Dapur, antara bahagian paling kritikal didalam kediaman untuk ruang simpanan yang mencukupi. Bahan dan barang tersusun rapi bukanlah hanya bagi tujuan kelihatan cantik dan kemas, malah ia lebih kepada kebersihan.
Untuk memastikan ruang tersedia digunakan sepenuhnya, Zilly Ekieyda Full menggunakan rak dinding plastik dari kedai RM 2.10 untuk menyusun barang pada pintu kabinet dapur sebagai ruang simpanan tambahan
Haritu pergi ECO… Jumpa bekas putih nie…beli terus 12pcs (mase tu memang tinggal 12pcs je color putih) yang lain ade lah color hijau & purple…bila balik rumah duk pikir nak buat ape ye beli banyak-banyak.
Nak lekat kat toilet, kat toilet daj ade da lebih kurang bekas cmnie…pastu pikir punyer pikir dapat idea lekat kat pintu cabinet.
Bila suami bukak cabinet tengok, dia kata dah macam bukak PETI AIS, TAPI die kate OK lah tersusun senang nak amik barang nanti.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Menurut Kajian, Kaum Lelaki Yang Rajin Buat Kerja Rumah Lebih Tinggi EQ nya
Kerja-kerja rumah seperti membersih, memasak, mencuci pakaian sudah lama sinonim dengan kaum wanita. Jadi, beruntunglah buat anda yang mempunyai suami, anak ataupun kenalan lelaki yang tidak kekok melakukan kerja rumah. Kerana menurut kajian, lelaki yang sering membantu pasangan dengan hal-hal di rumah ini mempunyai EQ yang tinggi selain lebih sihat dan bahagia.
Menurut kajian yang dilakukan oleh Dr. Huang Wei Li, lelaki yang rajin melakukan kerja rumah akan memperoleh 3 kebaikan utama buat diri mereka iaitu tahap EQ yang tinggi, tubuh badan yang sihat serta kehidupan yang lebih tenang dan bahagia.
Manfaat ini dapat dilihat melalui kecekapan mereka dalam menyelesaikan tugas. Apabila mereka pulang dari kerja dan terus membantu dengan kerja rumah, ini bermakna mereka bijak mengurus masa untuk tugas yang berbeza sehingga selesai.
Tambah Doktor dari Taiwan itu lagi, lelaki yang rajin mengemas rumah pasti tahu bagaimana untuk meredakan tekanan dan mengelakkan dari menggunakan emosi dalam apa jua keadaan. Mereka juga mempunyai kehidupan yang baik kerana lebih banyak meluangkan masa di rumah bersama keluarga.
Dr. Huang juga ada menerangkan bahawa kerja rumah seperti membasuh pakaian, membersihkan lantai, menyediakan hidangan merupakan salah satu bentuk senaman yang sangat baik untuk dilakukan terutama selepas makan malam.
Kelebihan Kaum Lelaki Membantu Melakukan Kerja Rumah :
1. Mereka lebih empati terhadap pasangan dan keluarga mereka yang akan memberi manfaat dalam jangka masa panjang. Hal ini dapat membantu membina hubungan yang berpanjangan dan bahagia.
2. Suami yang tidak keberatan berkongsi kerja rumah dengan pasangan menjadi semakin bijak mengawal emosi.
3. Menjaga rumah dengan adil dan mempunyai gaya hidup sihat kerana mereka banyak menghabiskan masa di rumah berbanding luar.
SUMBER : GOODTIMES
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Cara Mudah Baik Pulih Cat Dinding Mengelupas
Tembok atau dinding kediaman yang mengelupas tidak kira interior mahupun exterior adalah antara perkara yang biasa berlaku. Bahkan, masalah ini kerap berlaku pada dinding yang baru dicat. Jika hal ini terjadi pada dinding rumah anda, janganlah terburu-buru untuk memanggil tukang untuk memperbaikinya kerana ada beberapa cara mudah yang boleh anda lakukan sendiri.
Artikel berkaitan: Punca Utama Cat Di Dinding Mengelupas
CARA MEMPERBAIKI CAT PADA DINDING ATAU TEMBOK YANG MENGELUPAS
Setelah kenalpasti punca cat anda mengelupas, barulah tindakkan baik pulih boleh dilakukan. Namun jika puncanya disebabkan oleh dinding yang lembap, masalah tersebut perlu diselesaikan terlebih dahulu. Jika tidak, masalah sama akan berlaku semula. Berikut, langkah-langkah baik pulih yang perlu dilakukan
1. Bersihkan dinding dan Kupas cat lama
Bersihkan terlebih dahulu dinding anda dari sebarang kotoran. Selesai, kupas atau singkarkan semua lapisan cat lama. Boleh guna water preasure atau kikis dengan scrap. Hal ini membantu cat baru yang dialis dapat diserap dan lekat sempurna pada permukaan dinding
2. Haluskan permukaan dinding
Selesai menyingkirkan lapisan cat pada dinding, gunakan kerats pasir untuk menghaluskan permukaan yang kasar. Disamping itu juga, teknik ini juga dapat menanggalkan lapisan cat degil yang sukar ditanggalkan. Teknik ini dapat memastikan dinding anda dalam keadaan kemas dan sedia meneriam cat baru. Secara tidak langsung, ia dapat memberi kesan cat yang lebih cantik dan kemas
3. BERSIHKAN DENGAN AIR BERSIH
Langkah terakhir membersihkan tembok atau dinding yang mengelupas adalah cucian menggunakan air. Siram air bagi menyingkirkan kotoran yang tersisa terutamanya habuk yang terhasil disebabkan dinding yang digosok denagn kertas pasir. Selesai dicuci dengan air, biarkan dinding kering sepenuhnya sekurang-kurangnya 3-4 jam
4. Aplikasi cat
Sesai dinding kering sepenuhnya, proses mengecat bolehlah dilanjutkan. Permulaan proses mengecat, cat asa atau dasar perlu dilakukan. Pilih cat asas yang kurang akndungan kapur nya atau Alkali Resisting Primer untuk memastikan lapisan cat yang kedua dapat lekat sepenuhnya. Pastikan cat asas di sapu sepenuhnya dan rata hingga menutupi pori dinding
5. Alis cat berwarna
kebiasaanya, cat asas mengambil masa 3 jam untuk kering sepenuhnya. Selesai kering, bolehlah disapukan warna cat yang menjadi piliha. Pastikan anda menggunkan roller untuk permukaan mendatar luas dan berus bagi kemasan bersudut sempit dan kecil. Lakukan teknik mengecat dari atas ke bawah. Dan pastikan, ketika sapuan cat pada berus atau roller tidak kering. Jika terlalu kering, ia akan meninggalkan kesan tekstur yang tidak menarik. Jika perlu, cat berwarna perlu di lapiskan lagi sekali selepas lapisan pertama kering sepenuhnya untuk mendapatkan kesan warna yang lebih menarik
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Kediaman Townhouse Dengan Elemen Moden Inggeris
Impak Wow Factor
Elegan dan menakjubkan. Inilah yang boleh penulis simpulkan tatkala melangkah masuk kedalam kediaman yang didiami sebuah keluarga harmoni ini. Puan Mell Amelia dan suami sama-sama bersetuju untuk menghias setiap ruangan dengan konsep moden inggeris yang dilihat amat dekat dengan personalitinya.
Berbeza dengan kediaman teres biasa, rumah jenis townhouse ini merupakan kediaman bertingkat dikawasan perumahan moden yang digabungkan dengan sebuah atau lebih rumah yang lain diatas ruang kawasan yang sama. Walaupun begitu, bukan bermaksud pemilik tidak dapat menikmati privasi dalam keselesaan ruang mereka sendiri. Ia masih lagi menyajikan keselesaan kepada mereka yang bijak menyusun atur dan menata rias seperti Mell Amelia ini.
Rumah yang baru sahaja didiami selama setahun ini mempunyai 3 tingkat termasuk pintu utama yang terletak di aras tanah. Ia dilengkapi tiga bilik tidur serta 4 bilik air yang cukup selesa buat mereka sekeluarga yang sememangnya mementingkan ruang yang memberi kenyamanan.
KOMPAK DAN SELESA
Keselesaan optimum dapat dicapai jika isi rumah dan keluasan keseluruhan seimbang dan ia berupaya memenuhi kehendak setiap individu. Pelbagai aktiviti dan fungsi berlainan bagi setiap ruang juga dapat memberi impak terhadap tahap keselesaan kediaman.
Mell dan suami sudah lama mengimpikan kediaman yang lebih luas berbanding rumah jenis service apartment mereka yang terdahulu. Memandangkan bilangan ahli keluarga juga semakin meningkat, pilihan ini adalah yang paling tepat buat keluarga ini. Keluasan 2.6 kaki persegi, kediaman ini dapat menempatkan kesemua ahli keluarga ini .
ELEGAN SENTUHAN PERIBADI
Mell Amelia, ibu kepada 4 orang cahaya mata ini juga sebetulnya merupakan juru hias dalaman jadi tidak hairan lah jika kediamannya sendiri terlihat amat gah dan penuh dengan sentuhan eksklusif yang tidak boleh didapati dimana-mana pun.
Ujar Mell, “Kami bersama-sama berusaha mencari idea untuk konsep kediaman dan pilihan bilik masing-masing. Proses ini bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga telah mengeratkan lagi hubungan kami sekeluarga”.
Komunikasi sesama ahli keluarga juga amatlah penting bagi memastikan tiada yang rasa ketinggalan selain menjamin keselesaan untuk semua isi rumah.
KARAKTER KAMAR BERADU
Warna hitam dilihat sebagai taboo dan amat jarang sekali kita lihat dinding dalam rumah dicat hitam kerana ianya menyerap haba dan boleh membuatkan sesebuah ruang tampak kecil dari saiz sebenarnya. Tetapi berlainan dengan bilik tidur anak perempuan Puan Mell yang di cat hitam dengan lantai kayu. Semakin dilihat, semakin cantik dan elegan sekali.
Pencahayaan dan saiz bilik memainkan peranan agar ruang tidak kelihatan sesak atau sempit. Keluasan bilik tidur ini amat sesuai dimuatkan sebuah katil bersaiz queen, almari baju built-in serta satu sudut solek untuk pemiliknya. Kemasan wainscoting yang simple pada dinding hitam juga telah memberikannya tekstur dan elemen 3D untuk menghidupkan lagi ruang.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI