Ada tak di kalangan anda yang gemarkan konsep dekorasi hiasan dalaman rumah yang bertemakan gaya ala Hollywood Style seperti ini? Konsep yang mengetengahkan ciri-ciri elemen glamor dan mewah ini sudah semestinya menjadi kesukaan ramai khususnya buat mereka pencinta filem antarabangsa.
Melihat pada mata kasar sahaja pasti anda sudah mampu menwujudkan ciri utama yang harus ada untuk penataan ala Hollywood Style ini. Semestinya ia menjelmakan suasana glamor dan mewah.
Tidak terhad kepada fabrik dan kayu sahaja, material daripada elemen lain turut digunakan seperti kristal,tembaga dan labuci. Kebanyakkan perabot seperti meja sisi dan ottoman menggunakan kayu seperti mahogani, mapel dan bic yang kebanyakannya berasal dari Amerika Syarikat.
Manakala untuk pemilihan warna pula, palet warna cerah dan berkilau seperti warna metalik, emas dan permata sesuai dipadankan pada perabot dan kemasan lembut. Gandingkan bersama warna neutral seperti putih dan hitam untuk warna seting ruang dan mencetuskan kontras, seperti warna dinding dan juga warna kusyen.
Terdapat beberapa aksesori yang sesuai untuk digayakan, seperti arca, lampu vintaj, lukisan dan foto hitam putih. Bagi menambahkan seri, lampu candelier kristal vintaj digunakan bagi mewujudkan pencahayaan aksen yang elegan. Di meja sisi pula, lampu meja terendak moden boleh dipadankan bersama.
Foto: Carian Pinterest
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Baca artikel berikutnya: Ingin Hasilkan Dekorasi Dalaman Rumah Bertemakan ‘Scandinavian’? Ini Senarai Aksesori Yang Wajib Anda Ada!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI