Se

Macam-macam resepi baja organik yang pernah IMPIANA kongsikan dengan pembaca. Kali ni, IMPIANA nak kongsikan resepi baja yang tidak memerlukan anda mengeluarkan sebarang kos duit. Respei tersebut telah dikongsikan oleh En Syafiq bahrin di dalam Group Facebook Berkebun D Rumah.

Resepi buat baja cecair ni saya belajar dari kaedah JADAM dari Korea.

So far ni baja utama yang saya pakai kerap disamping sekali sekala letak baja tinja kambing.
Hasil dia Alhamdulillah sangat subur. Dengan izin Allah swt. Kos dia hampir RM0. Hanya kos beli tong tu je, kalau pakai tong sedia ada, kira zero cost la ni.

Nak buat dia perlukan 3 bahan je.

1. Air hujan (Kalau takda, air paip boleh tapi biarkan dalam 3 4 hari dulu sebelum buat baja ni.)
2. Leaf mold.
– Pergi cari memana pokok besar yang bawah pokok tu banyak daun kering gugur, lagi tebal daun kering terkumpul situ, lagi bagus.
– Cari satu spot, tolak daun2 kering tu ke tepi. Akan nampak ada 1st layer tanah yang warna gelap kehitaman.
– Ambil lah dalam dua genggam tanah gelap tu, itulah namanya Leaf Mold.
3. Rumput liar yang ada sekitar rumah atau mana-mana, kalau mesin, rumput tu jangan buang. (Apa jenis rumput liar pun takpa.)

IKLAN

INI CARA NAK BUAT :

1. Ambil satu tong, tong ni terpulang lah janji ada penutup. Tong cat besar pun boleh. Tapi kalau kita nak pakai lama, pergi kedai hardware dan tanya ada tak tong terpakai warna biru ni. Saya beli dalam RM45 rasanya hari tu.
2. Penuhkan 2/3 dari tong tu dengan rumput liar tadi. Padatkan ke dalam tong tu.
3. Penuhkan tong tu dengan air hujan tadi sampai penuh ke atas dan tutup semua rumput liar tu.
4. Masukkan dua genggam Leaf Mold tadi dalam tong, biar tanah tu tenggelam dalam air tu.
5. Tutup dan biarkan at least 2 minggu dalam tong tu.
6. Lepas 2 minggu, boleh start pakai. Lagi lama peram, baja ni akan lagi kaw. Nak peram setahun pun takda masalah.Resepi Baja Organik Dari Korea Ni Hanya Guna Daun Dan Rumput Kering Je Resepi Baja Organik Dari Korea Ni Hanya Guna Daun Dan Rumput Kering Je Resepi Baja Organik Dari Korea Ni Hanya Guna Daun Dan Rumput Kering Je Resepi Baja Organik Dari Korea Ni Hanya Guna Daun Dan Rumput Kering Je

Awal-awal lepas peram, air baja ni memang busuk macam bau lepas banjir, tapi makin lama, bau dia akan makin kurang.

IKLAN

CARA NAK PAKAI BAJA NI.

1. Ratio penggunaan dia adalah 1:100.
Maksudnya, setiap 1000 ml air, letak 10 ml je air baja ni. Kacau sebati.
– Boleh siram je kat apa-apa pokok seminggu sekali.
– Nak spray secara foliar kat daun pun boleh, tapi tapis lah dulu air baja tu sebab supaya spray tak tersumbat.
Kalau rasa 1:100 tak cukup padu, boleh pekatkan lagi hingga 1:50 (1000 ml air, 20 ml air baja).
Tapi mula dengan 1:100 dulu. Baru up kalau perlu.

Kalau baja ni nak habis dan nak tambah, just tambah lagi segenggam leaf mold dalam tong sama tu, penuhkan semula rumput liar dan air hujan tu. Tu je.

IKLAN

Kos nak buat baja ni rasanya kat tong tu je, lain-lain semua barang dari sekeliling je.
Bayangkan dengan baja sepenuh tong biru besar tu, pakai pula berapa ML je setiap kali pakai dan pokok memang subur insyaAllah, berapa lama dapat jimat kos baja?

Semoga bermanfaat. Semua kredit resepi baja ni (Jadam Liquid Fertilizer) ditujukan kepada pengasas JADAM dari Korea

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI