Ajinomoto sebagai baja untuk lebatkan bunga dan buah memang tidak asing lagi. Namun, ramai tak pasti bagaimana atau formula terbaik untuk menggunakan ajinomoto sebagai baja. Malmisa Swak Lis Lis berkongsi cara paling mudah penggunaan ajinomoto paling mudah dan berkesan
saya nak share BOOSTER baja utk tanaman.saya sendiri dah cuba.ingat kita je ke kena ada booster.pokok pun perlukan jugak
Ajinomoto kaya dgn MSG antaranya ialah:
– Meyuburkan pokok yg susah berbunga dan berbuah.
– Daun sayur pulak,akan membesar 2x ganda dari size asal.
– Pertumbuhan akan naik lebih cepat.
Cara Bancuhan:
1. 1 sudu Ajinomoto (15g)campur dengan 5 liter air.Bancuh dlm baldi.
Lepastu peram semalaman.
Esoknya baru boleh siram dekat tanah spray dekat daun sikit2 je.penting tanah.
2. siram sekali seminggu je.jangan over siram hari2 nanti pokok mati jgn salahkan kita tau.
Sesuai utk pokok sayur dan juga bunga. Nanti lepas 1minggu baru booster buat kerja
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Semai Lada Merah SESUAI Dijadikan Benih Pokok, PILIH Yang Terbelah Hujungnya!
Lada merah antara sayuran yang sering digunakan dalam masakan. Harga lada merah di pasaran boleh tahan mahal juga harganya. Jika suka berkebun boleh cuba tanam sendiri pokok lada merah di rumah. Ia lebih jimat dan puas hati hasilnya nanti. Rupanya nak semai lada merah untuk dijadikan benih pokok, pastikan pilih lada merah yang terbelah hujungnya.
Ini tip semai lada merah yang dikongsikan oleh Puan Suriani Sulaiman. Memang cantik pokoknya, lada pula subur, panjang-panjang dan bebas serangan ulat.
Hari ni saya nak share memilih lada merah yang sesuai dijadikan benih pokok.Pilih lada merah yang terbelah dihujungnya. Lepas keluarkan biji boleh terus semai di tempat semaian.
Semai guna medium kompos. Letak di tempat redup. Siram Pagi dan petang.Bila anak pokok dah keluarkan daun 4-5 helai bolehlah dipindahkan. Masa pindah sesuai waktu petang.
Saya guna baja kopi dan tinja ayam bergilir-gilir juga spray Foliar 2 in 1 (untuk subur dan anti serangga).
Medium topsoil campur kompos (1:1).Jika ada tanah sawit tabur keliling pokok.Tips pokok cepat subur tiap kali baja gemburkan tanah.
Info Ekstra!
Buah Cili Cantik Tanpa Serangan Ulat
Saya mula spray foliar dari pokok berbunga lagi dan waktu sekitar 6 petang sebab masa ni serangga aktif mencari makanan. Saya cairkan dos dan spray setiap hari sebab serangga datang hari-hari lebih-lebih lagi bila pokok dah berputik. Sukatan untuk pasu besar 1 sudu teh. Lepas tabur gemburkan sikit tanah.
Cara cairkan dos ambil 1 lekuk pati foliar campur dengan 1.5 liter air. Foliar boleh dibeli di kedai pertanian.
Jadual Pembajaan
Saya lakukan pembajaan secara bergilir. Minggu ni baja kopi minggu depan tinja ayam. Foliar 2 in 1 setiap hari spray waktu petang. Penting CAIRKAN dos elak pokok berlebihan baja. Nak tahu sukatan kita sesuai bila daun hijau.
Tabur tanah sawit pada pangkal pokok dan gemburkan tanah tiap kali baja. Siram pagi petang.
Baca Lagi Di Sini:Tanam Lada Solok Tepi Rumah Je, Buah Lebat Siap Boleh Berniaga
Mesti Baca:Cara Elak Serangan Serangga dan Kulat Untuk Pokok Cili Guna Baja Organik Ini
Artikel Menarik:Panduan Lengkap Tanam Kelapa Hibrid MATAG Untuk Hasil Yang Lumayan
IMPIANA:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jika nak tanam lada merah boleh cuba semai ikut tip yang dikongsikan ini. Pastikan pilih lada yang terbelah hujungnya barulah sesuai dijadikan benih pokok.
Sumber: Suriani Sulaiman
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Target Nak Jimat, 6 Bulan Suami Isteri Siapkan ‘Outdoor Garden’ Sendiri
Kagum dengan semangat kesungguhan dan kerajinan pasangan suami isteri ini. Sasaran mereka adalah membuat sendiri laman ‘outdoor garden’ yang cantik dan pada masa yang sama dapat berjimat dan mengurangkan kos hampir 3 kali ganda berbanding melantik vendor. Meskipun tempoh masa yang diambil agak lama, iaitu hampir 6 bulan untuk disiapkan. Namun hasilnya cukup puas hati, apatah lagi ia hasil kerjasama suami isteri.
Berikut seperti yang dikongsikan.
Hasil kerjasama suami isteri sepanjang lebih kurang 6 bulan. 100% hasil tangan sepenuhnya kami berdua. (Ratakan pasir, pasang weed mat, pasang carpet rumput, tanam pokok-pokok, wiring dan pasang lampu tembok, pasang wood decking, mengecat dinding tembok sepenuhnya).
Fokus Cantik & Jimat
Penat memang sangat penat, tapi kami lebih fokus ke arah nak cantik tapi jimat. So kena la buat sendri. Kos keseluruhan anggaran RM3.5-4k (cat tembok, lampu-lampu tembok, rumput carpet, meja outdoor, wooden decking, pokok-pokok hiasan).
Penah minta quotation dari vendor, anggaran kos dalam RM15k. Bukan salah vendor, memang kos tinggi untuk kualiti yang lebih baik, dan kos tenaga kerja pun kena ambil kira ya. Bayar murah sapa plak nak kerja kan.
Saya dan suami buat sekadar sedap mata sendiri memandang, mugkin banyak kekurangan dari segi kualiti dan dekorasi. Pastu ambil tempoh yang lama plak dan memang penat Cuma target nak jimat tu tercapai la. Alhamdulillah. Siap jugak.
IMPIANA: Alhamdulillah, tahniah hasilnya ‘Outdoor Garden’ yang diimpikan tetap cantik dan dapat berjimat. Semoga ia menjadi inspirasi buat pemilik kediaman yang lain juga.
Mesti Baca:Santai Dan Sedap Mata Memandang. Ini Cara Setup Taman Mini Di Balkoni Rumah Tinggi
Baca Lagi Di Sini:Himpunan Idea Jadikan Balkoni Kecil Lebih Menarik!
Artikel Menarik:Step-by-Step Pasang Rumput Tiruan Di Balkoni. Dari Hambar Terus Jadi Menarik!
Sumber : Norashida Yusri
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
10 Kegunaan Dan Kebaikan Bawang Putih Di Kebun Yang Ramai Tak Tahu
Ramai yang tahu bawang putih digunakan sebagai salah satu bahan dalam ramuan masakan dan ada juga segelintir menggunakannya untuk tujuan perubatan. Tetapi, ramai yang tak tahu bahawa bawang putih pun boleh digunkan di laman atau kebun. Ia bukan sahaja sebagai bahan anti serangga malah berupaya menjadi baja tanaman. Berikut 10 kegunaan dan manfaat bawang putih kepada tanaman
1. Ros sukakan bawang putih
Menurut Herb Society of America, dengan menanam pokok bawang putih di sekitar rumpun ros dapat membantu mencegah masalah serangan serangga dan penyakit yang banyak menyerang tanaman ros
2. Teh bawang putih mencegah Powdery mildew
Kupas serta potong 3-5 biji bawang putih dan rendam bersama 1 liter air panas. Biarkan air rendaman selama 24 jam. Selepas dibiarkan terendam 24 jam, tapis dan campurkan air rendaman bersama 3 liter air bersih. Semburkan campuran teh bawang putih tersebut pada keseluruhan tanaman termasuk di bahagian bawah daun
3. Tanam pokok bawang putih sekitar pokok buah
Seperti tanaman ros, pokok bawang putih yang ditanam di sekitar pokok buah berupaya mengelak serangan serangga dan penyakit terutamanya yang berpunca dari tanah. Ia mampu mencegah serangga perosak buah seperti lalat buah, kumbang dan sebagainya
4. Bawang putih sebagai racun kulat
Campurkan 2 labu bawang putih bersama 1 sudu teh cecair pencuci pinggan di dalam 2 cawan air. Kisarkan dan tapis. Campur pati bawang putih tadi bersama 1 gallon air dan semburkan pada tanaman yang dijangkiti. Campuran racun bawang putih ini juga boleh disimpan di dalam peti sejuk
5. Elak kehadiran ular
Bukan lah takut, tapi bahaya kepada keselamatan terutamanya jika ular yang menyelinap masuk dari laman menuju ke dalam rumah. Jadi, untuk atasi masalah ini berlaku, tanam bawang putih di sekitar kediaman anda. Ini kerana bawang putih merupakan pencegah alami untuk ular
6. Mencegah tikus mondok
Tikus mondok adalah ancaman utama jika anda seorang penternak. Ia akan aktif di waktu malam. Sebab itu, ramai yang tak akan perasan kehadiran tikus mondok di kebun atau kediaman kerana ia sangat kecil. Untuk mencegah atau menghalau tikus mondok di kebun anda, cuba hancurkan beberapa labu bawang putih dan masukkan ke dalam lubang yang dikesan menjadi tempat persembunyian tikus mondok
7. Bawang putih Tanaman Companion yang terbaik
Di luar negara, mereka jarang menggunakan racun serangga di kebun. Untuk mengatasi masalah serangga secara organik, selain menyediakan racun serangga buatan sendiri dari bahan tertentu, mereka turut memperkenalkan penggunaan tanaman peneman atau companion plant [klik sini untuk artikel lengkap]. Bawang putih mampu mengatasi dan mencegah serangan serangga seperti aphids, kumbang dan pelbagai lagi. Cuba tanaman lobak, cili, tomato, terung secara berselang dengan pokok bawang putih.
8. Elak serangan belalang
Belalang juga antara ancaman serangga perosak yang akan memakan tanaman anda secara diam. Walupun fizikalnya besar dan mudah dikesan, belalang antara serangga yang cepat memakan daun tanaman anda. Sedar-sedar, daun dah berlubang. Untuk atasi masalah ini, boleh cuba gunakan semburan teh bawang putih
9. Semburan racun untuk semua jenis serangga
Kisar 4 biji cili api bersama 4 ulas bawang putih, 3/4 sudu cecair pencuci pinggan, 1 sudu dan 3 cawan air. Biarkan bahan kisar 24 kemudian ditapis. Semburkan racun serangga bawang putih ini pada tanaman yang dijangkiti.
10. Bawang putih untuk ayam
Jika anda ada menternak ayam, burung dan sebagainya, Cuba hancurkan 2 atau 3 biji bawang putih. Kemudian masukkan ia ke dalam air minuman ayam. Ia Mampu meningkat tahap immun ayam darisebarang penyakit
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI