Tidak dinafikan, bukan semua orang ada memiliki sebuah kediaman yang besar dengan saiz keluasan ruang dalaman rumah yang luas.
Bagi yang memiliki saiz rumah yang kecil, sudah pasti setiap sudut keluasan ruang dalaman rumah juga adalah lebih terhad termasuk ruang dapur.
Sudah semestinya dengan ruang yang lebih terhad ini, rekaan hiasan dalaman rumah serta kelengkapan dan susunan perabot turut menjadi terhad.
Untuk ruang dapur misalnya, mesti ada segelintir di kalangan anda yang pernah menginginkan sebuah ‘Kitchen Island’ namun angan-angan tersebut tidak dapat dilaksanakan oleh kerana saiz keluasan ruang dapur yang kecil serta terhad.
Tetapi kini ianya bukan lagi penghalang untuk anda memiliki sebuah ‘Kitchen Island’ di ruang dapur.
Ini kerana, hasrat anda untuk memiliki sebuah ‘Kitchen Island’ yang cantik bagi menyerikan lagi ruang dapur anda bukan lagi angan-angan.
Maka, bagi mencapai hasrat dan angan-angan itu anda boleh mendapatkan sebuah ‘Kitchen Island’ yang bersaiz kecil seperti yang tertera dalam gambar di bawah.
‘Kitchen Island’ ini bukan sahaja memiliki saiz reka bentuk yang kecil malah ia juga didatangkan dengan rekaan moden dan ‘minimalist’ yang membuat kelengkapan perabot ini tampak lebih mewah.
Sekiranya anda mahu memiliki ‘Kitchen Island’ yang sama seperti gambar tertera, anda boleh mendapatkan dengan membuat pembelian di aplikasi Shopee. Klik di sini.
Sumber: Facebook Kaki Deko
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Nak Beli ‘Wing Chair’ Tapi Tak Tahu Nak Pilih Mana Yang Sesuai? Ini Tips Untuk Anda!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
(VIDEO) Ramai Tak Tahu Periuk Non-Stick Antara Punca Penyakit Barah, Ini Sebabnya
Semua orang tahu akan kepentingan makanan yang berkhasiat. Tapi ramai yang tidak sedar dan tidak tahu bahawa peralatan yang digunakan untuk menyediakan makanan berkhasiat juga sesuatu yang penting. Walaupun anda menggunkan bahan yang organik, dari sumber yang segar berkhasiat serta terhindar dari sebarang racun dan pengawet, Ia juga bakal menerima kesan yang buruk jika memilih peralatan memasak yang salah
Oleh itu, anda wajib tahu apakah peralatan masakan yang terdapat di dapur anda yang membahaya dan mengundang toksik di dalam makana. Jika dah tahu, lepas ini anda perlu elakkan dari menggunakan peralatan tersebut Umum tahu bekas plastik, pinggan yang bercorak atau berwarna membuat anda terdedah kepada bahan toksik. Tapi tahukah anda bahawa periuk atau kuali non-stick yang terdapat di dapur menyebabkan anda lebih terdedah kepada bahan bertoksik di dalam makanan?
Periuk non-stick atau tidak lekat sentiasa menjadi pilihan bagi anda yang cuba mengurangkan penggunaan minyak dalam masakan. Peralatan masakan non-stick ini juga dikenali sebagai Teflon. Setiap perkakas masakan teflon dilengkapi lapisan PTFE atau Polytetrafluoroethylene. Ia merupakan lapisan plastik polimer yang mudah membebaskan toksik apabila tertdedah kepada kepanasan haba 572oF.
Kesan toksik ini akan menyebabkan penyakit yang diberi nama Teflon Flue. Pesakit akan mengalami suhu tinggi di dalam badan dan pening kepala. Ini kerana, kesan toksin yang terbebas di dalam makanan ketika menggunkan perkakas teflon menyerang sistem paru-paru. Selain itu juga, pesakan akan berasa sesak nafas dan ruang dada yang sempit hingga menyebabkan batuk.
Satu lagi bahan kimia yang digunakan untuk membentuk dan menghasilkan peralatan memasak taflon adalah PFOA atau Perfluorooctanoic asid atau C8. Bahan toksik ini akan kekal mendiami tubuh kita dalam satu tempoh yang lama jika ia terbebas di dalam makanan.
Kesan menunjukkan kandungan toksik ini yang terpendam di dalam badan menjadi salah satu pencetus kepada beberapa penyakit kronik seperti kanser payu dara, Prostate dan kanser ovari
Walaupun terdapat kajian menunjukkan bahawa kandungan PFOA hanya sedikit di dalam peralatan masakan teflon dan tidak mengancam kesihatan manusia, kandungan toksik ini boleh dijumpai di dalam peralatan dan bahan lain yang anda gunakan secara harian antaranya ialah air minuman.
Oleh itu, sebaiknya kurangkan pendedahan diri kepada bahan toksik ini. Sebagai pilihan, apa kata anda gunakan peralatan masakan yang di lapisi atau diperbuat daripada granit atau cast-iron. Kedua-dua bahan ini tidak membebaskan sebarang toksik walaupun dalam suhu yang amat panas.
Sumber: https://mommingschool.com
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Jangan Salah Pilih Pokok Hiasan Untuk Rumah Anda, Ini Panduannya!
Isi Kandungan
ToggleJangan Salah Pilih Pokok Hiasan Untuk Rumah Anda, Ini Panduannya! Pokok hiasan dalam rumah bukan sahaja memberi keindahan visual tetapi juga memberikan pelbagai faedah kesihatan dan kestabilan emosi.
Pokok-pokok yang hijau dengan daun yang subur memang mampu menaikkan seri rumah anda, baik di luar mahupun di dalam rumah. Banyak yang percaya pokok hiasan dalam rumah sulit dijaga tanpa cahaya matahari yang mencukupi, tetapi sebenarnya ada banyak pilihan yang tahan dalam cahaya yang terbatas.
Di sini, IMPIANA kongsikan beberapa panduan untuk memilih dan menjaga pokok hiasan yang sesuai untuk ruang dalaman anda:
1. Cahaya dan Ruang
- Pencahayaan: Pertimbangkan tahap cahaya dalam ruang di mana pokok akan ditempatkan. Beberapa pokok memerlukan cahaya terang langsung, manakala yang lain lebih sesuai dengan cahaya teduh.
- Ruangan: Pastikan pokok yang dipilih mempunyai ruang yang mencukupi untuk tumbuh tanpa sekatan. Faktor ini amat penting untuk memastikan pokok berkembang dengan baik.
2. Kepelbagaian Spesies
- Penanaman Campuran: Campurkan jenis pokok yang mempunyai keperluan air dan cahaya yang berbeza untuk mencipta lanskap dalaman yang berwarna-warni dan menarik.
- Pokok Serbaguna: Pilih pokok yang boleh digunakan sebagai hiasan dalaman tetapi juga boleh dikeluarkan ke luar untuk kelebihan udara segar.
3. Penjagaan yang Sederhana
- Penyiraman: Pastikan pokok menerima penyiraman yang mencukupi berdasarkan keperluan spesies masing-masing. Terlalu banyak atau terlalu sedikit air boleh merosakkan pokok.
- Pembajaan: Berikan baja secara berkala untuk menyokong pertumbuhan yang sihat.
4. Kesan Kesejahteraan
- Kesihatan Mental: Kajian menunjukkan pokok hiasan dapat meningkatkan keadaan emosi dan mengurangkan tekanan.
- Kualiti Udara: Beberapa spesies pokok boleh menapis udara dari bahan kimia berbahaya dan memberikan oksigen tambahan.
5. Pemilihan Pokok Popular
- Monstera (Monstera deliciosa): Tahan lasak, sesuai untuk ruang tamu dengan cahaya teduh dan perlu disiram secara berkala.
- Spider Plant (Pokok Labah-Labah): Tahan lasak dengan keperluan air yang rendah.
- Pothos: Ideal untuk tumbuh dalam keadaan cahaya rendah.
Semoga bermanfaat!
IMPIANA: Dengan mempertimbangkan cahaya, ruang, dan keperluan penjagaan, anda boleh mewujudkan persekitaran yang menyegarkan dan menenangkan di dalam rumah anda. Pastikan untuk memilih pokok yang bukan sahaja cantik tetapi juga praktikal.
Mesti Baca: Macam Ni Cuci “Indoor Plant” Untuk Sentiasa Kelihatan Segar Dan Berkilat
Baca Lagi Di Sini: 5 Jenis ‘Indoor Plant’ Mampu Bersihkan Udara, Sesuai Untuk Pesakit Asma
Artikel Menarik: Tak Susah Tanam Indoor Plant Ikut Saja Langkah Mudah Ini Gerenti Hidup Subur
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Ingat Dan Ikut SOP Serta Garis Panduan Kalau Anda Nak Makan Di Luar
Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 4 Mei ini untuk memulakan semula ekonomi termasuklah bagi sektor makanan.
Pelbagai persoalan timbul mengenai kelonggaran yang diberikan. Ini garis panduan dan syarat yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi setiap sektor penyediaan dan perkhidmatan makanan sebelum mereka memulakan operasi.
1. Restoran/ Medan Selera / Pusat Penjaja / Gerai Makan Tepi Jalan (Berbumbung)
Garis panduan dan SOP
– Mengambil dan rekod suhu badan pekerja awal waktu bekerja
– Susun atur meja, dengan jarak 2 meter antara meja bagi membolehkan penjarakan sosial sekurang-kurang 1 meter
– Setiap meja di muatkan tidak melebihi 4 orang semeja
– Premis perlu menyatakan dengan jelas bilangan pelanggan yang dibenarkan pada satu-satu masa untuk memenuhi keperluan penjarakan sosial
– Mewajibkan pengunaan hand sanitiser berasas alkohol, atau menyediakan kawasan mencuci tangan dengan sabun
– Menggalakkan penggunaan peralatan makan biodegradable pakai-buang
– Menggunakan cecair pencuci dengan kandungan sodium hypochlorite mengikut garis panduan KKM
Arahan Tetap
- Keperluan pendidikan pekerja berhubung kebersihan & kesihatan peribadi serta kebersihan premis
- Keperluan merekod kehadiran termasuk nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor telefon, serta suhu badan pekerja dan pelanggan, setiap hari
2. Kenderaan Saji (Food Truck) / Penjaja Beredar / Penjaja Tepi Jalan (Sementara)
Garis panduan dan SOP
– Mengambil dan rekod suhu badan pekerja pada awal waktu bekerja
– Memastikan jarak 1 meter antara setiap pelanggan semasa pembelian
– Mewajibkan pengunaan hand sanitiser berasaskan alkohol
– Menggalakkan penggunaan peralatan makan biodegradable pakai-buang
– Menggunakan cecair pencuci dengan kandungan sodium hypochlorite mengikut garis panduan KKM
Arahan tetap
- Keperluan pendidikan pekerja berhubung kebersihan & kesihatan peribadi serta kebersihan premis
- Keperluan merekod kehadiran serta suhu badan pekerja setiap hari
- Kepentingan untuk menghadkan bilangan pelanggan di kawasan perniagaan pada satu-satu masa (tidak berkumpul dan bersesak-sesak)
3. Pasar awam berbumbung / Pasar borong (Kuala Lumpur sahaja)
Garis panduan dan SOP
– Mengambil dan merekod suhu badan pekerja pada awal waktu bekerja
– Memastikan jarak 1 meter antara setiap pelanggan semasa pembelian
– Mewajibkan penggunaan hand sanitiser berasas alkohol, atau menyediakan kawasan mencuci tangan dengan sabun
– Menggunakan cecair pencuci dengan kandungan sodium hypochlorite mengikut garis panduan KKM
– Saringan kesihatan (suhu badan, simptom dan riwayat kontak dengan pesakit COVID 19) kepada semua pekerja warga tempatan dan asing yang memegang permit kerja (Pasar Borong)
Arahan tetap
- Keperluan merekod kehadiran serta suhu badan pekerja setiap hari
- Waktu operasi mungkin berubah mengikut pasar (contoh: Pasar
- Borong Kuala Lumpur beroperasi 24 jam
- Disinfeksi bangunan setiap hari selepas operasi
- Kepentingan untuk menghadkan bilangan pelanggan dalam pasar pada satu-satu masa
Garis panduan dan SOP
– Mengambil dan merekod suhu badan pekerja pada awal waktu bekerja
– Jarak antara meja/ gerai 2 meter
– Memastikan jarak 1 meter antara setiap pelanggan semasa pembelian
– Mewajibkan penggunaan hand sanitiser berasas alkohol
– Menggunakan cecair pencuci dengan kandungan sodium hypochlorite mengikut garis panduan KKM
Arahan tetap
- Keperluan pendidikan pekerja berhubung kebersihan & kesihatan peribadi
- Proses disinfeksi setiap kali selepas operasi
- Penggiliran Penjaja mengikut hari
Contoh
-Set 1 (Selasa-Khamis-Sabtu)
-Set 2 (Rabu-Khamis-Ahad)
5. Pasar raya mini / Kedai runcit / Kedai serbaneka
Waktu kehadiran pelanggan
8.00 pagi hingga 8.00 malam
Garis panduan dan SOP
– Mengambil dan merekod suhu badan pekerja pada awal waktu bekerja
– Premis perlu menyatakan dengan jelas bilangan pelanggan yang dibenarkan pada satu-satu masa
– Penggunaan penanda di lantai, terutamanya di kawasan sesak seperti di kaunter pembayaran, bagi memastikan jarak 1 meter
– Mewajibkan penggunaan hand sanitiser berasas alkohol
– Pembersihan secara kerap menggunakan cecair pencuci dengan kandungan sodium hypochlorite mengikut garis panduan KKM
– Menggalakkan pembayaran tanpa wang tunai atau cashless (e-wallet, kad kredit dan lain lain)
Arahan tetap
- Kepentingan untuk menghadkan bilangan pelanggan dalam premis pada satu-satu masa
- Kepentingan untuk pembersihan serta sanitasi berterusan yang kerap
- Semua pekerja diwajibkan untuk memakai Face Mask
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI