Resepi Tepung Ayam Goreng Jejaka Ni Lebih Sedap Dari Kepci, Dapa Labih 20K Perkongsian

Share

Menu ayam goreng memang menjadi kegemaran ramai tidak kira peringkat usia dan bangsa. Baru-baru ini, seorang jejaka yang dikenali dengan nama Yayar B. Awang Noh yang merupakan penjual nasi lemak terkenal berkongsi resepi ayam goreng sedap kalah Kepci. Perkongsian resepi tersebut turut viral. Jom kita lihat bahan-bahan dan cara hasilkan ayam goreng viral Abang Yaya

Ayam goreng sudah pasti menu utama di gerai nasi lemak saya. Kebiasaanya saya akan gunakan tapung segera jenama PUAS. Namun, bagi mengurangkan kos beli tepung ayam goreng, saya buat sendiri bancuhan tepung ayam goreng tersebut.

Bahan-bahan:
700g tepung gandum
1kg tepung beras
300g tepung ubi kayu
3sudu serbuk lada putih(sudu teh)
7sudu stok ayam serbuk(sudu makan)
7sudu Ajinomoto (sudu makan)
7sudu garam(sudu makan)
(Ajinomoto dan garam campur dan blander gunakan blander kering kasi halus)

Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan di atas sehingga rata.
2. Apabila nak guna, campurkan tepung homeade dengan tepung segera
3. Cuci bersih ayam, masa ayam masih basah gaulkan bersama 1-2 biji telur (telur bergantung kepada kuantiti ayam)
4. Masukkan sedikit campuran tepung ayam tadi untuk memekatkan salutan ayam
5. Dalam bekas lain yang kering, letakkan tepung ayam campuran tadi untuk salut ayam
6. Ambil ayam yang dah di salut telur tadi dan salut dengan tepung goreng. Jangan terlalu nipis, jangan terlalu tebal.
7. Terus goreng dengan api sedarhana.

Published by
Impiana