Se (12)

Tomato puree, memang susah nak dapat yang jenis betul-betul asli. Kalau ada pun, harganya agak mahal. Sebenarnya, tak susah pun nak hasilkan tomato puree sendiri. Tambahan, tomato puree yang dibeli dipasaran sudah pasti mengandungi bahan pengawet kan.

Kenapa perlu beli kalau boleh buat sendiri dengan mudah dan yang penting lebih sihat. Resepi dikongsikan dalam group MAKMAL MAKANAN oleh Rita Nadz memang mudah dan ringkas. Namun, untuk menghasilkan tomato puree yang mempunyai warna cantik macam beli dekat kedai tu, ada bahan tambahan yang diperlukan.

Ads

BAHAN-BAHAN
12-15 tomato
2- 3 keping beet root (kepingan beet root boleh ditambah tetapi tidak terlalu banyak kerana nanti warnanya akan menjadi terlalu gelap – Update: 15/6/2020 9:00 am)
* Kak Rita tak suka guna gula pasir dalam lauk jadi beet root ni sesuai sangat sebagai pemanis dan pewarna asli

Ads

CARA-CARA:
1. Susun buah tomato dan potongan ubi bit dalam dulang pengukus Resepi Mudah Buat Sendiri Tomato Puree Sedap Macam Beli Dekat Kedai
2. Kukus selama 20-25 minit (tak perlu tambah air dalam dulang berisi tomato dan beet rootResepi Mudah Buat Sendiri Tomato Puree Sedap Macam Beli Dekat Kedai
3. Dah siap kukus, kisar (tak perlu tambah air ok-jus dia sendiri dah cukup banyak)Resepi Mudah Buat Sendiri Tomato Puree Sedap Macam Beli Dekat Kedai
4. Masukkan dalam bekas kaca utk disimpan dalam peti sejuk kalau kalian malas nak gunakan dalam masakan kalian hari ni. Stok tomato puree ni boleh tahan dalam tempoh seminggu jika disimpan di dalam peti sejuk.Resepi Mudah Buat Sendiri Tomato Puree Sedap Macam Beli Dekat Kedai

Ads

Kalian boleh gunakan puree ni utk topping pizza, Sos pasta, lamb shank, red stew, ikan 3 rasa
apa² je la yang kalian suka

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI