Umum tahu, khasiat bunga ros ni banyak. Antaranya ialah Anti bakteria, Anti radang, Anti oksida dan sebagainya. Ros juga telah diuji mampu merawat beberapa jenis penyakit antaranya adalah kanser. Khasiat ros juga telah dinyatakan di dalam kitab perubatan islam. [untuk artikel lengkap, klik sini].
Menjelang raya, apa kata kita sediakan satu juadah biskut yang menggunakan ros sebagai salah satu ramuan. Dari dibiarkan sahaja ros di laman layu, baik kita manfaatkan sepenuhnya. LAMAN Impiana ada jumpa satu resepi biskut yang sangat mudah, sedap lagi berkhasiat. Yang penting, bahan nya pun tak banyak dan tak rumit. Jom cuba.
Bahan-bahan:
1 sudu teh Teh garam
100gm Coklat putih (dicincang)
1 cawan Kelopak bunga ros hanya berwarna merah atau merah jambu (dipotong kecil)
200gm Mentega tanpa garam
300gm Gula perang
1 biji Telur bersaiz besar
1 sudu teh Esen vanila
325gm Tepung naik sendiri
Cara-cara:
1. Campurkan coklat putih yang telah dicincang halus tadi bersama kelopak ros di dalam bekas boleh tutup
2. Tutup bekas yang mengandungi coklat putih dan kelopak mawar tadi dan sejukkan dalam tempoh 2 hingga 3 jam
3. Panaskan oven pada suhu 180C. Pukul perlahan mantega bersama gula menggunakan pengadun selama 2 minit atau sehingga ia bertukang menjadi warna putih dan kembang.
4. Masukkan pula telur bersama asen vanila dan pukul lagi 1 minit.
5. Masukkan tepung dan kacau perlahan-lahan sehingga rata dengan menggunakan senduk.
6. Masukkan coklat putih dan kelopak ros yang telah di sejukkan tadi ke dalam adunan biskut. Gaul rata
Sumber: http://www.redonline.co.uk