Untk hasil tanaman optimum, sudah pasti ia perlu diberi penjagaan dan pembajaan yang secukupnya seawal usia anak pokok lagi. Ia berupaya melatih dan menjana sistem pertumbuhan terbaik di dalam tanaman untuk kuantiti hasil yang banyak malah berkualiti. Seperti pokok durian, ia mengambil masa 5 tahun mencecah usia matang mengeluarkan buah. Namun, dengan penjagaan dan pembajaan yang tidak berkala hasilnya pasti tidak berbaloi dengan tempoh masa yang dinantikan bertahun-tahun.
Oleh itu, laman sesawang Rentas Asia berkongsi resepi baja organik untuk anak pokok durian hanya dengan menggunakan ikan segar yang reject dan yakult. Nak tahu caranya, boleh baca dalam pautan yang disediakan
Kedai-kedai yang menjual produk pada harga RM 2.00, RM 2.10 dan sebagainya memang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Bukan sahaja banyak produk plastik, malah makanan dan item dekorasi turut menjadi pilihan. Kualiti, bukan isu utama, kerana ia berpatutan pada harga. Namun, yang menjadi kerisauan adalah pemilihan bekas plastik yang digunakan bagi menyimpan muhupun menyediakan makanan. Hal ini, pernah dikupas oleh Ahli kimia Dr. Fatimah Salim.
Saya suka kepelbagaian barang yang dijual, ada yang saya beli juga. Barangan yang murah kita maklumlah ada baik dan buruknya. Namun jika kita pandai membeli dengan membandingkan harga dan jenis barangan, untung sebenarnya.
Secara ringkasnya menurut Dr. Fatimah, untuk membeli produk plastik kedai RM 2 ni tidak menjadi isu. Namun cara penggunaan perlu diperinci terutamanya ELAKKAN penggunaan plastik jenis sebegini pada suhu panas.
Untuk informasi lebih tepat, boleh baca perkongsian Dr. Fatimah di Facebook di bawah
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Kuala Lumpur, 28 Ogos 2019-Epson memperkenalkan 3LCD laser projector yang berupaya memberi pengalaman lebih hebat daripada menonton TV di rumah. Di reka khas buat anda peminat filem, Epson EF-100B dan EB-100W yang bersaiz kompak merupakan laser projector bersaiz kompak pertama dunia dengan kelebihan yang menarik serta mudah untuk dipasang
Dengan rekaan yang kompak dan gaya minimalis, projector mudah alih ini direka dengan gaya tersendiri dan sesai dengan apa juga gaya dekorasi kediaman. Pengalaman menonton dapat dinikmati dengan gaya yang sangat selesa sama ada di ruang tamu, bilik tidur atau di pancarkan terus pada siling kediaman kerana ia turut dilengkapi dengan keupayaan sudut oadang 360 darjah.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Pokok kesum antara tanaman yang campak je pun boleh hidup. Yang penting kondisi medium tanaman nya perlu sentiasa lembap. Tapi, ramai yang gagal sebab lupa nak siram. Jika anda jenis yang susah atau nak beri kan masa untuk menyiram pokok, penggunaan wadah lengkap sistem siraman sendiri (self watering) adalah terbaik.
Tapi, self watering pot ni harga nya boleh tahan mahal juga. Muhammad Ashaabul Yamin ada cara yang lebih kreatif dan jimat iaitu dengan menggunakan bekas polistrin
Cara mudah semai daum kesum. Terlupa nak siram pun takde masalah..mula tanam 01/05/2020,hasil pad 09/06/2020.
Bahan-bahan:
Keratan kesum
Bekas kabus
Span basuh pinggan
Baja “A” dan “B” (Boleh beli online https://invol.co/cl197kv)
Pembaris sesiku “L”
Pisau
Cara-cara:
1. Beli daun kesum dekat kedai. Asingkan batang dan daun.
2. Potong bekas kabus menjadi separuh
3. Ukur saiz span pada penutup kabus, lepas tu potong penutup kabus itu mengikut saiz span.
4. Masukkan span ke dalam lubang yang telah ditebuk tadi. Pastikan lubang yang ditebuk tidak terlalu longgar
5. Kelarkan span menggunakan pisau bgi memudahkan semaian batang kesum.
6. Bancuh baja “A” dan “B” dengan air dalam bekas kabus
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.