Afid adalah ancaman tradisi tanaman terutamanya jenis sayuran seperti pokok tomato, cili dan terung. Jika dibiarkan, daun tanaman menjadi mangsa dan lama-kelamaan akan mengganggu produktiviti dan akan menyebabkan ancaman kematian.
Ada kalanya, hanya dengan kehadiran seekor afid pun boleh mengundang risiko kepada tanaman. Oleh itu, ia perlu dicegah segera. Syamimah Binti Ismail berkongsi resepi 1st Aid gangguan afid hanya dengan menggunakan bahan dapur sahaja.
Jadi jom hari ni belajar buat Racun Organik DIY. Hanya gunakan bahan-bahan dapur je. Dijamin SELAMAT sebab organik.
Artikel berkaitan:
4 Resepi Baja Dan Pencegah Serangga Mudah, Pokok Sihat Dan Tak Rosak
Buat Sendiri Pembasmi Serangga Organik Dari Kulit Limau Untuk Siput, Afid, Agas dan ‘ Mealy Bug’
Mudah, murah & senang di olah.
Sedikit tips utk semburan :-
- Spray time lewat petang. Dlm pukul 6 ptg ke atas. Sebab sifat semulajadi serangga perosak AKTIF pada waktu malam. Jadi spray waktu lewat petang adalah paling sesuai.
- Fokus spray pada bahagian bawah daun. Sebab kat situ lah tempat ‘mereka’ berhimpun. Ahahaha.
- Gunakan nozzle spray yg paling halus. Ataupun yang berkabus adalah lebih baik.
- Spray seminggu sekali. Sekiranya pokok diserang teruk, spray selang 2 hari sehingga serangga hilang.
- pokok dah masuk peringkat berbuah, spray lebih kerap (3 kali seminggu). Sebab pada peringkat ini, pokok akan lebih kerap diserang perosak
Alhamdulillah lama dah guna resepi ni. So far memang BERKESAN utk menghalau serangga perosak. Yg penting rajin spray.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI