Laman

Resipi Baja Organik Guna Bawang, Tanaman Subur Tanpa Bahan Kimia

Share

Bagi mendapatkan tanaman yang hidup subur, pelbagai perkara yang perlu pemilik peka. Selain menyiram dan memastikan tanaman mendapat pencahayaan yang cukup, terdapat beberapa faktor lain yang mempengaruhi kesihatan tumbuhan tersebut. Salah satunya termasuklah penggunaan baja.

Malangnya, kebanyakan baja yang terdapat dipasaran mungkin mengandungi bahan kimia yang kita tidak tahu baik buruknya. Jadi buat anda yang sedang menjinak-jinakkan diri bercucuk tanam dirumah, pastikan baja yang diguna adalah selamat dan tidak memberi kesan buruk pada pokok dan juga diri.

Terdapat perkongsian menarik dari Ummi Haziq yang dapat membantu anda mendapatkan pokok subur tanpa menggunakan baja yang mengandungi bahan kimia. Mari kit asemak..

Atas permintaan kawan-kawan yang baru mula berjinak jadi ahli kebun sekangkang kera, saya ingin kongsikan rahsia cara buat baja semulajadi a.k.a MOL (Mikro Organisma Lokal)
Yang penting semua bahan organik untuk pokok yang ditanam sendiri. Bebas racun dan bahan kimia.

BAHAN-BAHANNYA ;

1. 1kg bawang india atau bawang merah
2. 1kg gula merah

CARA-CARANYA ;

1. Cincang bawang merah

2. Letakkan gula merah kedalam bekas berselang seli dengan bawang dan diakhiri dengan gula merah

3. Tutup bekas dengan tisu dapur dan tutup @ boleh juga just ikat dgn kain (untuk pengudaraan dan juga elakkan dimasuki lalat)

4. Tandakan tarikh

5. Selepas seminggu boleh ditapis dan diambil cairan sahaja

*Lebihan bahan tapis boleh buang di sekeliling umbi2 pokok dgn jarak sejengkal dari pokok.

PENGGUNAAN ;

1. 5ml utk satu liter air tanpa klorin (untuk elakkan mikroorganisma mati), gunakan air hujan atau air perigi atau sungai,air cuckoo, air coway atau yg seangkatan.
2. Semburkan pada daun, batang dan media tanaman.

*Untuk mol bawang putih juga kaedah yg sama.
*Mol bawang merah utk menggalakkan pertumbuhan akar
*Mol bawang putih utk kawalan serangga secara organik.

SELAMAT MENCUBA!

SUMBER

Published by
amalina