Langat, termasuk di kampungnya, Paya Lebar.
Namun demikian atas keprihatinan pihak berwajib, Ebby Yus atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid menerima sumbangan daripada kerajaan berbentuk rumah mesra rakyat bernilai RM56,000. Sekaligus menggantikan rumah lama yang telah musnah di bawa arus deras. Pembinaan rumah bantuan tersebut didirikan di tapak tanah lama miliknya.
Rumah Dah Siap, Masih Menyewa
Berkongsi perkembangan terkini mengenai rumah mesra rakyat yang didiami, Ebby Yus berkata meskipun rumah 3 bilik tersebut telah siap,namun masih belum didiami dan dia masih menyewa rumah lain. Ini kerana jambatan untuk menghubungkan jalan ke rumahnya masih tiada dan belum dibina.
“Selepas rumah dilanda banjir, kerajaan ada berikan (bina) rumah mesra rakyat ditapak tanah yang sama. Cuma saya tak duduk lagi sebab jambatan belum ada lagi. Rumah tu dah siap dan saya masih menyewa (rumah lain),”ujar Ebby Yus
Tambahnya lagi, meskipun rumah mesra rakyat ini bersaiz kecil berbanding rumah lama yang dibina, namun dia tetap bersyukur dengan rumah 3 bilik yang diberikan oleh kerajaan ini.
Bina Surau Kayu Untuk Musafir
Berkongsi lebih lanjut, Ebby Yus berkata surau kayu untuk golongan musafir singgah berehat dan solat juga didirikan di kawasan rumahnya. Ia bertujuan untuk menghargai duit sumbangan yang diterima daripada orang ramai, adik beradik, kawan-kawan dan peminat sewaktu rumahnya hanyut dilanda banjir dahulu.
“Pada mulanya sumbangan yang diberikan adalah untuk membina rumah, namun memandangkan kerajaan telah membina rumah mesra rakyat tersebut, maka saya buatkan surau dari sumbangan duit yang diberikan dan saya tambah serba sedikit,” kata Ebby Yus.
“Surau tersebut didirikan di kawasan rumah saya, tetapi bagi sesiapa yang lalu, nak tumpang berehat, solat silakanlah,” ujarnya lagi.
Alhamdulillah, semoga dipermudahkan segala urusan Ebby Yus dan digantikan dengan rezeki yang lebih baik. Semoga pembinaan surau kayu tersebut dapat memberi manfaat buat golongan musafir yang singgah untuk berehat atau solat.
Mesti Baca:Rona Hijau ‘Olive’ Hiasi Dapur SHEILA RUSLY, Memang Kemas & Mewah!
Baca Lagi Di Sini:Beli Rumah Pertama Pastikan Ada 7 Ciri Ini, Nasihat Dari Perunding Hartanah!
Artikel Menarik:Banglo 3200Kps ‘Mediterranean Style’,”A House That Make You Feel At Home”
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI