Dalam kehidupan seharian, peralatan rumah seperti meja lipat dan papan seterika sering digunakan tanpa banyak berfikir tentang keselamatan.
Namun, penggunaan barangan ini tanpa berhati-hati boleh mendatangkan risiko serius, termasuk kecederaan yang boleh membawa maut.
RISIKO IRONING BOARD & MEJA LIPAT, BOLEH UNDANG PADAH
Walaupun peratalan seperti ironing board dan meja lipat ini dilihat sebagai sangat praktikal untuk digunakan di rumah, sekolah atau mana-mana sahaja, sebenarnya boleh mengundang risiko. Terutamanya kepada kanak-kanak kerana, risikonya adalah mereka boleh terjatuh, terkena bucu dan potensi untuk tersepit di celah kaki besi meja berkenaan.
Menurut Hong Kong Consumer Council, meja lipat merupakan satu peralatan yang sangat berbahaya dan boleh menyebabkan kemalangan jiwa dalam kalangan kanak-kanak. Kebanyakan kes yang melibatkan kematian berlaku apabila kanak-kanak menterbalikkan meja dan bermain di tengah kaki meja berkenaan.
Paling merisaukan adalah, jika kaki meja tidak dikunci dengan betul, ia boleh terlipat dan memerangkap kanak-kanak di antara batang kaki besi meja berkenaan. Apabila sudah terperangkap, ini agak mustahil untuk kanak-kanak melepaskan diri tanpa bantuan orang dewasa.
Berat badan mereka akan menyebabkan kaki besi semakin ketat, lebih-lebih lagi ketika mereka panik atau bergelut untuk melepaskan diri. Akhirnya, mereka mungkin tersepit atau tercekik di celah-celah kaki besi berkenaan serta berisiko untuk maut.
Ads
Bukan Hong Kong Consumer sahaja yang menyatakan risiko malah negara lain turut berpendapat sama. Pada tahun 2022, kerajaan UK telah mengeluarkan arahan pembetulan untuk memusnahkan meja dan kerusi lipat buatan China sebaik sahaja tiba di sempadan.
“Produk ini mempunyai risiko kecederaan yang tinggi kerana struktur meja tidak cukup kuat untuk menahan beban dan mudah patah,” menurut notis tersebut.
ADA LANGKAH KESELAMATAN KALAU NAK GUNA..
Hong Kong Consumer Council berkata, terdapat beberapa langkah keselamatan yang boleh diambil oleh orang ramai untuk mengelakkan situasi di atas berlaku. Antaranya:
Ads
-Pengguna perlu memastikan meja lipat yang dibeli adalah kukuh dan mempunyai kunci keselamatan
-Apabila meja berkenaan dibuka, kunci keselamatan perlu dimasukkan supaya meja tidak terbalik atau tertutup sendiri
-Sekiranya tidak digunakan, adalah lebih selamat jika meja lipat disimpan dalam kawasan tertutup yang jauh daripada jangkauan kanak-kanak.
Memandangkan meja lipat adalah berbahaya kepada kanak-kanak, maka ibu bapa perlu mengawasi anak masing-masing dan melarang mereka daripada bermain dengan peralatan tersebut.
Setiap bulan di pengakhiran tahun mesti kita dikejutkan dengan bencana banjir yang melanda kebanyakan negeri. Kita tidak mampu untuk mengelak hujan tapi kita mampu untuk melakukan persediaan di musim hujan. Ketika musim banjir, banyak aspek yang perlu dititik beratkan terutamanya aspek keselamatan. Berikut merupakan antara tips yang boleh diguna pakai ketika banjir melanda.
Selamatkan dokumen penting seperti surat beranak, passport, geran tanah, polisi insuran, atau lain-lain dokumen berharga di peti simpanan selamat dan kalis air.
Pastikan semua suis elektrik dan suis utama dimatikan untuk mengelakkan kejadian renjatan elektrik.
Segera berpindah (ke pusat pemindahan/rumah saudara lain/tempat tinggi) seperti yang diarahkan pihak berkuasa.
Pastikan rumah berkunci dan barang disimpan di tempat tinggi dan selamat sebelum melakukan pemindahan.
Kenal pasti individu yang mempunyai keperluan khas seperti berpenyakit kronik, kurang upaya, uzur, mengandung dan sebagainya untuk bantuan pemindahan.
Sentiasa berwaspada ketika memandu pada musim tengkujuh/banjir dan gunakan laluan selamat yang telah dikenal pasti.
Jangan memandu mengharungi air banjir kerana dikhuatiri kenderaan akan dihanyutkan air deras.
Jika terperangkap dalam banjir, hubungi pihak berkuasa untuk bantuan dengan melaporkan keadaan dan kedudukan anda.
Awasi kanak-kanak dan jangan biarkan mereka bermain di kawasan banjir atau di tepi sungai/parit/longkang/saluran air yang deras.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Roller cat. Peralatan ini digunakan apabila kita ingin mengecat dinding. Tidak kira dinding rumah, kedai, pondok, atau apa-apa sahaja yang ada dinding. Tapi untuk membeli roller cat, juga perlu pandai dan mahir. Apakah dia? Mengetahui cara memilih roller cat terbaik untuk kerja itu boleh menjimatkan banyak masa anda. Jenis pekerjaan yang anda rancang untuk dicapai sangat mempengaruhi pilihan roller cat anda. Roller cat boleh didapati dalam beberapa saiz dan bentuk agar sesuai dengan pelbagai permukaan. Jadi, bagaimana anda membuat keputusan? Pilih saiz roller cat yang sesuai untuk luas permukaan yang akan dicat.
Roller cat berkisar dari saiz kecil hingga 12 inci dan lebih besar. Roller kecil sesuai untuk kerja kecil seperti mengecat pintu. Gunakan roller 9 inci untuk mengecat siling atau dinding. Lebih besar saiz roller, lebih cepat dan lebih mudah tugas anda.
Pertimbangkan jenis span semasa memilih saiz roller. Span roller dibina daripada bahan gentian semula jadi sintetik. Terdapat banyak saiz dan panjang yang tersedia. Padankan saiz dengan kawasan yang hendak dicat. Secara umum, semakin lebar span roller, semakin banyak cat yang boleh diserap.
Sebagai contoh untuk panduan bagi anda yang ingin membeli roller cat,
1/4 inci ini, sesuai untuk permukaan licin dan licin seperti dinding, siling, pintu kayu dan bingkai pintu
3/8 inci – sesuai untuk permukaan lembut dan kasar.
1/2 inci – sesuai untuk kebanyakan dinding dan permukaan separa kasar seperti simen dan konkrit berlepa.
3/4 inci – untuk permukaan kasar dan dinding beralur, dinding bertekstur, simen berlepa dan konkrit.
3/8 inci – untuk mengecat keseluruhan permukaan secara kasar.
Jadi, itu sahaja cara dan ilmu untuk anda yang ingin membeli roller cat. Anda juga boleh bertanya kepada pekerja kedai yang pakai terhadap perkara ini sekiranya anda tidak tahu ingin membelinya.
Ramai yang beranggapan kalau pintu rumah tak sama tinggi atau semakin menurun tak boleh tutup rapat ini mesti sebab cuaca, panas sejuk yang buatkan kayu pintu mengembang dan macam-macam lagi la tanggapan bila pintu tak boleh tutup rapat.
Ini puncanya yang ramai tak tahu. Bukan sebab kayu pintu mengembang atau tanah rumah mendap dan sebagainya. Ini kerana ensel pintu dah lari dari kedudukan asal. Manakan tidak, pintu ni kan tiap hari kita buka tutup, buka tutup. Memang boleh lari la kedudukan ensel tu.
Ensel pintu ni macam lutut kita juga la ye. Selalu guna tapi tak jaga lama-lama alignment tu boleh lari. Jadi macam mana nak jaga pintu agar tak melurut kebawah agar pintu boleh tutup rapat dan tahan lama? Mudah sahaja, kalau buka pintu tu buka la dengan berhemah jangan la main sentap dan kalau tutup pintu tu jangan la main hempas.
Rajin-rajin la letak minyak mesin dekat ensel pintu, tak kisah la pintu rumah mahupun pintu bilik, oleh kata segala jenis pintu la perlu dijaga agar tidak berlaku masalah menurun bila sampai waktu usurnya pintu tu.
IMPIANA kongsikan bagaimana nak adjust atau baiki pintu yang sudah mendap kebawah atau turun ke bawah dan tak boleh tutup dengan rapat. Kadang-kadang tu terpaksa ketuk,angkat dan ada yang tendang pintu nak bagi rapatkan. Siapa pernah jadi macam ni? Kongsi sikit dengan IMPIANA.
Tak perlu ye, sampai nak tukar pintu rumah baru pulak kalau hadapi masalah macam ni. Sebab mudah je kalau anda tahu cara atau teknik yang betul untuk baiki pintu yang dan tak boleh tutup dengan rapat. Pintu yang selalu jadi macam ni mestilah pintu jenis kayu. Jadi bila jadi macam ji keselamatan pun kurang, sebab pintu rumah tak boleh tutup dengan rapat.
Tonton video ini untuk anda lakukan jika hadapi masalah macam ni.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.