Lagi beberapa hari ni dah nak raya. Mesti ada antara sahabat laman yang risau nak tinggalkan pokok lama-lama kan. Paling risau tanaman yang jenis tak tahan lasak atau bermusim. Sehari tak siram pun boleh mati. Jadi untuk memastikan tanaman anda tetap sihat dan segar menyambut kepulangan anda selepas bercuti raya, ini yang anda perlu lakukan.
1. Untuk jenis tanaman yang memerlukan air yang banyak dan kerap, letakkan di bawah teduhan dan buang semua kuntum bunga serta pucuk atau tunas baru. Kaedah ini secara tidak langsung mengurangkan keperluan air dan menyebabkan medium lambat kering
2. Untuk tanaman yang ditanam terus di atas tanah, takkan nak cabut pula kan untuk diletakkan dibawah teduhan. Beli jaring pertanian atau net hitam dengan ketelusan cahaya 70% dan buatkan kanopi sementara di bahagian atas menutupi tanaman.
3. Cantas atau pangkas tanaman seminggu sebelum pulang ke kampung. Ini salah satu lagi cara untuk mengurangkan keperluana air pada tanaman
4. Untuk tanaman berpasu, sediakan miniture green house dangan menggunakan plastik. Tapi, anda perlukan sokongan kayu atau buluh bagi mengelak permukaan plastik bersentuhan dengan tanama kerana ia boleh menyebabkan bahagian yang tersentuh melecur
5. Alas pasu-pasu anda dengan dulang yang telah diisi batu dan tuangkan air mengikut aras batu tersebut. Lagi banyak air diperlukan, lebih tebal lapisan batu disediakan. Air yang terdapat di dalam dulang tadi akan disejat oleh tanaman secara perlahan-lahan
Ads
6. Alas bahagian bawah pasu dengan kain atau tuala yang telah dibasahkan. Selain itu juga, anda boleh gunakan sarung guni untuk kadar kelembapan yang lebih lama
7. Rendam surat khabar di dalam air dan jadikannya sebagai sungkupan pada tanaman. Ia bukan sekadar mengekalkan kadar kelembapan medium tanaman, malah mampu menyerap air lebih banyak
Ads
8. Buat sendiri bekas siraman yang boleh membekalkan air untuk tanaman atau self watering system. Terdapat pelbagai kaedah untuk membuat self watering system sendiri antaranya dengan menggunakan botol dan tali yang direndam dalam air
9. Dalam lampin pakai buang, terdapat serbuk seperti kristal yang diguanakn untuk menyerap air. Bila menyerap air, serbuk kristal tadi akan kembang menjadi seperti jeli. kalau rajin, koyakkan beberapa keping lampin pakai buang dan keluarkan serbuk tersebut dari kapas yang digunakan. Kalau tak rajin, guna sahaja keseluruhan isi di dalam lampin tersebut. Rendam kan semalam dan tanam di sekitar tanaman sebelum anda pulang ke kampung. Kelembapan yang dipeganag oleh kristal atau jelly lampin pakai buang mampu bertahan lebih dari seminggu
10. Mintak bantuan pada jiran yang tidak pulang ke kampung untuk siramkan tanaman di laman sekurangnya 1 kali sehari terutamanya waktu pagi. Atau anda upah sahaja pekerja penyelenggara landskap yang membuat kerja kontraktor di taman anda tu.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
20 April 2022, tarikh yang ditunggu-tunggu oleh pemilik akaun KWSP yang telah memohon pengeluaran khas. Jumlah kelayakkan bagi setiap pemegang akaun KWSP adalah sejumlah RM 10,000.
Menurut KWSP, seramai 5.3 juta pemegang akaun telah membuat permohonan dengan kos keseluruhan adalah Rm 40.1 bilion. Walaupun baru sahaja pembayaran dilakukan, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sudah mula menerima aduan dari penerima caruman yang diganggu oleh kumpulan sendikit “scamer”
Mencari mangsa dalam talian
Menurut Datuk Nadzim Johan selaku ketua Aktivis Persatuan Pegguna Islam Malaysia (PPIM), berdasarkan laporan sendikit tersebut dipercayai mencari mangsa secara dalam talian
Walaupun tiada data rasmi, pihak penerima pengeluran khas KWSP disarankan supaya tidak berkongsi cerita atau gambar bahawa anda telah memohon atau menerima bayaran di mana-mana media sosial.
Secara dengan tidak sengaja apabila melihat rekaan sofa dengan ribuan sulaman benang warna-warni ini, pada awalnya berasa terkejut kerana rekaan sofa ini tampak begitu berbeza sekali.
Mana tidaknya, rekaan sofa ini tidak kelihatan seperti yang lain atau kebiasaan di pasaran luar. Tampak unik dan berbeza, sudah semestinya rekaan yang dimiliki pada sofa ini sememangnya telah menarik perhatian.
Jika kita lihat pada gambar yang memaparkan rekaan sofa ini permukaan luar telah direka dengan ribuan sulaman benang warna-warni.
Bukan itu sahaja, ia juga didatangkan dengan pelbagai reka bentuk yang menarik seperti burung kakak tua dan banyak lagi. Namun begitu, adakah rekaan sofa seperti ini sesuai untuk dekorasi hiasan dalaman kediaman?
Pada pendapat anda pula bagaimana? Adakah anda merasakan rekaan sofa ini unik atau pelik di mata anda? Sila kongsikan bersama IMPIANA.
Foto: Facebook Pemburu Tiket Murah
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Pertandingan dekorasi ruang bacaan keluarga sempena dekad membaca kebangsaan yang dilancarkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka ini cukup mendapat sambutan yang menggalakan. Siapa sangka, pertandingan yang dilancarkan di dalam alam maya ini mendapat sambutan yang cukup memberansangkan. Sebanyak 232 penyertaan diterima daripada peserta seluruh Malaysia.
Pelbagai program atau aktiviti digiatkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk menggalakkan dan menanam minat membaca dan seterusnya meningkatkan budaya dan amalan membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia bersempena dengan kempen Dekad Membaca Kebangsaan 2020;
Salah satu program yang dianjurkan ialah Pertandingan Dekorasi Ruang Bacaan Keluarga yang merupakan program anjuran Bahagian Ensiklopedia, Dewan Bahasa dan Pustaka. Program ini berkonsepkan pertandingan yang mengetengahkan elemen dekorasi ruang bacaan sekeluarga di rumah bagi mewujudkan budaya dan minat membaca dalam kalangan ahli keluarga. Pertandingan ini juga akan menjadi satu galakan kepada masyarakat Malaysia untuk memiliki ruang bacaan sendiri dalam kediaman masing-masing.
Terdapat lapan pemenang dalam pertandingan ini hadiah yang ditawarkan seperti yang berikut: Pertama : Wang tunai RM1500.00 dan Sijil Penghargaan Kedua : Wang tunai RM1000.00 dan Sijil Penghargaan Ketiga : Wang tunai RM700.00 dan Sijil Penghargaan 5 Hadiah Sagu Hati : Wang tunai RM300.00 dan Sijil Penghargaan. IMPIANA cukup berbesar hati menyiarkan dan berkongsi kepada semua tentang dekorasi mereka ini. Jom kita lihat hasil barisan pemenang ini:
Pemenang pertama: Nor Hisham B Ismail
Inspirasi Permaidani Kasih
Konsep ruang bacaan ini mengambil inspirasi pelibatan kami dalam pelbagai aktiviti yang dilakukan bersama. Kami mempunyai kecenderungan dan minat dalam pelbagai bidang daripada sukan, budaya, muzik, flora dan fauna kepada bidang akademik dan motivasi diri.
Semua bahan bacaan berkaitan perkara tersebut dijadikan koleksi bacaan pilihan kami. Susun atur dan aksesori hiasan ruang membaca mengambil konsep santai dan praktikal untuk setiap ahli keluarga – sudut si kecil dengan bahan bacaannya, ruang selesa permainan dalaman untuk seisi keluarga serta ruang kerja untuk yang perlu menyiapkan tugasan. Selain aksesori yang dibuat sendiri menggunakan bahan kitar semula seperti bekas letak pencil dan replika bumi, ruang ini menjadi lebih kondusif dan menarik dengan hiasan ‘pokok viral’ , cermin muka, penimbang berat, alat muzik tradisional serta hiasan lain yang sentimental kepada kami. Ruang ini merupakan ruang yang selesa dan membuatkan kami lebih kerap berinteraksi dan menggunakan waktu lapang dengan aktiviti membaca dan rekreasi dalaman bersama-sama. Ruang ini memberi inspirasi dan menyemarakkan keakraban serta kasih sayang antara kami sekeluarga.
Pemenang Kedua :Muhammad Sufian b Talib
Pustaka Mini al-‘Areefiy
Ruang bacaan ini berkonsepkan moden kontemporari. Oleh kerana ruang bilik ini agak terhad dan dalam masa yang sama, perlu memuatkan pelbagai bahan bacaan, maka penggunaan wall-shelves adalah amat penting bagi memaksimumkan ruangan. Oleh itu, saya membina sebuah rak buku berketinggian 3 meter tinggi yang ditempah khas memenuhi salah satu dinding yang terdapat di dalam ruangan tersebut. Ini memberi impak elegan dan berintelektual tinggi walaupun tinggal hanya dalam sebuah rumah di pangsapuri berkos rendah (PPR).
Dengan penggunaan wall-boxes sebagai tempat susunan sebahagian buku dan bahan bacaan selain hiasan yang minimum namun menarik, ia berjaya memberi tarikan kepada ahli keluarga untuk menghabiskan masa membaca di dalam pustaka ini. Saya turut menempatkan televisyen namun menggantikan penggunaannya sebagai monitor komputer riba. Jarak antara tempat duduk dan tv tersebut memberi keselesaan kepada ahli keluarga untuk menulis, mencari bahan untuk kajian, membaca koleksi e-book atau sebagai ruang Bekerja Dari Rumah (BDR). Komputer riba yang disimpan di bahagian bawah meja dapat mengurangkan penggunaan meja dan memberi impak keluasan.
Ruangan bacaan hendaklah tampak menarik. Ini bagi memastikan ia menjadi pusat tumpuan seluruh ahli keluarga dan memupuk minat membaca. Sudah semestinya ruangan ini harus menjadi ruang paling utama dalam membina keperibadian seluruh ahli keluarga.
Pemenang Ketiga:Mohd Niza b Othman
Lepak Corner
Berkonsepkan santai dan bercirikan gaya Inggeris melalui perabot dan kerusi yang digunakan, ruang tengah boleh dijadikan kawasan berdiskusi untuk seisi keleuarga, juga ruang untuk membaca al-quran.
5 pemenang saguhati:
Hani Nabila Bt Mohd Abduh
Husna Binti Azam
Muhammad Abid Farhan Bin Nor Asmadi
Salbiah Bt Beseth
Munirah Binti Mohd Hardi
Cukup menarik bukan hasil dekorasi mereka.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.