Siapa sahaja yang tidak gemarkan ruang dalaman kediaman yang tampak luas, betul tak? Boleh dikatakan, hampir semua orang gemarkan untuk memiliki sebuah kediaman atau ruang dalaman rumah yang luas.
Bagi anda yang memiliki sebuah rumah yang ruang dalamannya kecil dan terhad, sudah pasti ingin mengetahui cara dan langkah yang boleh dilakukan supaya ruang dalaman rumah tampak lebih luas dari sebelumnya.
Malah, tidak dinafikan juga perkara sedemikian turut telah menjadi persoalan orang ramai. Maka oleh itu, IMPIANA kongsikan 3 tip dekorasi hiasan dalaman rumah yang bertemakan konsep minimalis untuk dijadikan sebagai panduan.
1.PEMILIHAN PERABOT
Untuk memiliki dekorasi hiasan dalaman rumah yang luas dan bertemakan konsep minimalis seperti ini, pemilihan perabot sangat memainkan peranan penting. Ini kerana, seperti umum mengetahui, pemilihan perabot yang bersaiz besar boleh memberikan impak terhadap sesuatu ruang dalaman rumah.
2.WARNA DINDING
Perkara kedua yang anda perlu tahu adalah dalam soal pemilihan warna dinding dalaman rumah. Anda disarankan untuk menggunakan warna yang terang seperti putih bagi mahu menampakkan ruang dalaman rumah yang lebih luas.
3.LANTAI
Bukan sahaja warna dinding memainkan peranan penting, malah pemilihan warna lantai juga turut penting terhadap ruang dalaman rumah. Untuk maklumat anda, pemilihan warna yang terang membolehkan sesuatu ruang dalaman rumah anda tampak lebih luas.
Sumber: Twitter Idea DEKO
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Sudah Bosan Dengan Tempat Peranginan Yang Biasa? Apa Kata Cuba Resort Tasik Kebun Di Serendah, Sangat Menarik!