Rekaan Dapur Multifungsi Untuk Memasak Lebih Efisien

Share

Rekaan Dapur Multifungsi Untuk Memasak Lebih Efisien. Selain ruang tamu dan bilik tidur, dapur juga adalah salah satu ruang yang penting untuk kita menjadikan ruang yang terbaik di dalam rumah. Sayang apabila memiliki sebuah rumah yang cantik tetapi ruang dapur tidak sempurna. Rekaan dapur multifungsi akan memudahkan kerja memasak anda.

Ramai yang kurang faham bila menyebut dapur multifungsi. Dapur serba lengkap dan mempunyai penstoran yang sempurna. Bila merancang membina kabinet di ruang dapur banyak perkara haru anda telitikan. Bukan buat kabinet dapur ikut trend, pinterest atau pun Instagram.

Kenal pasti ruang dapur basah dan dapur kdapur, fungsi setiap ruang perlulah tepat. Agar sewaktu anda masak tidak kalut di ruang tersebut. Mungkin masih tidak jelas dengan perkara ini kan. Contoh, peti sejuk atau peti sejuk beku yang mana perlu ada di ruang dapur basah atau dapur kering? Semestinya peti sejuk beku berada di ruang dapur basah manakala peti sejuk akan diletak di ruang dapur kering. Ini kerana fungsi peti tersebut. Pastinya barang basah seperti ikan, ayam, udang, daging dan sebaginya akan di simpan di dalam peti sejuk beku ini. Peti sejuk biasa akan menyimpan barang makan dan minuman, jadi lebih sesuai berada di ruang dapur kering.

Jika kedudukan perkakas dapur disusun dengan tidak rapi ia akan menyukarkan kerja di dapur dan melambatkan kerja memasak. Jadi, bila ingin membina kabinet dapur atau melengkapkan ruang dapur dengan baik, perkara utama anda perlulah merancang dengan teliti apa konsep dan keperluan anda. Jika anda seorang yang suka memasak pastikan ruang dapur anda selesa dengan pengudaraan yang secukupnya. Ventilation dalam ruang dapur untuk menyedut haba dan bau masakan juga sangat penting dan perlu dititik beratkan.

Kenal pasti perkakas elektrik yang anda idamkan itu berfungsi dengan baik dan mampu membantu dan memudahkan kerja di ruang dapur anda. Jangan beli sebab cantik dan sebab nak buat hiasan di ruang dapur. Ye lah sekarang ni kan trend TIKTOK semua nak tunjuk kat media sosial.

Paling penting dalam memiliki sebuah dapur yang multifungsi ini tempat penyimpanan perkakas yang betul dan secukupnya amat penting. Kabinet gantung dan laci serba guna penting untuk ruang penyimpanan yang lengkap. Jadi anda perlu rancang sebelum membuat keputusan terburu-buru untuk memiliki sebuah ruang dapur yang terbaik dan boleh tahan lama.

Artikel Berikut: Nak Bersihkan Dapur Berkilat Macam Baru, Guna Bahan Dapur Ni Je

Nak macam-macam info lagi? Join Channel Telegram Geng Laman IMPIANA & CHANNEL IMPIANA

https://t.me/GENGLAMANIMPIANA

https://t.me/impianamy

Published by
Impiana