
Kediaman idaman bagi setaip orang adalah berbeza-beza bergantung pada beberapa faktor seperti citarasa, persekitaran dan juga bajet.
Terdapat perlbagai pilihan konsep yang boleh kita pilih untuk digunapakai pada ruangan dikediaman. Antara konsep atau tema yang sering menjadi pilihan termasuklah kontemporari, moden dan minimalis.
Kediaman yang terletak di Rawang ini dimiliki oleh Puan Fathanah bersama keluarganya dan dengan keluasan 18’x80′, rumah teres dua tingkat ini terasa cukp sempurna dan selesa.
Pemilihan rona monokrom melengkapi setiap sudut rumah, menjadikannya lebih kemas dan tampak “timeless”.
Menurut pemilik, bagi menjimatkan kos renovasi, pemasangan jubin “backsplash” di ruangan dapur telah dilakukan sendiri tapa mengupah orang.
Selain itu, pemilik juga memberitahu bahawa banyak idea dan inspirasi diperoleh melalui carian atas talian di Instagram serta Pinterest selain menjadikan saluran HGTV sebagai panduan.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Bingkai Gambar Naikkan Seri Dinding, 6 Stail Susunan Sebagai Panduan!

Isi Kandungan
ToggleTidak dinafikan hiasan dinding menjadikan ruang tamu nampak lebih cantik dan kemas.
Nampak senang tapi nak gantung gambar pada dinding rumah tak semudah yang disangka. Susunannya perlu dirancang dengan teliti supaya nampak kemas.
Jika anda berhasrat menghias dinding sempena raya ini namun belum ada idea, jadikan 6 stail ini sebagai panduan. Tak perlu ragu kerana hasilnya memang cantik.
1. Spiral
Mulakan dengan meletak satu bingkai di tengah dan atur bingkai selebihnya dalam bentuk melingkar atau mengelilinginya. Pastikan jarak antara bingkai adalah sama.
2. Centered
Pilih satu atau dua bingkai untuk dijadikan titik tengah. Atur bingkai lain di kiri dan kanannya.
3. Outer Align
Pilih satu bingkai gambar yang besar, seterusnya atur bingkai gambar yang lebih kecil di setiap penjuru.
4. Reflection
Letakkan bingkai gambar pelbagai saiz sederet, kemudian ulang teknik yang sama pada bahagian bawah.
5. Staircase
Ini susun atur gambar untuk diletakkan di bahagian tangga. Setiap bingkai diatur dalam keadaan menaik walau apa jua saiznya.
6. Nine square
Ini merupakan aturan paling mudah. Hanya susun sembilan bingkai gambar dengan saiz yang sama dalam bentuk segi empat.
Selamat berdekorasi!
Artikel ini diambil dan diolah dari VK.
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Sumber: Pottery Barn
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Antara Rumah Sub-Sales & Baru, Mana Pilihan Yang Terbaik?

Bagi anda yang bercadang untuk membeli sebuah kediaman rumah, sudah pasti antara rumah jenis sub-sales dan baru yang akan menjadi persoalan mana satu pilihan yang terbaik untuk anda memiliknya.
Malah, persoalan ini sudah pasti akan sentiasa bermain di pemikiran anda selain faktor kewangan dan kawasan kediaman yang ingin dimiliki juga antara perkara penting yang perlu diambil kira dalam pemilihan sesebuah kediaman.
Tetapi sebelum itu, adakah anda sudah benar-benar tahu perbezaan antara kedua-duanya? Mari ketahui jawapan dan maklumat lebih lanjut bersama IMPIANA.
Dalam episod Tip Impiana kali ini, IMPIANA telah berkesempatan mengundang tetamu jemputan, Cik Amaliena Mazlan yang merupakan salah seorang Perunding Hartanah dari MATRIX Concepts Holdings Berhad bagi berkongsi tip serta mengupas lebih lanjut mengenai perkara tersebut bersama para penonton.
Ketika sesi temu bual bersama Cik Amaliena, jelasnya kedua-dua jenis kediaman ini mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri yang mana setiap para pembeli harus ambil tahu mengenainya.
Katanya lagi, selain itu para pembeli seharusnya bijak serta mengetahui tujuan utama untuk membeli sesebuah rumah di kawasan perumahan yang telah menjadi pilihan.
Jadi, antara kedua-duanya mana satu pilihan yang terbaik? Sudah pasti anda ingin mengetahui lebih lanjut dan jawapan persoalan tersebut.
Mari ketahui jawapan dan maklumat lebih lanjut dengan menonton pautan video penuh sesi temu bual bersama Cik Amaliena di bawah;
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Apa Beza Antara Insurans Pembiayaan Rumah MRTT & MLTT?
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Pembuka Tahun Baru Rezeki Duduk Rumah Sendiri, Mahligai Putih Bersih Konsep Moden Inggeris

Isi Kandungan
TogglePembuka Tahun Baru Rezeki Duduk Rumah Sendiri, Mahligai Putih Bersih Konsep Moden Inggeris. Tahun baru 2025, diharap dapat meluaskan lagi rezeki dan merealisasikan impian setiap pemilik kediaman. Jika sebelum ini hanya tinggal menyewa, semoga tahun ini mempunyai rezeki untuk memiliki rumah sendiri.
IMPIANA tumpang gembira dengan perkongsian daripada Fayya Fieya Fozan ini. Pembuka rezeki tahun baru 2025, baru sahaja berpindah dan dapat tinggal di rumah impian yang diimpikan selama ini setelah sekian lama menyewa.
Cukup cantik dan selesa untuk seisi keluarga berteduh. Rumah banglo setingkat dengan keluasan 1,656 kps, dibina dengan tema hitam putih dengan konsep moden Inggeris. Pemilihan rona putih merupakan pilihan tepat yang mampu menjadikan ruang tampak lebih luas dan lapang serta mudah digandingkan dengan sebarang warna bagi dekorasi rumah.
Rezeki Tahun Baru
Pembuka tahun baru, syukur alhamdulillah. Nikmat rezeki Allah swt bagi untuk kami berteduh terima kasih buat husband tercinta M Adam Mazilam hadiahkan mahligai putih bersih buat mummy dan anak-anak.
Design rumah ni plan dari abah- father in law yang ada pengalaman berpuluh tahun dalam ID. Yang mana berminat nak buat plan rumah, kedai masjid ke apa-apa la boleh rojer-rojer deh. I share nanti.
Dulu menyewa sekarang baru dapat rasa duduk rumah sendiri. Alhamdulillah.. syukran ya Allah.
White house memang impian semua yang sukakan puteh. Boleh ‘match’ dengan semua color. Design minimalist menjadi pilihan kami.
Saya doakan yang like dan share posting ini yang masih idamkan untuk memiliki rumah idaman nanti dapat jugak anda miliki. amin.
INFO KEDIAMAN:
Nama Pemilik: Fayya Fieya Fozan & M Adam Mazilam
Usia Kediaman: Januari 2025
Konsep: Moden Inggeris
Lokasi: Kelantan
Keluasan Kediaman: 1,656 kps
Kos Binaan Rumah: RM230k (Tak termasuk harga tanah & perhiasan rumah)
Jenis Kediaman: Banglo Setingkat
Spesifikasi Ruang: 4 bilik tidur, 3 bilik air, dapur, beranda, ruang keluarga.
*Kod Cat: Jotun Majestic 01 White & Jotun Tar 5366
IMPIANA: Cantik rekaan dan dekorasi rumah ini, semoga menjadi inspirasi buat yang berhasrat untuk memiliki rumah impian sendiri.
Sumber: Fayya Fieya Fozan
Mesti Baca: Rona Putih Hiasi Rumah ZASKIA SUNGKAR, Mewah Dengan Dekorasi Marmar
Baca Lagi Di Sini: Hias Rumah Gaya ‘Farmhouse’, Gabungan Warna Putih & Coklat Beri Visual Tenang!
Artikel Menarik: Dekor Rumah Sempit Dengan Tema Warna Hitam+Putih
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM,TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI