Tidak kira apa pun jenis kediaman, sudah tentu anda mahukan yang terbaik dan yang paling selesa untuk didiami. Seperti pemilik rumah jenis apartment PPA1M ini yang bertugkus lumus menjadikan kediaman 1000 kaki persegi ini sebagai sebuah rumah dengan konsep scandinavian yang menarik dan selesa.
Menurut Endang Juliarti, rumah ini telah didiami selama 7 bulan dan walaupun masih baru, kesemua ruang telah dilengkapi dengan perabot dan kelengkapat yang secukupnya. Warna Elves Green dari Nippon Paint telah menjadi pilihan. Rona yang lembut dan ceria digabungkan dengan warna putih menjadikan segenap kediaman lebih tenang dan segar.
+ Tip dekorasi
1. Hias rumah mengikut bajet dan kemampuan.
2. Menggunakan bahan terpakai.
3. Beli pokok secara berperingkat.
4. Tetapkan konsep yang diingini.
5. Buat rujukan sebelum putuskan untuk beli sesuatu. Sama ada ia pratikal dan berbaloi.
6. Jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baru. Menghias rumah sama seperti berkarya. Tiada yang betul, tiada yang salah dalam seni menghias kediaman.