Dengar sahaja racun, ramai terfikir akan kandungan kimia yang bahaya. Sebenarnya, banyak racun yang dihasilkan dari sumber-sumber yang selamat dan tidak memudaratkan. Seperti semburan racun yang dikongsikan oleh akaun Youtube Green Garden Resources.
Racun yang dihasilkan dari bahan dapur ini memang mujarab. Dalam tempoh 3 jam, bancuhan semburan racun rumpai ini sudah menunjukkan tindak balas. Namun, rumpai atau tumbuhan liar ni mengambil masa 3-5 hari untuk mati sepenuhnya. Walaupun lambat, ia tidak memberi kesan terhadap kesihatan terutamanya haiwan peliharaan seperti kucing yang suka makan rumput.
Bahan-bahan:
250gm Garam Kasar
3 Sudu Cecair Pencuci Pinggan
1 Liter Air
Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan dan kacau sehingga larut
2. Masukkan bancuhan tadi kedalam botol penyembur
3. Sembur pada kawasan semak dan berumpai
Untuk tahu lebih lanjut, boleh lihat video yang disediakan