Rekaan rumah kampung melayu memang cantik kerana penuh dengan warisan budaya.
Namun, susah kita nak lihat rumah sekarang terutamanya taman perumahan yang mengekalkan rekaan konsep rumah melayu tradisional kerana rata-rata hanya mementingkan rekaan moden.
Berbeza dengan sebuah kawasan perumahan baharu dikenali sebagai Taman Camar Astana yang terletak di Bukit Katil, Melaka dan dibangunkan oleh syarikat Tri Urbanity Sdn Bhd. Rumah ini membawa konsep rumah Melayu dengan menggunakan bahan moden.
Malah, menjadi perbualan hangat netizen terutamanya dimedia sosial apabila mengetengahkan konsep rumah melayu yang jarang dilakukan oleh majoriti pembangun di luar sana.
Menerusi video dan gambar yang dikongsikan, pada setiap rumah didatangkan dengan seni ukiran serta bumbung bertebar layar disertakan perhiasan di tepinya dengan sentuhan elemen kemelayuan tradisional tetapi menggunakan bahan pembinaan yang moden.
Terdapat juga tangga yang disambungkan pada bahagian depan tanah dari rumah untuk serambi atau dikenali sebagai anjung atau ruai sambil dihiasi dengan jubin bercorak dan berwarna bagi menambah ciri estetik padanya.
Selain itu, rekaan tingkap juga bakal berukir dengan menggunakan motif bunga dan kaligrafi pada bahagian atasnya kemudian miliki daun tingkap seperti bak rumah tradisional.
Cantiknya rumah rekaan tradisonal ini, rata-rata memuji dan menunjukkan minat dengan projek tersebut dan mahukan konsep rumah melayu ini disebarkan secara meluas lagi kerana ia melambangkan jati diri bangsa melayu disamping boleh mempromosi budaya kita secara tidak langsung.
Mesti Baca: