Secara dengan tidak sengaja apabila melihat rekaan sofa dengan ribuan sulaman benang warna-warni ini, pada awalnya berasa terkejut kerana rekaan sofa ini tampak begitu berbeza sekali.
Mana tidaknya, rekaan sofa ini tidak kelihatan seperti yang lain atau kebiasaan di pasaran luar. Tampak unik dan berbeza, sudah semestinya rekaan yang dimiliki pada sofa ini sememangnya telah menarik perhatian.
Jika kita lihat pada gambar yang memaparkan rekaan sofa ini permukaan luar telah direka dengan ribuan sulaman benang warna-warni.
Bukan itu sahaja, ia juga didatangkan dengan pelbagai reka bentuk yang menarik seperti burung kakak tua dan banyak lagi. Namun begitu, adakah rekaan sofa seperti ini sesuai untuk dekorasi hiasan dalaman kediaman?
Ads
Pada pendapat anda pula bagaimana? Adakah anda merasakan rekaan sofa ini unik atau pelik di mata anda? Sila kongsikan bersama IMPIANA.
Ads
Foto: Facebook Pemburu Tiket Murah
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Rumah persaraan, perunding hartanah beri tip apa perlu buat sejak dari awal supaya semua yang dirancang menjadi kenyataan. Membina rumah persaraan memerlukan perancangan rapi sejak dari usia muda lagi.
Kediaman selepas bersara sangat penting untuk anda menghabiskan sebahagian besar masa anda selepas tidak bekerja lagi. Ada yang merancang untuk membina atau membeli rumah baharu selepas bersara sebagai rumah persaraan.
Berikut perkongsian daripada Azizul Azli Ahmad yang merupakan seorang perunding hartanah.
BINA RUMAH BERSARA?
1. Jika ada impian nak ada rumah bersara. Bina atau rancang 10-20 tahun sebelum bersara.
2. Jangan dah bersara baru nak bina rumah. Kita akan habiskan banyak modal waktu itu.
3. Bina kediaman yang kecil atau mesra orang tua. Elakkan bertingkat.
4. Kediaman sebaiknya jangan terlalu ke dalam kampung atau dalam hutan sangat. Bila kecemasan susah.
5. Jangan bina kediaman yang makan banyak kos selengara. Jika dapat antara 1500-2000 kaki persegi sudah cukup.
6. Jangan sibuk bina bilik ikut jumlah anak yang kita ada. Cukup 3 bilik dan 2 bilik air sahaja. Belajar lepaskan memori silam.
7. Duit bina rumah sebaiknya bukan dari Dana Persaraan kita. Ia duit yang memang kita tabung untuk bina rumah.
8. Pilihlah kekemasan yan sustainable atau jimat tenaga dan kos selengara. Ia membantu persaraan kita.
9. Pastikan kita ada sedikit ilmu seni bina bagi elak ditipu kontraktor atau binaan tak berkualiti yang makan banyak belanja lepas siap.
Sebelum beli perabot, ada perkara penting kena tahu, barulah tak menyesal. Membeli perabot memanglah sesuatu yang menyukarkan. Kadangkala apabila berada di kedai perabot pasti anda menjadi rambang mata dengan pilihan-pilihan pelbagai reka bentuk perabot yang ditawarkan.
Oleh itu, bagi memudahkan anda untuk membuat pilihan dalam membeli perabot, anda boleh ikuti LIMA perkara ini.
1. SAIZ RUANG
Jumlah perabot dibeli dan dihias perlu berpadanan dengan saiz ruang. Bagi ruang sempit, pilih perabot jenis pelbagai guna, mudah dibuka dan dipasang semula. Contohnya sofa bed amat praktikal untuk kegunaan tetamu yang bertandang.
2. PENGGUNAAN RUANG
Pemilihan perabot haruslah sesuai dengan umur, saiz dan ketinggian penggunaan ruang. Bagi ruang yang dikongsi, keperluan setiap penggunaan harus dititik beratkan. Contohnya rak tinggi, berkaca serta perabot berbucu tajam tidak sesuai untuk ruangan kanak-kanak.
3. PEMILIHAN WARNA
Perabot selalunya datang dengan variasi warna. Pilih warna perabot bukan sekadar mengikut faktor warna kegemaran, tetapi juga warna cat dan kemasan ruang, serta konsep perabot lain. Bagi ruangan kanak-kanak atau ruangan yang diguna lasak, pilih warna perabot yang tidak mudah dikotori.
4. KETAHANAN DAN JANGKA HAYAT
Ambil kira juga faktor ketahanan perabot tersebut terutamanya perabot seperti katil, sofa dan meja makan yang kerap digunakan. Begitu juga dengan rak yang menempatkan barangan berat seperti koleksi buku, pinggan mangkuk dan perhiasan kaca.
5. BAJET
Kenal pasti berapa anggaran perbelanjaan anda bagi setiap ruangan yang ada. Jangan pula terlebih berbelanja pada sesuatu ruang dan tidak cukup perbelanjaan untuk ruangan lain. ukur dan buat perbandingan harga barang dan ketahanannya. Biarlah alah membeli, menang memakai.
Dekorasi konsep farmhouse moden tema warna ‘earth tone,’ senang nak suaikan dengan perabot. Pemilihan tema warna ‘Earth Tone’ untuk dinding menjadikan ruang rumah nampak lebih luas dan lebih mudah untuk suaikan dengan warna perabot.
Warna ‘earth tone’ menjadi tren yang diminati oleh ramai orang kerana sifatnya yang natural dan hangat. Kehadirannya menjadi inspirasi dalam menata tempat tinggal masa kini supaya mendatangkan kesan hangat, nyaman, dan ‘welcome’.
Cantik, tenang dan bersih sahaja rumah pemilik kediaman. Perkongsian dekorasi rumah bertukar wajah selepas tragedi banjir Disember 2021. Pemilik kediaman menggunakan warna terang dan ceria. Selepas banjir, pemilik kediaman terus tukar konsep kepada modern farmhouse dengan earth tone.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!