Tepung naik sendiri antara bahan penting dan mudah kalau nak buat kek atau roti yang gebu gebas. Bagi kami yang tak pro membakar, memang boleh jadi jem kalau tak ada tepung naik sendiri jika tertera di dalam resepi ia adalah bahan utama. Nak beli pun, bukannya habis digunakan melainkan kalau jenis rajin mengguli dan membakar.
Fazira Fauzi berkongsi di dalam group Masaka Apa Hari Ni cara untuk hasilkan sendiri tepung naik sendiri dengan 3 bahan asas mudah dan murah.
Bahan-bahan:
500G TEPUNG GANDUM
7SUDUTEH BAKING POWDER
1SUDUTEH GARAM
Cara-cara:
Campur semua bahan dan ayak sebanyak tiga kali
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
4 Tip Pilih Dapur Gas Murah Tapi Berkualiti
Isi Kandungan
ToggleNak pilih dapur gas berkualiti bukan lihat pada harganya, tapi kualiti Tak semestinya yang murah tak berkualiti dan sebaliknya. Kalau anda tahu menilai kualiti dapur gas, tak salah kalau cuba beli yang harganya murah. Berikut, 4 tip yang peru anda perhatikan ketika membeli dapur gas
1. TUNGKU
Sebaiknya, pilih tungku yang diperbuat dari material tembaga kerana ia lebih mudah untuk diselenggara. Tambahan, tembaga tidak mudah berkarat. Namun, tungku dapur gas yang diperbuat dari tembaga agak mahal, anda boleh pilih material tahan karat dan padu
2. IKUT KEPERLUAN
Dapur gas ni walaupun fungsinya sama, tapi rekaanya berbeza-beza. Ada yang 1,2,3 dan mungkin lebih dari 5 tungku. Jika anda jenis amsak yang banyak dan mempunyai ahli keluarga yang ramai, 2 tungku sangat ideal.
3. MATERIAL BADAN DAPUR GAS
Ini pun antara perkara yang perlu diperincikan. Nak tahan lama, pilih badan dapur gas yang diperbuat daripada stanless steel. Material ini tidak mudah berkarat dan kukuh. Silap-silap, 10 tahun pun masih kukuh walau beli harga yang murah. Yang penting, selesai digunakan bersih dan lap kering
4. HOS DAN REGULATOR
Untuk keselamatan yang optimum, pilih hos dan regulator yang disahkan oleh SIRIM. Barang yang telah disahkan oleh SIRIM dijamin selamat
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Pemuda Ini Hanya Belanjakan RM100 Untuk Hasilkan Feature Wall Yang Memang Cantik
Hanya bermodalkan Rm100 termasuk cat , pemuda ini menghasilkan feature wall yang memang jadi titk tumpu ruang rumah. Namun begitu, kesabaran yang tinggi memang diperlukan kerana bukan senang bila bermain dengan cat ni. Kalau rosak dinding, boleh hilang mood.
Selamat mencuba dan semoga yang dikongsi bermanfaat untuk semua.
Kredit FB : Fakrul Radzi Ibn Mokhtasar
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Tip Keselamatan Kediaman Ketika Cuti Musim Perayaan
Setiap kali tibanya cuti musim perayaan, sudah tentu ramai yang mengambil kesempatan ini untuk pulang ke kampung halaman ataupun makan angin bersama keluarga masing-masing. Oleh itu, bagi mereka yang akan meninggalkan kediaman tanpa penghuni dalam tempoh waktu yang panjang, sewajarnya mengambil beberapa langkah keselamatan supaya kediaman mereka bebas daripada segala kejadian yang tidak diingini. Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati, jadi pastikan anda lakukan perkara perkara ini terlebih dahulu sebelum meninggalkan rumah ya.
- Pastikan kesemua pintu serta tingkap ditutup dan dikunci dengan cermat.
- Elakkan sembunyi kunci rumah di dalam pasu, bawah alas kaki ataupun dalam rak kasut di luar rumah.
- Pastikan lampu disekeliling rumah (depan/belakang) dipasang mulai jam 6 petang sehingga pagi. Anda boleh mengunakan pemasa automatik. Jika anda mempunyai alat penggera, pastikan alat penggera anda diaktifkan.
- Pastikan alat keselamatan tambahan seperti rantai dengan ibu kunci (padlock) yang dipasang di tempat yang dianggap mudah dipecah masuk seperti pintu pagar hadapan dan belakang, pintu besi (grill) hadapan dan belakang rumah. Alat tersebut harus dipasang sebelum meninggalkan rumah.
- Hantar binatang peliharaan ke rumah tumpangan haiwan ataupun klinik veterinar yang mempunyai perkhidmatan menjaga haiwan peliharaan agar ia selamat dan tidak terabai.
- Pastikan jiran sebelah-menyebelah rumah (termasuk jiran di hadapan/belakang rumah) dimaklumkan, serta diberi nombor telefon yang mudah dihubungi dalam jangka masa ketiadaan anda.
- Pastikan barang-barang kemas seperti emas, wang tunai, jam berharga dan sebagainya dibawa bersama atau disimpan di tempat yang selamat dan bersesuaian.
- Hentikan langganan suratkhabar bagi mengelakkan penjenayah daripada mengetahui rumah ditinggalkan kosong.
- Sebelum keluar rumah hendaklah dipastikan setiap plug peralatan elektrik dicabut daripada soket bagi mengelakkan berlakunya kebakaran yang berpunca akibat litar pintas.
- Kepala gas juga harus dicabut sebelum anda keluar meninggalkan kediaman bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI