
Masalah denggi dan chikungunya sekarang ni semakin meningkat. Agen kepada penyebaran penyakit ini sudah pastilah nyamuk. Walaupun kediaman anda telah mengikut SOP yang ditetapkanbagi mengelak ia menjadi sarang pembiakkan nyamuk, anda masih dikira tidak selamat.
Solusi popular yang digunakan adalah dengan menggunakan lingkaran atauemburan ubat nyamuk, namun ia memberi kesan sampingan pula terhadap kesihatan di sebabkan eh kandungan bahan kimia. Ada lagi satu cara mudah yang impiana nak kongsikan
Sabun Pencuci Pinggan Joy mampu menjadi salah satu alternatif yang lebih selamat untuk membunuh nyamuk.
Cara-cara nya….
1. Campuran sabun pencuci Joy dan air ( satu nisbah satu ). Jika cecair terlalu pekat atau cair, ianya tidak akan mampu menarik perhatian nyamuk. Nyamuk akan ‘minum’ cecair dari bekas plastik yang anda gunakan serta mati dalam campuran sabun tersebut. Kadang kadang nyamuk yang kekenyangan darah pun akan didapati perutnya pecah.
2. Masukkan campuran joy dan air ke dalam bekas yang dalamnya 1 cm serta letakkan bekas yang sudah berisi campuran cecair tersebut ke tempat yang gelap. Misalnya, dibawah almari baju.
Pastikan anda tidak membenarkan kucing anda untuk mendekati perangkap nyamuk sabun joy tersebut kerana khuatir kucing anda akan meminumnya.
3. Esoknya anda akan boleh lihat terdapat nyamuk yang mati dalam perangkap nyamuk guna cecair joy tersebut.
Perangkap nyamuk sabun pencuci joy juga boleh diguna semula. Namun, sekiranya cecair bertukar pekat dan menjadi kering, sila tambah sedikit air bagi memastikan campuran sabun tersebut tidak boleh terlalu cair.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Sentuhan penuh kejutan dalam kediaman

Menyuntik rasa cinta tanpa syarat terhadap ibu bapa bukan sahaja dengan menelefon mereka setiap masa untuk bertanya khabar, kita sepatutnya menunjukkan kepada ibu bapa kita betapa pentingnya mereka kepada kita dengan menghasilkan sesuatu di rumah yang dapat dihargai selamanya.
Ambil, sebagai contoh, makeover rumah sebagai kejutan. Seperti yang kita ketahui, warna-warna yang mempunyai kesan positif pada mood kita dan boleh menimbulkan rasa tenang, menyuburkan jiwa yang letih, dan bahkan membawa rasa bertenaga. Di sini, kami meneroka beberapa idea yang berwarna-warni untuk merapikan bilik tidur, dapur dan ruang tamu.
Hasilkan sesuatu yang mungkin akan meninggalkan kesan kepada mereka yang tercinta. Impiana kali ini ingin berkongsi idea daripada Dulux jenama cat yang tidak asing lagi dengan palet warna Colour Of The Year.
Palet warna yang dipaparkan di sini diilhamkan oleh Dulux, jenama cat dekoratif AkzoNobel dan pusat di sekitar tema “Let The Light In”. Setiap tahun, tema telah dikenal pasti untuk mencerminkan trend global yang menyangkut kita semua, dan pada tahun ini, tema itu adalah mengenai diberi kuasa untuk membuat perubahan. Dengan sempurna tema ini ialah AkzoNobel Color of the Year – Spiced Honey (juga dikenali sebagai Crème Brulee 00YY 26/220).
Walaupun Spiced Honey kelihatan hebat dengan sendiri, menambah palet warna pelengkap ke dinding kami adalah cara yang baik untuk menjadikan dinding tampan dan hebat. Berikut adalah beberapa idea untuk membantu menambah warna ke rumah keluarga:
Tempat yang menenangkan untuk bersantai bersama keluarga tercinta
Ruang tamu adalah pusat dari setiap rumah. Di sinilah keluarga berkumpul untuk mengikat dan berkongsi secawan kopi dan kisah suka duka bersama. Di sini, kami menggunakan Crème Brulee di sepanjang dinding, dan Pulau Padre untuk menyerlahkan dataran tetingkap. Ini mewujudkan suasana yang bersahaja yang membuatnya menjadi tempat yang bersahaja. Tambah beberapa perabot atau lukisan hitam dan putih ke dalam campuran dan anda tidak perlu melihat di tempat lain untuk bercakap dan mengejar.

Warna yang digunakan untuk bilik ini termasuk:
· Crème Brulee (00YY 26/220)
· Pulau Padre (70YR 20/239)
Ruang untuk mengakrabkan hubungan kekeluargaan
Mungkin anda lebih suka ruang tamu yang lebih tenang dan santai. Warna-warna ini memberikan suasana yang lebih santai yang seolah-olah melepaskan rasa ketenangan, menjadikannya tempat yang sempurna untuk hanya duduk dan berehat. Bagi lebih melengkapi rupa bilik ini, boleh memilih untuk perabot yang lebih berkonsepkan sederhana.

Warna yang digunakan di dalam bilik ini termasuk:
· Crème Brulee (00YY 26/220)
· Rock Digambarkan (10YR 28/072)
· Barley Beige (30YY 68/024)
Tempat yang nyaman untuk menikmati hidangan
Dari ruang tamu,berpindah ke dapur – di mana obsesi untuk makanan yang pastinya membuka selera semua penghuni di dalam rumah, jika inginkan warna yang memancarkan daya tarikan desa dan semangat yang membara pada masa yang sama. Ini boleh dicapai dengan sedikit Spiced Honey (Crème Brulee), banyak Burgundy dan sedikit Thundercloud. Burgundy digunakan secara meluas pada permukaan dinding, manakala Spiced Honey and Burgundy digunakan sebagai sempadan di bahagian atas. Dengan menggunakan perabot kayu di sini akan menonjolkan suasana desa.

Warna yang digunakan di dalam bilik ini termasuk:
· Crème Brulee (00YY 26/220)
· Burgundy (11YR 07/229)
· Thundercloud (10GG 26/046)
Ruang magis melepaskan lelah seharian
Dinding bilik tidur adalah perkara terakhir yang dilihat ketika kita masuk melelapkan mata dan merehatkan tubuh pada waktu malam dan perkara pertama yang kita lihat ketika kita bangun pada waktu pagi. Secara semula jadi, ini adalah tempat yang bagus untuk menambah sedikit keghairahan untuk memulakan hari yang indah setiap hari. Di sini, tona warna yang digunakan agak berbeza untuk mewujudkan kawasan yang lebih hidup, termasuk White on White, Shanghai, Glistening Sea dan tentu saja, Spiced Honey. Terdapat sedikit rasa tropika dalam sentuhan dengan suntikan hiasasn tumbuhan di sini dan akan membantu aura ruang ini.

Warna yang digunakan di dalam bilik ini termasuk:
· Crème Brulee (00YY 26/220)
· Shanghai (29YR 19/621)
· White on White (30GY 88/014)
· Glistening Sea (50BG 62/133)
Tip dan idea ini mungkin sesuai untuk anda yang ingin membuat kejutan kepada yang tersayang. Tidak perlu menunggu hari ibu atau bapa, bila-bila sahaja anda boleh buat kejutan untuk mereka. Betul tak? Siapa setuju!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Rumah Kecil ‘Tiny House’ Di Kepala Batas Pulau Pinang Curi Perhatian

Rumah kecil menjadi tarikan ramai pemilik masa kini, kali ini pemilik di Kepala Batas, Pulau Pinang iaitu Encik Mohd Nasrul Pazil berkongsi rumah kecilnya yang berkeluasan 40 x 16.
Konsep rumah kecil ini untuk keluarga yang tidak besar dan inginkan suasana yang lebih akrab dalam kehidupan dan pergerakan di dalam rumah. Ia bergantung dengan ciri pemilik rumah itu sendiri apa yang diinginkan dalam kehidupan mereka. Perlu ambil tahu isi rumah juga. Jika ramai penghuninya, rumah seperti ini tidak sesuai dijadikan inspirasi.
Tetapi rumah Encik Mohd Nasrul Pazli ini cukup memberi inspirasi untuk semua pemilik rumah yang inginkan kediaman sebegini. Jom lihat rumah comel beliau.
Bahan binaan kediaman ini
Structure reinforcement concrete n clay brick.
Finishing aluminum glass panel, gypsium board untuk dinding.
Roof, combination concrete slab dan metal deck dengan RHS(rectangular hollow section) untuk struktur bumbumg
Lantai concrete dengan floor board finishingKeluasan keseluruhan 40’x16′
Dapur 16’x8′, tandas 4’x8′, bilik utama 20’x8′, hall plus dining area plus family area 20’x16′
Kontraktor: Nasmaju Venture
Kredit: Mohd Nasrul Pazli
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Jangan Buang Dulu! Ini Manfaat Dan Kegunaan Kulit Pisang Untuk Tanaman Di Kebun

Bukan saja buahnya sedap dan kaya dengan vitamin serta mineral, kulit pisang juga sangat kaya dengan kalsium, megnesium, sulfur, potossium, fosphat dan sodium. Kesemua bahan ini amat penting buat kesuburan tanaman dari segi pengeluaran akar yang banyak, pertumbuhan galak dan penghasilan bunga dan buah yang tinggi.
Kulit pisang menjadi salah satu alternatif bahan baja organik yang murah dan mudah diperolehi. Bermaksud bukan sahaja boleh menikmati buahnya yang berkhasiat tetapi juga kulitnya boleh diolah semula menjadi zat makanan kepada tanaman.
Berikut, IMPIANA kongsikan 10 kegunaan kulit pisang di laman :
1. SEMBURAN BAJA
Ramai orang menggunakan kulit pisang sebagai pengganti baja kimia. Kulitnya yang sangat mudah terurai membolehkan nya memberikan nutrien apabila digunakan sebagai semburan foliar (baja dalam bentuk cecair)
Cara-cara membuat semburan kulit pisang :
Bahan yang diperlukan – kulit pisang, garam, kulit telur.
Campurkan semua bahan ke dalam air dan terus semburkannya kepada daun. Anda juga boleh mengisar semua bahan ini dengan menggunakan mesin pengisar.
2. NUTRIEN TAMBAHAN
Kulit pisang merupakan antara elemen yang mudah untuk terbiodegradasikan (dapat diuraikan atau direputkan melalui tindakan biologi oleh mikroorganisma seperti bakteria). Jadi salah satu cara terbaik ialah dengan menjadikannya sebagai timbunan kompos atau baja.
Caranya ialah hanya cincang atau rendam kulit pisang terlebih dahulu dan uraian tersebut akan meningkatkan kandungan kalium dan fosforus dalam baja atau kompos anda.
3. MENYUBURKAN POKOK TOMATO
Tomato adalah antara sayur yang mudah untuk dijaga tetapi untuk menjadikan tomato anda lebih subur, anda sebenarnya boleh menggunakan kulit pisang. Kandungan seperti kalium, besi dan kalsium yang terdapat dalam kulit pisang akan membolehkan tomato mendapatkan nutrien yang diperlukan sepanjang musim.
Hanya letakkan dua kulit pisang di bahagian bawah dan tambahkan semula tanah untuk menutup kulit pisang tersebut. Anda juga boleh letakkan benih tomato di atas kulit pisang yang ditutupi dengan tanah tadi.
4. BAJA BENIH
Memandangkan kulit pisang boleh menggalakkan pertumbuhan tumbuh-tumbuhan, jadi ia juga sangat baik dijadikan baja untuk benih.
Caranya ialah dengan potong beberapa kulit pisang ke dalam kepingan kecil dan tanam ke dalam tanah, letakkan betul-betul di bawah lapisan atau di bahagian bawah bekas tanaman.
Pastikan benih tidak menyentuh kulit pisang secara langsung pada masa penanaman kerana ia mungkin akan mer0sakkan akar kecil mereka.
5. KHASIAT UNTUK TANAH
Anda boleh menjadikan tanah anda mengandungi lebih nutrien dengan hanya menanam kulit pisang ke dalam tanah.
Gali tanah, letakkan kulit pisang dalam keadaan meratakannya dengan menghadapkannya ke bahagian atas dan tutup kulit tersebut dengan tanah yang sama. Lama-kelamaan kulit pisang tersebut akan mengeluarkan beberapa nutrien penting seperti besi, kalsium, kalium, dan fosforus.
6. MENGAWAL SERANGGA AFID
Potong kulit pisang atau gunakan pisang kering sepanjang satu hingga dua inci dan tanamkan di sekitar pohon yang dijangkiti afid. Afid ialah sejenis serangga kecil daripada keluarga Aphididae yang mer0sakkan tumbuh-tumbuhan dengan menghisap air daun, batang atau akarnya.
Bau kulit pisang tersebut dikatakan akan membuatkan afid akhirnya hilang daripada pokok tersebut.
Selain itu, anda juga boleh hanya gantungkan kulit pisang pada pokok yang dij4ngkiti serangga afid dan tidak lama kemudian pasti serangga tersebut akan hilang dari situ.
7. CUKA PISANG
Tumbuh-tumbuhan berasid seperti tanaman taman, rhododendrons, beri biru dan azalea mendapat manfaat daripada semburan cuka pisang. Cuka boleh meningkatkan kuantiti asid dan kandungan besi di dalam tanah jika digunakan dalam jumlah yang sedikit.
Hal ini membolehkan tumbuh-tumbuhan tumbuh dalam keadaan lebih baik dan mengeluarkan daun yang lebih sihat. Caranya ialah dengan mencampurkan kulit pisang, air dan cuka.
8. AIR RENDAMAN KAYA NUTRIEN
Jika anda tidak mempunyai kawasan subur yang cukup untuk dijadikan baja, anda boleh ‘menciptanya’ sendiri. Hanya masukkan beberapa kulit pisang ke dalam baldi berisi air dan biarkan selama beberapa hari.
Dalam masa beberapa hari selepas itu, anda akan mendapatkan air yang kaya dengan mineral serta nutrien dan boleh digunakan untuk tanaman anda.
9. PERANGKAP SERANGGA
Potong kulit pisang dan letakkannya di dalam bekas plastik dan tuangkan sedikit pati cuka epal ke dalamnya. Lubangkan penutup bekas plastik berisi semua bahan tersebut supaya serangga seperti lalat buah-buahan boleh masuk ke dalamnya dengan tujuan untuk memerang kapnya.
Bau cuka dan pisang boleh menarik perhatian serangga tersebut untuk masuk ke dalam bekas yang akhirnya akan membuatkan mereka m4ti di dalam cecair tersebut.
10. PENARIK KUPU-KUPU DAN BURUNG
Burung dan rama-rama berfungsi dalam proses pendebungaan tumbuhan. Dengan meletakkan kulit pisang masak atau mencincang kulit pisang dapat menggalakkan kehadiran burung dan kupu-kupu ke taman anda.
Pisang mungkin menarik kedatangan lebah, tebuan dan ulat beluncas, jadi jangan lupa untuk membuangnya sebelum matahari terbenam bagi mengelakkan kehadiran serangga per0sak ke taman anda pada waktu malam.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI