Selalu apabila berkunjung ke hotel dan mall serta menaiki lif, anda pasti ternampak butang G mewakili Ground floor dan B sebagai Basement, tetapi anda tahu apa itu butang M? Ia adalah butang menuju ke tingkat diantara tingkat G dan tingkat 1. Ada yang mengatakan bahawa mezzanine tidak dikira sebagai satu tingkat kerana ianya terletak di tengah-tengah antara satu tingkat terutamanya jika tingkat tersebut mempunyai siling yang tinggi.
Dalam industri logistik serta perkilangan, mezzanine dianggap satu bahagian tambahan yang bertindak sebagai rak penyimpanan di dalam satu bahagian yang luas. Itu sebab, Kita dapat lihat mezzanine dibina di dalam kilang, gudang simpanan dan pelbagai lagi kegunaanya diaplikan dalam sektor industri berskala besar.
Oleh itu, IMPIANA ingin mengecilkan sedikit skop mezzanine ini di dalam bahagian dekorasi kediaman yang mana ianya dikenali sebagai alternatif kepada rumah yang terhad dari segi ruang tetapi mempunyai siling yang tinggi lebih daripada kediaman yang lain.
Jika anda ingin membina mezzanie di dalam rumah, terdapat beberapa kriteria yang perlu anda pastikan seperti:
a) Mempunyai ukuran siling 3 meter ke atas atau double volume
Mezzanine selalu dilihat dalam rumah jenis townhouse, studio dan kawasan industri eperti unit gudang. ini kerana binaan silingnya berukuran 3 meter keatas atau dikenali sebagai double volume ceiling. Seperti unit studio house. untuk menggandakan ruang dan mewujudkan kesan visual yang luas, pemaju akan membina saiz setiap unit menjadi mezzaninen. Namun, untuk kediaman jenis lain, tidak mustahil untuk anda menyediakan ruang mezzanine, namun pastikan bukaan di ruang atas mencukupi untuk digabungkan. Ini kerana terdapat juga unit kediaman siap yang diubah suai dengan memecahkan bahagian siling untuk dijadikan ruang mezzanine
b) Aliran udara yang bagus
Selalunya mezzanine dalam rumah letaknya berdekatan dengan permukaan siling, kalau rumah anda jenis highrise tingkat atas, mesti panas ataupun unit kediaman yang bertingkat pasti akan berasa panas terutamanya di siang hari sehinggalah ke peralihan antara malam dan siang. Mungkin ada keperluan untuk memasang pendingin hawa serta filter film untuk dilekatkan kepada tingkap skylight
rumah untuk kurangkan kadar UV yang masuk.c) Mempunyai kelulusan dari JMB dan Majlis Bandaraya
Memang benar unit tersebut sudah menjadi milik anda, tetapi harus diingat, untuk membina ruang tambahan terutamanya di rumah high rise, anda melibatkan banyak pihak kerana terdapat penambahan baru dari segi struktur pembinaan. Pastikan ada kelulusan daripada JMB (Badan Pengurusan Bersama) kerana anda melibatkan keselamatan penduduk lain dari segi kemasukan kontraktor dan kemungkinan bunyi bising semasa proses renovasi dijalankan.
Selain itu pastikan anda dapatkan juga kelulusan renovasi daripada majlis bandaraya tempatan mengikut mukim yang anda duduki. INGAT, jika anda skip prosedur ini, anda mungkin berhadapan dengan denda yang jauh lebih mahal daripada kos membina mezzanine itu sendiri.
d) Dapatkan khidmat nasihat dari pakar
Pakar disini merujuk kepada arkitek bangunan, kontraktor binaan dan pereka dalaman. Khidmat nasihat mereka amat diperlukan untuk merealisasikan impian anda kerana pemilik kediaman hanya mempunyai rancangan, tetapi mungkin dari sudut pelaksanaanya anda perlukan sesorang yang pakar dalam bidang ini.
e) Hiasinya ikut kreativiti anda
Apabila semuanya sudah selesai, tiba masa untuk anda serlahkan kreativiti yang terpendam dalam konsep dekorasi ruang tambahan mezzanine. Gunakan ia dengan sebaiknya.
Penjelasan serta tips sudah diberikan, jadi selepas ini jika anda lihat dalam rumah anda mempunyai ukuran siling melebih 3M, anda tahu apa yang perlu dilakukan dan jika buntu, ikuti koleksi idea di bawah ini untuk design ruang tambahan di dalam rumah anda.