Dekorasi

Renovasi Rumah Subsale, ‘Upgrade’ Jadi Banglo 3 Tingkat 7 Bilik!

Share

Renovasi Rumah Subsale, ‘Upgrade’ Banglo 3 Tingkat 7 Bilik! IMPIANA berkesempatan untuk ‘feature’ salah satu projek milik kontraktor bumiputera, Aidil Cemerlang Sdn Bhd. Syarikat kontraktor yang berpengalaman berbelas tahun dalam industri pembinaan rumah.

Kediaman yang dikunjungi merupakan sebuah banglo 3 tingkat berkonsep moden dengan keluasan 4,050 kaki persegi. Mempunyai 7 bilik tidur dan 7 bilik air. Memang besar dan luas!

Kediaman baru sahaja menjengah usia 2 bulan dan siap diubahsuai pada Disember 2024 yang lepas. Pihak kontraktor hanya mengambil masa 11 bulan bagi proses renovasi pembinaan semula struktur kediaman hinggalah rekaan hiasan dalaman rumah.

Renovasi Rumah Subsale, ‘Upgrade’ 3 Tingkat

Menurut Saifuz Zamani Abdul Karim, Pengarah Urusan Aidil Cemerlang Sdn Bhd, rumah ini pada asalnya merupakan sebuah rumah subsale yang hanya mempunyai 2 tingkat. Pihaknya mencadangkan memaksimumkan kawasan yang ada dengan menambah kepada 3 tingkat serta membuat penambahan pada parkir, menaiktaraf kolam renang, dan ubahsuai pada keseluruhan ruang dalam rumah.

Saifuz Zamani Abdul Karim, Pengarah Urusan Aidil Cemerlang Sdn Bhd

Pemilik rumah memilih konsep moden kerana inginkan kediaman yang tampak selesa, luas serta menenangkan. Bersesuaian dengan gaya hidup pemilik seisi keluarga. Ini dapat dilihat dari segi pemilihan cat dinding rona putih bersih, rekaan perabot moden serta dekorasi keseluruhan ruang rumah.

Ruang makan juga cukup berseri dilengkapi dengan meja yang menggunakan ‘crystal marble’ serta ‘panelling mirror’ bagi memberi imej visual supaya ruang tampak lebih luas.

Kontraktor Menambah Fungsi Kediaman Praktikal

Paling menarik perhatian IMPIANA bahagian outdoor yang cantik, lengkap dengan landskap laman yang praktikal di samping bunyi pancuran air di kolam renang yang cukup menenangkan. Sekaligus menjadi ruang santai kegemaran buat pemilik kediaman beriadah seisi keluarga dan tetamu yang datang.

Mementingkan kediaman yang praktikal, pihak kontraktor juga menambah fungsi bahagian luar rumah yang turut dilengkapi dengan ‘parcel drop box’. Ia bagi kemudahan penghantar barang untuk membuat penghantaran barang dengan selamat, sekaligus bagi mengelak barang hilang.

Kedudukan tiang di bahagian dalam tengah rumah pula, dimaksimumkan fungsinya. Daripada dibiarkan kosong, atas idea kontraktor bahagian tersebut dibina ‘display kabinet’ bagi menempatkan cenderahati mahupun barangan perhiasan pemilik kediaman. Begitu juga ruang pada bawah tangga yang dijadikan penstoran tambahan mampu menempatkan pelbagai jenis barangan.

Begitu juga pada pintu bilik tetamu di tingkat bawah, pihak kontraktor membuat ‘hidden door’ dengan ‘fluted panel’ reka bentuk terkini yang mudah dijaga. Sekaligus menjadikan bahagian tersebut seperti dekorasi dinding biasa, tanpa kelihatan mempunyai sebuah bilik serta dapat melindungi privasi pemilik rumah.

Semoga menjadi inspirasi buat pencinta dekorasi kediaman yang lain.

INFO KEDIAMAN
Nama Kontraktor: Aidil Cemerlang Sdn Bhd
Usia Kediaman: 2 Bulan (Siap Disember 2024)
Konsep Hiasan Dalaman: Moden
Keluasan Kediaman: 4,050kps (80’x40’)
Anggaran Kos Renovasi/Ubahsuai Rumah: RM600k
Tempoh Renovasi: 11 Bulan
Jenis Kediaman: Banglo 3 Tingkat

Spesifikasi Ruang Kediaman:
Dapur Basah, Dapur Kering, 2 Ruang Tamu, 7 Bilik tidur, 7 Bilik Air, Balkoni, Kolam Renang, Mini Landskap, Laundry Area & Garaj boleh memuatkan 4 buah kereta.

Saksikan video penuh ‘house tour’ kediaman ini di Facebook & YouTube @impianaofficial

Mesti Baca: Pembuka Tahun Baru Rezeki Duduk Rumah Sendiri, Mahligai Putih Bersih Konsep Moden Inggeris
Baca Lagi Di Sini: Dapur Pelakon Keith Foo, Rona Gelap Konsep Moden Sentuhan Industri
Artikel Menarik: Kemas Hasil Kerja Pelajar Tingkatan 4 & 5 Kemahiran (PVMA), Buat Kabinet Dapur Macam ‘Pro’! 

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Suhaidah Wahab