
Kegemilangan dapur Eropah telah tersohor ke seluruh dunia. Mungkin ramai yang menyangka gaya Inggeris merupakan ilham rekaan yang cukup hebat. Sebenarnya sentuhan Perancis lebih berseni dan tampil romantis. Panel kabinet dibuat halus baik tema kedesaan Perancis mahu pun kediaman agamnya. Seperkara yang dapat kita lihat adalah perincian pada kabinetnya, bahagian serombong pemerangkap asap masakan dan kemasan lantainya yang adakala begitu berani buat sebuah dapur.
Jom kita cuci mata dengan ilham hebat dengan suasana romantis ini….siapa tahu anda jatuh hati dengan ilhamnya…Simple-simple je di IMPIANA
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Bijak Guna Ruang, Bilik kecil Ini Mampu Muat 3 Orang Lepas Makeover

Bijak Guna Ruang, Bilik kecil Ini Mampu Muat 3 Orang Lepas Makeover. IMPIANA kongsikan proses dekorasi dalam bilik tidur perempuan yang bersaiz 18 kaki persegi. Apa yang menarik adalah bilik tersebut pada mulanya hanya boleh memuatkan seramai 2 orang sahaja, tetapi setelah proses transformasi bilik kecil ini dijalankan, ia boleh menambah lagi seorang untuk tidur dalam bilik tersebut tanpa merasa sempit.
Tukar jenis katil
Perkara pertama yang diberi perhatian adalah penukaran katil daripada katil queensize yang mengambil 60% ruang dalam bilik tidur ditukar kepada katil double decker dengan tambahan tilam dibahagian bawah katil.
Apa yang menarik adalah, penghuni pada asalnya hanya boleh solat seorang diri pada satu masa dan kini dia boleh menunaikan solat bersama adiknya berikutan sudah mempunyai ruang yang besar.
Faktor Pencahayaan
Dalam ruang yang sempit, faktor pencahayaan serta pemilihan jenis lampu amat penting. Walaupun lampu sudah menerangi seluruh bilik, tetapi jenis lampu memakan ruang dalaman, ia masih tidak praktikal.
Alternatifnya adalah menggunakan lampu jenis gantung atau yang ditebuk pada dinding. Anda dinasihatkan untuk mengelak daripada membeli lampu jenis berdiri berikutan penggunaan ruang yang banyak.
Video Tips Pemilihan Wallpaper
Merehatkan mata
Pada asalnya, bilik ini tidak mempunyai apa-apa hiasan di bahagian dinding, ia hanya diwarnai tona putih sahaja. Memandangkan pemilik bilik ini masih lagi dalam peringkat pelajar kolej dan sekolah, sesuatu harus dilakukan untuk membolehkan mereka dapat belajar dengan tenang serta ada faktor merehatkan mata.
Pihak IDW Design memasang kertas dinding bercorak alam semulajadi atau lebih dikenali sebagai ‘Visual Landscape’. Ini kerana jika kita memandang sesuatu subjek yang berwarna hijau, pasti akan memberi ketenangan tanpa kita sedar dan masa yang sama dapat merehatkan mata.

Tonton Video Menarik Di Youtube IMPIANATV
Baca: Cara Kemas Bilik Tidur, Cepat Mudah, Macam Hotel
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
HIJAU MEMBAWA DAMAI….

GAYA KONSERVATIF MENAWAN HATI
GAYA MODEN PENUH SENSASI
Hijau sememangnya warna klasik yang cukup cantik dan telah lama wujud di dalam revolusi perabot. Dari zaman perang dunia, evolusi hijau pada kehidupan kita cukup luar biasa biar pun adakala warnanya di kaitkan dengan cita rsa dan status. Budaya juga telah banyak mengangkat rona hijau sebagai rona rasmi atau identiti sebuah bangsa. Inggeris dan irish juga antara bangsa yang banyak menggunakan rona hijau kelam dalam binaan mereka terutama binaan kabinet, gerobok malah kaunter sejak lama dahulu.
PILIHAN PASTEL ATAU PILIHAN HIJAU TERANG?
Hijau jelas baik untuk mata, melambangkan kesegaran malah mudah di suai padan. Dari hijau epal yg segar ke hijau daun pisang yang cukup berani. Bagaimana pula dengan lagak serius hijau lusuh dan kelam padu? And berani beradu naisb mencuba rona ini pada kabinet dapur ? Dapur antara ruang yang lazimnya menjadi destinasi pilihan ramai di kalangan kita untuk mencba rona seumpama ini. Malah terdapat hijau yang mewakili era vintaj, urban, popculture malah idea sezaman.
Ia sememangnya cukup menarik kerana kini ada juga hijau pudina yang tampil konservatif, digabungkan dengan perang kelam mahu pun hitam. Jika anda sederhana orangnya mungkin boleh menyesuai padan dengan larian kabinet putih sebagai pilihan kedua. selalunya rona klasik banyak yang agak kelam dan mewah. Misalnya hijau zaitun bersama tombol emas atau kayu. Manakala hijau pastel sesuai bagi dapur comel tau kecil dan pilihan hijau ini juga saling berkait rapat dengan dunia fesyen secara tidak langungnya. Jadi jangan takut memilih rona seumpama ini bagi kabinet dapur anda kerana ia umpama motivasi bagi anda untuk menyajikan segala yang segar dan sedap buat sekeluarga.Simple-simple sahaja di IMPIANA.
INSPIRASI FESYEN. ADAKAH PERSIS WARNA TAS TANGAN ANDA?
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Posisi Fleksibelnya Membuat Kita Tertipu…

Ada apa dengan dia? Adakah dia bersalah hanya dilihat cantik juga menarik? Atau mereka yang tergoda dengannya yang menukar tajuk cerita apabila tak dapat memilikinya? Benar, dia boleh dipelbagaikan, boleh berada dipelbagai posisi mengikut selera anda. Cakap sahaja di mana dan bila , ottoman boleh bertindak sebagai penyeri ruang kediaman anda dalam sekelip mata. Sebab itulah ramai yang tertipu akan kelebihan ottoman ini.
Di datangkan dalam pelbagai bentuk dan saiz, ottoman sememangnya berguna untuk dijadikan tempat duduk dan meja kopi jika perlu. Ada di datangkan dalam bentuk berkaki seumpama sebuah bangku . Sama ada empat segi tepat atau empat segi sama. Ada juga yang tidak memperlihatkan kaki mereka. Ia seumpama sebuah bongkah cantik dan dibina dengan cukup kukuh .
Diperkemaskan dengan teknik chesterfield atau plos begitu aja. Jika anda mempunyai tetamu yang agak ramai, ia boleh djadikan tempat duduk. Jika tidak menjadi meja kopi sahaja. Tetapi bukan dijadikan bangku panjang untuk bersenam ye! Paling menarik, ada juga di kalangan pereka ottoman menjadikan ia sebahagian daripada ruang penstoran. Malah adakala kemasan lembut yang dipilih juga nampak sedondon dengan langsir dan kusyen.
Jika anda mempunyai ruang terhad , ottoman bulat dilihat cukup sempurna. Manakala ruang memanjang, ottoman empat segi tepat lebih menarik. Tidak salah jika ottoman diberi suntikan warna yang agak berbeza dari set sofa. Ia tidak perlu sedondon. Segalanya terserah kepada kebijaksanaan anda untuk memberi ruang solekan ala warna harmoni atau satu warna lain di tengah ruang. Simple-simple aja di IMPIANA.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI