Rumah banglo cantik di kampung tapi di Malaysia hidup di rumah kongsi atau bilik sewa semurah mungkin. Ini perkara biasa buat warga asing yang berhijrah ke negara ini demi mencari rezeki.

Mereka sanggup bekerja di lapangan yang memerah tenaga, mencatu makanan dan jimat selagi boleh demi menyimpan wang untuk kesenangan keluarga yang ditinggalkan.

Tak dinafikan setelah bertahun bekerja dan membuat tabungan ramai kalangan mereka dapat memperbaiki taraf hidup keluarga di sana dan mampu membina kediaman yang elok di kampung halaman. Malah ramai juga warga seberang ini berupaya membina banglo besar hasil dari bekerja di Malaysia.

Begitulah kisah yang dikongsikan oleh seorang individu di Indonesia tentang beberapa buah kediaman milik jirannya yang bekerja di Malaysia.

Banglo besar tapi tiada penghuni

Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @ana.izzati7, wanita berkenaan sedang meninjau rumah-rumah tersebut yang masih dalam pembinaan.

Ads

“Madura, rumah besar-besar semuanya. Tetapi penghuninya tiada, semua sedang mencari duit. Ini jiran saya, orangnya tiada kerana bekerja di Malaysia,” kata @ana.izzati7.

Dalam video berkenaan, wanita berkenaan menunjukkan tiga buah rumah yang dibina oleh jiran-jirannya, hasil mencari rezeki di Malaysia.

Berdasarkan video tersebut, dapat dilihat saiz rumah seperti kediaman banglo yang mungkin kos pembinaannya mencecah ratusan ribu ringgit atau boleh jadi jutaan jika di negara ini.

Ads

Video tersebut mendapat lebih 160 ribu tontonan malah mendapat perhatian daripada rakyat Malaysia sendiri bila ramai yang memberikan komen dan bertanya tentang kos pembinaan rumah tersebut.

Kos bina banglo RM100k

Menurut wanita ini beliau menganggarkan kos pembinaan rumah berkenaan di Madura adalah sekitar 360 juta Rupiah (kira-kira RM100,000).

Ads

Dalam pada itu, rata-rata warga maya mengagumi semangat yang ditunjukkan oleh rakyat Indonesia yang sanggup berkelana ke luar negara mencari rezeki.

Sumber:ana.izzati7

Mesti Baca: Warga Indonesia Bina Banglo Harga RM700K Di Kampung, Hasil Gaji Kerja Di Malaysia!

Baca Lagi: 10 Tahun Kerja Keras, Capai Impian Bina Rumah Banglo Untuk Keselesaan Mak Ayah

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI