Sebelum ini, impiana ada kongsikan resepi herbisida untuk memusnahkan lalang yang diperbuat daripada nanas. Baru-baru ini, sahabat dari majalah Trubus berkongsi resepi herbisida menggunakan bahan-bahan semula jadi yang terdapat di sekeliling anda iaitu daun mangga harumanis
Cara-cara:
1. Kumpulkan daun mangga harumanis dan keringkan
2. Tumbuk daun yang telah kering sepenuhnya sehingga halus
3. Rendam 200gm serbuk daun harumanis ke dalam 1 liter air dan rendam selama 24 jam di dalam suhu bilik
4. Gaul atau kacau rata sekali sekala air rendaman daun harumanis
5. Setelah 24 jam, saring larutan dan jadikan ia sebagai semburan pada rumpai yang hendak dimusnahkan
Tip: lakukan beberapa kali semburan sehingga rumapai musnah sepenuhnya
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Kemas Rumah Tanggungjawab Bersama, Suami Ini Kongsi Kenapa Wajib Sediakan Jadual Tugasan
Boleh dikatakan 90% kaum lelaki, bapa dan suami beranggapan tugas mengemas rumah adalah tanggungjawab si ibu atau isteri, wanita semata-mata. Impiana terbaca satu luahan hati sang suami atau bapa En Ahmad Affzan Abdullah terhadap satu pukulan yang diterima sejurus membaca artikel yang di kongsikan oleh isterinya. Lantaran, si ketua keluarga ini mengambil langkah drastic melakukan perubahan demi keluarga tercinta:
“Satu ketika, aku tengah makan. Nampak isteri aku tunjuk artikel di telefon pintar pada anak-anak.
“baca ni,” katanya.
Aku tengok saja. Lepas makan aku tanya dia, “artikel apa tu?”
Dia pun tunjuk pada aku. Artikel itu dalam bahasa inggeris, ditulis oleh seorang perempuan mat saleh. Dia bercerita ketika dia sedang sibuk cuci pinggan di dapur, suaminya dan anak-anak selamba tengok tv. Puas dia panggil semua buat bodoh saja.
Akhirnya selepas lama dia bising, suami dia pun cakap pada anak-anak,
“Dah, dah. Pergi tolong mak kamu tu.”
Kemudian dia terfikir, kenapa bila cuci pinggan, kemas rumah itu, dianggap sebagai ‘tolong’ ibu dan isteri. Seolah-olah itu memang tugas ibu semata-mata, orang lain kalau buat itu sekadar nak tolong saja.
Ini sebabnya wajib sediakan satu jadual tugasan
Kebiasaanya, tugas-tugas di dalam rumah hanya dipandang ringan oleh ahli kelurga yang lain. Tapi, kalau rumah bersepah, tak bersih, si suami yang membebel Panjang. Apa kata, kita lakukan ia bersama-sama. Apa perubahan yang dilakukan oleh en Ahmad, beliau menyediakan satu jadual tugasan yang merangkumi kerja-kerja yang perlu di lakukan secara mingguan dan bulanan.
Melalui jadual yang disediakan, setiap orang mempunyai tanggungjawab masing-masing dan wajib dilunaskan. Setiap satu tugasan dilakukan secara bergilir-gilir serta melibatkan anak-anak yang telah memahami tujuan kehudupan
“Rumahku syurgaku. Selalu orang sebut, namun tak ramai yang berusaha untuk menjadikan rumah itu syurga bersama-sama. Hanya mengharap ia jadi syurga secara tiba-tiba?
Melalui penyediaan dan pembahagian kerja yang teratur, sedikit sebanyak ia dapat mendidik si anak sewal usia untuk berdikari dan bertanggungjawab serta menghargai apa yang telah dilakukan. Suami sebagai ketua kelrga juga dapat menunjukkan perinsip dan contoh teladan yang baik buat keluarga
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
3 Tanaman Herba Paling Mujarab Cegah Lipas Secara Alami
Isi Kandungan
Toggle3 Tanaman Herba Paling Mujarab Cegah Lipas Secara Alami. Memang keabnyakan rumah mesti akan hadir si lipas ni. Tak kira bersih macma mana pun, kebaisaanya akan ada juga. Samapi akdangkala terfikir, dari mana datangnya. Betul tak? Selain menggunakan bahan atau produk pencegah dan pembasmi lipas, anda juga boleh cuba gunakan 3 tanaman ni sebagai alternatif.
Dipetik dari perkongsian The Pratical Planter, berikut adalah 3 jenis tanaman yang memabntu mengusir dan mencegah kehadiran lipas di dalam kediaman
Baca juga: 15 Cara Cegah Semut, Lipas Dan Cicak Tanpa Menggunakan Bahan Kimia
Daun salam
Terdapat banyak jenis tanaman harba yang sesuai digunaakn untuk mencegah lipas. Namun, daun salam adalah tanaman herba yang paling efektif. Kandungan Eucalyptol yang terdapat di dalam daun salam amat tidak digeamri oleh lipas
Selain kandungan Eucalyptol diguanakan sebagai salah satu bahan untuk menghasilkan ubat batuk, ia juga didapati berupaya mengusir serangga. Ia turut digunakan oleh veterina untuk merawat parasit yang terdapat pada haiwan
Nak cegah dan basmi lipas di rumah, boleh juga cuba guna perangkap ni. Dah terjual lebih 42k unit di shopee. Harga nya pun tak mahal. Klik je link ni kalau nak beli https://invol.co/cl970azAnda boleh letak daun salam kering di dalam uncang kain organza atau selitkan di celah-celah kawasan yang berpotensi menjadi habitat lipas.
Catnip
Bepeta cataria atau nama tempatanya cat nip amat digemari oleh kucing. Para pengkaji di Lowa State University berpendapat, catnip lebih efektif mencegah lipas jika dibandingkan dengan bahan kimia yang lain.
Di dalam catnip terkandung Nepetalactone yang berfungsi secara alami mencegah lipas. Selain itujuga, ia berupaya mencegah serangga perosak lain seperti semut dan kumbang.
Kekwa
Selain warna dan bunga yang cantik, kekwa berupaya mencegah serangga seperti nyamuk dan lipas. Kenapa kekwa tidak digeamri lipas? ini kerana ia mengandungi Pyrethrum. Ia merupakan anti oksida alami yang terdapat di dalam buga dari kelaurga Pyrethrum seperti kekwa.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
DIY Langsir Eyelet Guna Kain Jersey RM 2.50, Jimat Dan Cantik
DIY Langsir Eyelet Guna Kain Jersey RM 2.50, Jimat Dan Cantik. Tahun ni raya lebih meriah selepas 2 tahun kita berada dalam tempoh pandemik. Peralihan negara ke endemik membolehkan lebih banyak industri di buka dan dari beratus-ratus SOP bagi setiap bidang, sekarang hanya tinggal 1 je. Ini bermakna, kita boleh pulang ke kampung dan menjemput ahli keluarga dan sahabat handai untuk beraya ke rumah.
Apa lagi, ayuh kita bersiap. Sudah pasti, elemen penting selepas 2 tahun tidak ditukar adalah langsir. Apa kata nak jimat berganda, anda DIY sendiri je langsir eye lete. Tak susah pun. Nurul Shahida tunjuk caranya.
Baca juga: Zip Sarung Kusyen Rosak, Ini yang Anda Perlu Lakukan
Kain jenis jersey (RM2.50 semeter beli dekat kedai langsir. Saya beli sekayu ada 67 meter = RM167)
Ring (beli di Shopee (RM30/100 pcs )
Boleh beli ring eyelet tu dekat shopee je. Link ni https://invol.co/cla5gsf
Cara pasang ring
1. Selepas jahit tape pada langsir, buat ukuran untuk pastikan kedudukan ring sama antara satu sama lain.
Ukuran saya 60 inci jadi boleh dapat 10 ring. 60 ÷ 10 = 6 inci. Jadi jarak antara lubang ring 6 inci.
2. Selepas itu buat ukuran ring, bulatkan ring ikut dari bahagian dalam. Kemudian gunting bulatan.
3. Dah siap ada bulatan, pasang ring. Letak atas bawah lepas tu tekan saja. Senang kan.
Jarak hujung kiri dan kanan langsing pula 6 ÷ 2 = 3 inci. Jadi jarak antara kiri kanan hujung tu 3 inci. Dah siap langsir eyelet.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI