Pernah anda terfikir ruang dewan yang sering digunakan untuk pelbagai majlis keraian atau pertandingan boleh diubahsuai menjadi sebuah rumah kediaman yang begitu cantik? Mesti ada dikalangan anda yang berfikiran sedemikian kan, betul tak?
Bagi anda yang baru sahaja mengetahui renovasi seperti ini sudah pasti mahu melihat foto sebelum dan selepas transformasi serta hasilnya. Jadi, tunggu apa lagi mari lihat bersama IMPIANA.
ARTIKEL BERKAITAN: Hanya Bermodalkan 40K Sahaja Untuk Miliki Dekor Rumah Macam Ni!
Tidak dinafikan, ruang dalaman rumah yang besar membolehkan anda mempunyai kelebihan untuk melakukan pelbagai transformasi dari segi struktur dan rekaan hiasan ruang dalaman rumah.
Siapa sangka ruang dewan yang sering digunakan untuk mengadakan pelbagai majlis keraian atau pertandingan mampu diubahusai sehingga menjadi sebuah rumah kediaman yang begitu cantik, unik dan selesa untuk didiami.
Lihatlah hasilnya, sememangnya ia tampak sangat menakjubkan, betul tak? Jadi, bagi anda mempunyai wang bajet yang besar mungkin transformasi ubahsuai seperti ini boleh dijadikan sebagai salah satu sumber inspirasi kepada anda semua
Sumber: Facebook Rumah Impian
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Tidak Langsung Menggunakan Khidmat Pereka Hiasan Dalaman, Lan Solo & Isteri Dekorasi Rumah Mengikut Citarasa Sendiri
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Niro Ceramic Group Kini Berkerjasama Dengan Jenama Portino
Syarikat pengeluar jubin terkemuka tanah air, Niro Ceramic Group kini telah memperkenalkan kerjasama mereka bersama jenama jubin Portino atau lebih dikenali sebagai Portofino, sebuah jenama yang diinspirasi daripada perkampungan nelayan dari negara Itali.
Jalinan kerjasama antara kedua-dua jenama ini diadakan setelah Niro Ceramic Group memperlihat jenama jubin yang diinspirasikan daripada ‘Italian Fishing Village’ semakin berkembang maju dipersada dunia jubin lalu memutuskan untuk berkerjasama dengan jenama tersebut.
Kolaborasi bersama jubin jenama Portofino yang terkenal dengan rekaan corak estetik dan mewah ini, Niro Ceramic Group mensasarkan kerjasama ini sebagai langkah kemajuan serta penambahbaikan untuk mengembangkan lagi pasaran industri jubin mereka.
“Saya amat teruja untuk melihat rangkaian jubin Portino mencapai pasaran runcit yang pastinya akan membuka lebih banyak kemungkinan idea yang kreatif. Apatah lagi lebih banyak siri jubin baharu yang akan diumumkan yang akan menambah kepada rangkaian produk Portino yang semakin berkembang dan serba boleh,” kata Ian Kok, Pengarah Urusan Kumpulan Niro Ceramic apabila beliau berkongsi apa yang beliau nantikan melalui Program Perkongsian Portino ini.
Menerusi program kerjasama Portino ini, Niro Ceramic Group kini boleh membawa reka bentuk jubin yang lebih bergaya dan tidak ketinggalan zaman kepada segmen pasaran runcit dan projek. Ini juga termasuk 5 siri jubin baharu daripada Portino:
- Jubin format besar: Portino Plus
- Jubin marmar bersaiz 60x120sm dan 80x80sm: Eleganz
- 2 siri kayu: Madeira & Albar
- Permukaan marmar matte kepada siri Como sedia ada
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang www.niroceramic.com.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: (VIDEO) Ramai Tak Tahu Periuk Non-Stick Antara Punca Penyakit Barah, Ini Sebabnya
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
(Sebelum & Selepas) Rezeki Rumah Terbengkalai, Kini Gah Menjadi Rumah Idaman
Tertarik dengan kediaman yang terbengkalai yang dikongsikan oleh Puan Roszita Md Khairi ini. Beliau berkongsi sebalik kediaman agamnya yang dibina dan dihias bermula dari tiada apa-apa hinggalah ke dekorasi idaman mereka sekeluarga.
Ceritanya rumah ini asalnya adalah rumah terbengkalai, yang dikongsikan oleh rakan baiknya sendiri. Rakan baik Puan Rozita bertanya mahu membeli tak banglow ada orang terdesak nak jual. Beliau di bawa rakannya untuk melihat banglo yang hendak dijual itu. Pertama kali melihat kediaman itu dengan mata dan kepala terus terasa langsung tidak berminat untuk membeli.
Tetapi bila balik Puan Rozita mula berkongsi kisah rumah banglo terbengkalai yang dilihatnya tadi kepada suaminya. Apabila pasangan ini pergi melihat untuk kali seterusnya. Suami Puan Rozita berminat dan mengatakan ” it is a good buy”. Lalu membeli rumah terbengkalai ini dan mula merancang untuk membina semula kediaman yang terbiar selama ini.
Mengambil masa selama 5 bulan untuk menyiapkan kediaman ini. Paling mengembirakan kediaman ini mendapat 100% daripada idea pasangan ini sendiri. Membuatkan pasangan ini merasa lebih puas memiliki rumah ini, apabila jiran tetangga mereka juga mesra dan baik dengan mereka. Ini baru boleh dikatakan sebuah kejiranan yang harmoni dan terbaik.
Kami beli rumah terbengkalai…tak plan pun nk beli..a good friend who own a law firm asked me ” ko nak beli tak bungalow…ada org terdesak nk jual”…sekali gi tengok (suami tak ikut)…aduhhh dlm hati bercakap tak mau lah beli…tercerita kat suami…ajak gi tgk dan suami kata “it is a good buy”..akhir nya beli lah…5 bulan kami siapkan rumah…rupa2 nya ramai yg mahu membeli tapi owner (doktor) tak mau jual…rupa2nya nk jadi rezeki saya dan suami…mmg rezeki sebab jiran2 baik2 betul..alhamdullilah…banyak lagi yg nk di buat tapi kami rehat sekejap…tarik nafas dulu…so just nak share before and after…idea kami sendiri… @rmkhomeid
Lihat hasil kediaman ini mungkin boleh jadi inspirasi pada anda diluar sana.
Kredit: Roszita Md Khairi
BACA: Bila Beli Rumah Tak Boleh Tukar Nama, Ini Langkah Perlu Buat
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
10 Petua & Tip Ini Untuk Mudahkan Kerja Di Dapur
IMPIANA kongsikan 10 tip dan petua untuk anda di luar agar mudah dan cepat melakukan kerja di dapur.
Melakukan kerja dapur bukanlah satu perkara yang mudah. Kadang-kadang rasa penat yang tak terkata, sebab tak habis-habis kerja di ruang ini. Tapi ruang ini akan lebih meriah dan seronok jika kerja yang dilakukan mudah dan cepat. Sememangnya kita semua tahu ruang dapur adalah nadi dalam sesebuah rumah. Jika tiada ruang dapur pastinya rumah itu tidak lengkap dengan hidangan yang lazat.
1. Mengelakkan nasi cepat basi
Pastikan beras dibasuh dengan betul-betul bersih. Sebelum membilas buat kali kedua atau ketiga, pastikan air bilasan yang terdahulu telah dikeluarkan kesemuanya terlebih dahulu. Nasi juga boleh dibilas dengan bilasan terakhir menggunakan air bertapis dan memasak nasi dengan air bertapis itu.
2. Sukatan air untuk memasak nasi
Bagi mereka yang baru bermula untuk belajar memasak di dapur, walaupun nasi merupakan paling mudah dan asas, pastinya anda akan teragak-agak untuk menentukan sukatan air bagi nasi yang dimasak.
Sukatan air bergantung kepada jenis beras yang dimasak. Bagi masakan nasi untuk beras yang digunakan dalam masakan harian, tips yang cukup mudah adalah gunakan menggunakan cawan. Cawan yang sama digunakan untuk menyukat beras untuk dimasak digunakan untuk menyukat air dengan formula 1 cawan beras bersamaan 1 hingga 1 ½ cawan air.
3. Hilangkan bau pada ikan sungai/ikan air tawar
Bagi penggemar ikan sungai atau ikan tawar seperti ikan lampam, ikan baung pastinya sudah biasa dengan masalah ikan ini yang mempunyai lendir dan sedikit hanyir. Terdapat beberapa cara yang anda boleh guna untuk menghilangkan lendir dan hanyirhanya dengan barang yang mudah terdapat di dapur.
Air basuhan beras
Jikalau anda bercadang untuk memasak ikan sungai atau ikan tawar, air basuhan beras jangan dibuang. Simpan air basuhan untuk membasuh lendir dan hanyir ikan akan hilang.
Perap dengan halia
Halia bukan sahaja dapat digunakan dalam masakan, tetapi juga boleh menghilangkan lendir dan bau hanyir pada ikan. Cincang halus halia dan perapkan bersama ikan selama setengah jam.
Perap dengan asam jawa
Asam jawa juga dapat digunakan bagi menghilangkan hanyir dan lendir ini. Ambil asam jawa dan lumurkan pada ikan. Perapkan seketika dan bilas sehingga bersih sebelum dimasak.
4. Hilangkan bau kurang menyenangkan pada pengisar makanan (blender)
Pengisar makanan kebiasaannya akan berbau kurang menyenangkan terutamanya jika anda menggunakan pengisar itu untuk mengisar cili atau bawang. Gunakan sedikit beras yang ditambah dengan sedikit air dan kisar seketika. Bilas pengisar makanan dengan air bersih dan bau tadi yang kurang menyenangkan pastinya hilang.
5. Hilangkan bau kurang menyenangkan dalam peti sejuk
Daun Pandan
Gunakan khazanah semulajadi sebagai pewangi semulajadi. Ikat beberapa helai daun pandan dan letakkan sahaja dalam peti sejuk anda semalaman. Bau kurang menyenangkan bukan sahaja akan hilang, peti anda juga akan berbau wangi.
Roti
Roti boleh digunakan sebagai penyerap bau yang kurang menyenangkan dalam peti sejuk. Letakkan sekeping dua roti di dalam peti sejuk dan biarkan roti itu hingga kering. Bau yang kurang menyenangkan pasti akan beransur hilang.
6. Elakkan semut menghurung bekas gula
Semut dan gula seperti tidak dapat dipisahkan. Pastinya menjengkelkan bagi mereka yang memasak di dapur kerana semut yang halus sentiasa menghurung bekas gula walaupun ditutup rapat dan kedap. Nak hapuskan semut? Petua mudah, letakkan bunga cengkih ke dalam gula. Semut tidak lagi akan menghurung gula kerana bau dari bunga cengkih itu.
7. Hilangkan kutu beras
Bubuk atau kutu beras akan menjadikan beras anda lembik, kurang enak dan mudah basi. Halau kutu beras ini dengan hanya menggunakan cili kering. Potong dua cili kering dan letakkan ke dalam bekas simpanan beras anda. Sifat panas dan bau kuat dari cili kering akan menyebabkan bubuk atau kutu beras ini tidak bersarang pada beras anda.
8. Pastikan sayur-sayuran tahan lebih lama
Memastikan sayur anda lebih segar dan tahan lama hanya mudah sahaja. Pastikan anda menyimpan sayur anda di dalam bekas kedap udara sebaik sahaja pulang ke rumah. Kesegaran dan ketahanan sayur anda pastinya akan terpelihara lebih lama.
9. Halau lalat dari hinggap pada makanan
Lalat merupakan salah satu masalah utama bagi memastikan kebersihan makanan anda terjaga. Untuk menghalau lalat anda ini dengan cara yang lebih semulajadi, ambil daun kari dan letakkan di kawasan yang sering dihinggapi lalat. Anda akan lihat perubahan ketara kerana bau dari daun kari tidak disukai lalat.
10. Elakkan terkena percikan minyak panas
Pastinya bagi anda yang baru belajar memasak, atau sudah lama, percikan minyak panas semestinya membuatkan anda berhati-hati semasa menggoreng. Untuk mengelakkan anda terkena percikan minyak panas ini, mudah sahaja.
Ambil sepotong limau nipis dan perahkan ke dalam minyak masak sebelum dipanaskan. Hasilnya, tiada lagi percikan minyak panas dan anda juga akan lihat perbezaan bau dan rasa masakan yang digoreng dengan aroma yang lebih enak.
Artikel Berikut: Rupanya Kena Kelar Sebelum Tanam Untuk Hasilkan Ubi Kayu Banyak
Jangan lupa untuk mencuba petua dan tip yang kami kongsikan dengan anda! Jikalau anda mempunyai komen atau lebih banyak tips, jangan segan silu untuk berkongsi bersama IMPIANA. Selamat mencuba!
KLIK DI SINI untuk pembelian 4 In 1 Hand Blender Set Pengisar Pegang Tangan Electric, memang wajib ada di ruang dapur anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI