Masa cuti sekolah, mak-mak sibuk merancang pelbagai aktiviti untuk mengisi masa lapang si anak supaya tidak bosan. Tapi hari-hari nak belanja keluar, boleh bocor juga poket dibuatnya.

Nak biar anak anda terperap dirumah dengan hanya mengadap tv dan telefon pun tak elok juga. Kleak akan ada masalah lain pula terutamanya dari segi kesihatan. Apa kata sediakan aktviti menarik di luar rumah seperti yang dilakukan oleh Puan Diana Said.

DIY GIANT BUBBLE.. Homemade!!

Ads

Tiap kali ke Teluk Cempedak anak-anak mesti duk kejar buih. Nak tak nak kena la beli jugak kan. Mama DIY giant bubble ni biar korang main sampai puas kat rumah. Nanti tak la leleh air liur tengok orang main #jimat

BAHAN-BAHAN

(AIR SABUN)
1)1.5 Liter Air
2)4 Sudu Tepung Ubi Kayu
3)250ml Pencuci Pinggan mangkukResepi Giant Bubble Dari Sabun Cecair Dan Tepung Kanji

Ads

(BUBBLE WAND)
1) Tali Kain
2) Tape hitam
3) Hanger Besi
4) GuntingResepi Giant Bubble Dari Sabun Cecair Dan Tepung Kanji

CARA-CARA

Ads

1) Campurkan air, cecair pencuci dan tepung ke dalam bekas dan kacau. Siap dah air sabun kita
2) Ambil sebatang hanger besi dan bentuk menjadi bulat.
3) Lilit besi dengan tali kain untuk serap lebih banyak buih.Resepi Giant Bubble Dari Sabun Cecair Dan Tepung Kanji4) Kemaskan lilitan dengan pita pelekat.

Untuk dapatkan buih yang cantik guna pencuci pinggan Joy warna Hijau. Kalau pakai pencuci pinggan lain letak banyak sikit dari sukatan.Resepi Giant Bubble Dari Sabun Cecair Dan Tepung Kanji Resepi Giant Bubble Dari Sabun Cecair Dan Tepung Kanji

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI