Biar pun dari negeri seberang dan ada juga didatangkan dari Burma, ternyata minat dan cita rasa kita nyaris sama. Ramai di kalangan kita masih meminati gaya nusantara yang megah dengan kerja kayu yang luar biasa indahnya. Sekitar era 90an dahulu ia digilai ramai dan peminatnya juga bukan calang-calang orang. Maklumlah perabotnya juga bukan sebarangan harganya. Jati yang penuh dengan ira cantik, warna perang emas kencana, malah kukuh pula kayunya jika dirawat betul. Tidak mudah dibawa arus masa dan mudah pula di suai padan dengan apa juga konsep biar moden mahu pun klasik. Pesonanya tersendiri dan tidak perlu ditambah segala macam hiasan kerana jati punya aura yang mampu membuat kita menoleh dua kali melihatnya.
Bagaimana untuk generasi muda menikmati perabot jati? Rasa tidk perlu banyak. Setiap satu di antaranya sudah cukup lantang buat sebuah ruang. Biar sebuah kerusi panjang tiga tempat duduk, atau sepasang sattee polos. Itu sudah memadai. Namun jika mahukan sedikit lagi perisa ala nusantara peti kayu atau hiasan dinding mewah dengan ukiran boleh dimuat sama.Simple-simple je di IMPIANA.