Laman

Resepi Racun Serangga Untuk Cegah Bena Dan Koya Dari Daun Bangun-Bangun Betul-betul Berkesan

Share

Jika sebelum ni LAMAN Impiana pernah paparkan artikel mengenai khasiat bangun-bangun. Untuk artikel lengkap [klik sini]. Rupanya, daun bangun-bangun ni ada fungsi lain juga. LAMAN Impiana terbaca satu fungsi yang dikongsikan oleh NorAinon Othman

di dalam facebook bahawa daun bangun-bangun digunakan sebagai salah satu ramuan untuk menghasilkan racun serangga. Menurut NorAinon, resepi yang diperolehi dari indonesi ni betul-betul berkesan.

Jadi, bagi anda yang mengamalkan konsep tanaman organik memang digalakkan menggunakan racun serangga ni. Paling berkesan untuk koya dan bena. Berikut adalah cara untuk hasilkannya.

Bahan-bahan:
15 helai daun bangun-bangun
6 ulas bawang putih
1.5 liter air

Cara-cara:
1. Kisar halus kesemua bahan
2. Larutkan di dalam 1.5 liter air dan biarkan setengah jam
3. Tapiskan semua bahan yang dikisar tadi dan simpan di dalam botol kedap udara

Cara guna:
Larutkan satu penutup pati air bangun-bagun tadi bersama 1.5 liter air bersih dan sembur pada tanaman. Jika kurang berkesan, tambah dos pati air bangun-bangun

Selain itu juga, terdapat bahan atau atanamn lain yang boleh dijadikan sebagai ramuan untuk menghasilkan racun serangga organik seperti daun semambu (klik sini untuk artikel lengkap) dan kulit limau (klik sini untuk artikel lengkap). 

 

Published by
Impiana