Sosej memang makanan yang sentiasa diminati bukan sahaja dikalangan kanak-kanak malah golongan dewasa. Namun, ramai yang memilih sosej yang siap proses atau sejuk beku yang banyak di pasaran. Sosej siap proses ni bukan sahaja tidak sihat, anda sendiri pun tak pasti kandungan yang terdapat di dalam makanan tersebut. Apa kata, anda buat sendiri sosej di rumah. Marlina Musafir berkongsi resepi homade sosej
Resepi sosej sihat tanpa tambahan perasa dan pewarna
Ads
Bahan-bahan untuk 15 batang sosej :
500gram Isi Ayam
1 sudu teh garam
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1/2 sudu teh lada sulah
1/2 sudu teh serbuk bawang putih
1/2 sudu teh lada hitam
1 sudu besar serbuk cili kasar
1 gelas kecil air / stok ayam
Sayur-sayuran pilihan anda (Lobak Merah, daun sup, cendawan)
Krim keju (pilihan) Boleh digantikan dengan keju jenis lain.
Tepung ubi*Bahan boleh ditambah atau ditukar mengikut kreativiti masing-masing.
Ads
Ads
Cara penyedian
1.Kisar semua bahan di atas menggunakan pengisar makanan. 2. Paipkan ke dalam plastik aiskrim dan ikat ketat. (Supaya air tidak masuk semasa merebus)3. Rebus atau kukus hingga masak dalam 15 ke 20 minit4. Sejukkan dan buka plastik untuk digoreng. Boleh juga untuk dibekukan.
Selamat mencuba, Foodies!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Baru-baru ini, jenama telefon pintar antarabangsa Samsung telah melancarkan siri keempat untuk model telefon lipat terbaharu mereka iaitu Samsung Galaxy Z Fold4 dan Galaxy Z Flip4.
Setiap kali kedua-dua model telefon pintar ini dilancarkan sering mendapat perhatian ramai oleh kerana keunikan reka bentuk serta teknologi yang dimiliki pada telefon pintar ini.
Apabila kita bercakap soal tentang telefon pintar Samsung Galaxy Z Flip4 ini, adakah benar ia direka khas hanya untuk kaum wanita yang sofiskated sahaja oleh dek kerana reka bentuknya yang kecil?
Malah ada juga yang beranggapan telefon pintar ini hanya sesuai untuk diguna pakai oleh kaum wanita ekoran ia sering didatangkan dengan pilihan warna lembut seperti emas, ungu dan merah jambu untuk siri model terdahulu.
Selain itu, setiap kali siri model telefon ini mula dipasarkan ia sentiasa menggunakan pendekatan pemasaran dengan menampilkan model wanita dalam iklan promosi untuk siri model telefon pintar berkenaan.
Maka dengan itu, siri model telefon pintar Samsung Galaxy Z Flip sememangnya direka khas dan mensasarkan keutamaan jualan kepada kaum wanita. Namun, tidak ada salahnya sekiranya ada kaum lelaki atau anak muda masa kini yang ingin menggunakan telefon pintar lipat ini.
Untuk telefon pintar siri model terbaharu ini, ia dijual dengan harga serendah RM4,099 dan didatangkan dengan empat pilihan warna menarik iaitu Bora Purple, Graphite, Pink Gold dan Blue.
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan telefon pintar lipat siri model Samsung Galaxy Z Flip4 terbaharu ini, anda boleh segera membuat pra-tempahan di mana-mana cawangan pusat jualan Samsung yang berdekatan dengan anda atau menerusi laman sesawang rasminya, www.samsung.com.my.
Sumber: Samsung Malaysia Website
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan kenyataan bahawa sesetengah kawasan di Malaysia akan mengalami iklim panas yang tinggi iaitu antara 34-36 darjah casius. Bila dah musim panas ni, sudah pasti air-corn atau pendingin hawa akan digunakan secara kerap. Bila dah kerap tu, tahu je lah bil akhir bulan tiba boleh buat anda juling mata melihat angka yang dipaparkan.
Tapi, TNB ada 6 tip untuk jimatkan bil jika menggunakan aircond
Enam (6) tips jimat penggunaan elektrik aircond :
1. Laraskan suhu sistem penghawa dingin di antara 23 ke 25 darjah celsius.
2. Tukar atau bersihkan penapis penghawa dingin dengan kerap untuk memaksimumkan potensi penyejukan unit tersebut. Penapis yang kotor menghalang edaran udara dan mengurangkan kecekapan penghawa dingin.
3. Selain itu, penyelenggaraan secara kerap juga boleh membantu penghawa dingin beroperasi padatahap optimum.
4. Tutup semua pintu dan tingkap serta lubang edaran udara untuk memastikan udara sejuk tidak keluar dari bilik.
5. Beli unit penghawa dingin yang mempunyai bintang kecekapan tenaga yang paling tinggi kerana peralatan itu lebih cekap berfungsi. (Tinjauan kami mendapati ramai mengesyorkan jenis inverter)
6. Pemilihan saiz dan jenis penghawa dingin yang tepat juga penting kerapa penghawa dingin yang terlebih besar bukan sahaja lebih mahal untuk dibeli dan dipasang, malahan ia juga akan menyebabkan bil elektrik yang lebih tinggi kerana kompresor penghawa dingin perlu berputar dan berhenti berulang-ulang.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Cuaca mungkin boleh berubah-ubah, tetapi warna hijau sentiasa menjadi salah satu pilihan popular apabila tiba masa untuk mendekorasi semula kediaman. Warna yang sinonim dengan alam semulajadi ini merupakan simbol pertumbuhan, keharmonian, kesegaran, dan kesuburan. Dari sudut hiasan dalaman, warna hijau sentiasa boleh diguna pakai tidak kira apa gaya dan bajet anda. Bermacam pecahan warna hijau yang kita pernah dengari contohnya, hijau pucuk pisang, hijau zaitun serta hijau lumut. Dengan pilihan yang luas ini anda hanya tinggal pilih mana satu yang sesuai dengan ruangan anda. Satu fakta menarik, mata manusia boleh membezakan warna hijau lebih banyak berbanding warna-warna yang lain. Hebat kan?
Walaupun begitu, janganlah terlalu ghairah menghias dengan warna hijau tanpa meletakkan sebarang limitasi kerana jika keterlaluan sakit juga mata nak melihatnya. Jadi jika anda sedang memikirkan bagaimana untuk menghiasi kediaman dengan warna hijau, anda telah datang ke tempat yang betul. Sudahkah anda bersedia untuk membawa makna baru pada kediaman dengan idea-idea reka bentuk menarik digabungkan bersama warna hijau yang menawan.
MENGAPA PILIH WARNA HIJAU?
Hijau adalah warna yang paling sesuai untuk dibawa ‘masuk’ ke dalam rumah kerana ia adalah warna yang melambangkan keseimbangan dan keharmonian. Ia juga warna yang memberi tenaga dan menjanjikan pembaharuan. Untuk benar-benar menikmati kesan positif warna hijau ini pada interior anda, pilihlah warna hijau yang bersesuaian dengan mood yang ingin dikecapi.
Kredit Gambar : Carian Google dan Pinterest
RUANG TAMU
Cukup hanya dengan memfokuskan kesebuah perabot kerana dalam ruangan ini ia mampu menjadi tumpuan dan juga sebagai focal point ruang tamu. Biarkan dinding polos tetapi berkarakter bagi mendapatkan latar belakang yang sempurna. Lengkapkan gaya ruang tamu dengan memilih aksesori seperti pasu dan tumbuhan botani agar lebih menyerlah dan nyaman.
RUANG MAKAN
Langsir hijau digantung buat penambah seri ruang makan yang dipenuhi warna-warna neutral kayu. Tumbuhan hijau dalam vase kaca yang polos diletakkan diatas meja sebagai aksesori tambahan.
DAPUR
Dua rona hijau digabungkan pada kabinet dan dinding dapur. Aksesori dan kemasan putih buatkan dapur nampak lebih rapi serta menjamin kesegaran yang mampu bertahan seiring trend semasa.
Kabinet hijau dengan counter top putih amat sepadan digandingkan dengan pemegang berwarna emas. Selain itu karpet oriental vintaj dihamparkan memberikan lebih tekstur pada dapur anda.
BILIK TIDUR
Bilik tidur memerlukan aura yang menenangkan serta nyaman dan ia memang mudah untuk dicapai sekiranya anda mengambil kira penggunaan warna hijau. Kepala katil hijau baldu ini di neutral kan dengan meja sisi kayu dan pasu berbelang hitam putih.
BILIK MANDI
Umumnya, tandas atau bilik mandi adalah tempat yang terkecil dalam keseluruhan rumah. Jadi ia merupakan ruang yang paling sesuai buat anda yang ingin bereksperimentasi dengan warna. Warna hijau digabungkan dengan dinding bata merah dibiar kasar agar tampak jelas kontras antara dua permukaan.
Kredit Gambar : Carian Google dan Pinterest
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.