Ajinomoto sebagai baja untuk lebatkan bunga dan buah memang tidak asing lagi. Namun, ramai tak pasti bagaimana atau formula terbaik untuk menggunakan ajinomoto sebagai baja. Malmisa Swak Lis Lis berkongsi cara paling mudah penggunaan ajinomoto paling mudah dan berkesan
saya nak share BOOSTER baja utk tanaman.saya sendiri dah cuba.ingat kita je ke kena ada booster.pokok pun perlukan jugak
Ajinomoto kaya dgn MSG antaranya ialah:
– Meyuburkan pokok yg susah berbunga dan berbuah.
– Daun sayur pulak,akan membesar 2x ganda dari size asal.
– Pertumbuhan akan naik lebih cepat.
Cara Bancuhan:
1. 1 sudu Ajinomoto (15g)campur dengan 5 liter air.Bancuh dlm baldi.
Lepastu peram semalaman.
Esoknya baru boleh siram dekat tanah spray dekat daun sikit2 je.penting tanah.
2. siram sekali seminggu je.jangan over siram hari2 nanti pokok mati jgn salahkan kita tau.
Sesuai utk pokok sayur dan juga bunga. Nanti lepas 1minggu baru booster buat kerja
David Beckham, salah satu nama paling terkenal dalam dunia bola sepak. Beckham terus menunjukkan bahawa beliau bukan sahaja seorang bintang di padang bola tetapi juga seorang ikon global yang berpengaruh dalam pelbagai aspek kehidupan.
Terbaru, David Beckham meraih perhatian peminat bola sepak apabila berkongsi aktiviti berkebunnya menerusi akaun media sosial miliknya.
Pemain itu dilihat begitu teruja dan berterima kasih kepada peminat yang memberikan nasihat dan kata-kata semangat untuk dirinya bersantai dengan cara tersendiri.
David Beckham Kini Berkebun & Berladang, Bangga Aktiviti Buahkan Hasil
Beckham, yang kini berusia 49 tahun, juga kelihatan gembira menanam sayur-sayuran dengan hampir setiap aktivitinya dirakam untuk tontonan pengikutnya.
Suami kepada Victoria itu turut berbangga dan tersenyum apabila usaha berkebunnya membuahkan hasil.
Beliau sempat meninggalkan pesanan buat isteri tercinta dengan menjamin rumah mereka tidak akan kekurangan bekalan bawang.
“Nampaknya Victoria Beckham akan mempunyai bekalan bawang yang cukup untuk makan tengahari dan malam beberapa minggu ini,” katanya.
Sementara itu, peminat ikon bola sepak tersebut berseloroh ingin menjadi seperti ayam ternakannya kerana berasa bertuah dipelihara oleh bintang bola sepak dunia.
Kantan memang tanaman herba yang mudah untuk di biakkan melalui umbisi atau “rhizome”. Tanam kantan, sudah pasti bunganya yang dinanti-nanti. Tapi, ramai alami masalah, pokok subur tapi, tak keluar bunga. Usahawan bunga kantan, En. Sadam Arffain berkongsi teknik tanam kantan untuk hasil yang optimum.
Harganya boleh mencecah sehingga RM3-RM8 sekuntum pada musim perayaan, RM1-RM2 di waktu biasa.
Bunga kantan ini bermula dari rhizome seperti gambar di atas yang diambil dari rumpunan pokok kantan.Cara pengambilan anak pokok ini dengan mengorek rhizome dari rumpunannya.
Rhizome ini boleh diambil dari pokok yang telah matang yang telah mencapai ketinggian 15-20 kaki serta telah menghasilkan bunga.
Rhizome yang telah di cantas batangnya boleh ditanam kedalam tanah jenis bergambut yang lembab. Tanah yang berpaya, berpasir, tanah liat tidak sesuai untuk penaman pokok kantan. Sebaik baik nya pokok ditanam berhampiran dengan tali air.
Rhizome yang baru ditanam hendaklah disiram sehari sekali untuk memastikan keperluan pokok mencukupi untuk mengeluarkan anak pokok yang baru.
Selepas 2-3 minggu, rhizome akan mengeluarkan anak yang baru.
Untuk tempoh minggu keempat, penyiraman boleh dikurangkan kerana pokok lebih stabil bergantung pada cuaca. Pembajaan NPK yang tinggi kandungan Nitrogen boleh diberikan untuk menggalakkan tumbesaran pokok dan menjaga kandungan klorofil dalam daun untuk kehijauan pokok.
Ibu rhizome (batang tua) boleh dipotong untuk mengurangkan kapasiti nutrien supaya anak pokok dapat nutrien penuh untuk mengeluarkan lebih anak.
Dalam tempoh 4-6 bulan. Pokok kantan akan mengeluarkan lebih banyak anak pokok.
Apabila pokok sudah berusia 1 tahun. Ketinggian pokok akan mencapai 8-10 kaki. Penggunaan baja NPK yang tinggi kandungan potassium (P) untuk menggalakan tumbesaran pokok dan akar.
Dalam tempoh 2 tahun. Pokok kantan akan mencapai ketinggian 16-20 kaki. Waktu ini pokok kantan akan mula mengeluarkan bunganya. Baja NPK yang tinggi kandungan fosforus (K) untuk menggalakkan pengeluaran bunganya.
Satu batang pokok kantan matang boleh mengasilkan 1-2 batang bunga. Satu rumpun pokok kantan ada dalam 10-15 batang pokok
Apabila sudah hari ke 4-7 hari. Bunga kantan sudah membesar dan mula mengeluarkan warnanya. Di saat ini bunga boleh di tuai sebelum bunga mulai mengembang. Bunga boleh dituai 4-5 hari sekali.
Pokok pisang memang banyak kegunaannya. Baik daripada daun, buah, batang, umbut, jantung dan sebagainya. Nak tanam pokok pisang pula ada caranya tersendiri, baru pokok hidup subur, daunnya sihat dan berbuah lebat.
Rupanya dengan menanam pokok pisang kaedah terbalik, boleh memperbanyakkan anak pokok dan pisang berbuah lebih rendah. Bagi yang nak ada tanah dan kawasan di rumah boleh cuba kaedah yang dikongsikan oleh Joran Sempoiini.
Berikut perkongsian tersebut;
Atas permintaan sahabat malam tadi minta share gambar-gambar cara tanam pisang terbalik. Hasil tanam kaedah terbalik ini boleh banyakkan anak pokok dan katanya pokok berbuah lebih rendah.
Cara-Caranya:
1. Potong batang pisang rapat ke pangkal umbi.
2. Buang semua akar-akar halus dan bersihkan dengan air.
3. Begini keadaan setelah dibuang akar-akar halus.
4. Masukkan dalam keadaan terbalik.
5. Hasilnya 2 anak sulur sudah kelihatan.
6. 3 anak sulur. Tak ingat bila tarikh tanam. Kalau tak silap tak sampai sebulan. Siram pagi dan petang.
Info Ekstra!
Bila dah besar dan dah banyak sulur kena pindahkan. Tinggalkan 2-3 pokok je. Kalau anak pokok banyak nanti induk kurang subur sebab terpaksa berkongsi baja dengan anak-anak pokok.
IMPIANA: Semoga perkongsian tanam pokok pisang kaedah terbalik ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang ada tanah nak tanam pokok pisang boleh cuba tip yang dikongsikan ini. Pastikan tanam secara terbalik baru anak pokok banyak dan pisang berbuah rendah.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.