Bagi anda yang menetap di sekitar kawasan perumahan Jalan Bukit Gasing, Petaling Jaya sudah pasti mengetahui dengan kewujudan sebuah rumah banglo besar yang sudah lama tidak berpenghuni terletak di atas bukit kawasan perumahan tersebut.
Pelbagai spekulasi cerita dari orang ramai mengenai rumah banglo tersebut sehingga ada yang mendakwa rumah tersebut ‘berhantu’ dan sangat menyeramkan.
Bukan itu sahaja, ada juga segelintir yang mengatakan rumah banglo yang tertera tulisan SG pada pintu pagar utama kediaman tersebut sering berlaku pelbagai kejadian mistik yang menakutkan.
Kini, akhirnya rumah banglo tersebut difahamkan telah berjaya dijual dengan harga lelongan sebanyak RM4,400,000 pada Selasa.
Meski kediaman tampak besar sehingga ada yang beranggapan ia sebagai sebuah rumah banglo, tetapi sebenarnya kediaman ini jenis rumah 2 tingkat berkembar.
Ads
Dengan nilai harga lelongan yang dijual, kediaman ini boleh dikatakan sebagai sangat murah dengan nilainya. Kerana lokasi kediaman ini strategik dan sangat berdekatan dengan pusat bandar Kuala Lumpur.
Ads
Sejauh mana kebenaran cerita mengenai kediaman ini yang dikatakan ‘berhantu’ dan sering berlakunya pelbagai kejadian mistik, sehingga kini belum diketahui kebenarannya dan masih menjadi misteri kan?
Sumber: Facebook Muhammad Ishaq
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Courtyard dalam bahasa mudah difahami merupakan taman didalam rumah yang dikelilingi pagar atau bangunan. Sama ada dibina di dalam atau di luar kediaman, ternyata ruang ini mempunyai kelebihannya tersendiri. Courtyard juga berperanan sebagai ruang terbuka yang boleh menyeimbangkan dan menyejukkan suhu dalam kediaman. Selain itu, ia juga memberikan aliran udara yang lebih sihat, privasi, dan ketenangan kepada penghuni. Jika anda sedang berkira-kira untuk mewujudkan sebuah kediaman yang harmoni dan dekat dengan alam semulajadi, inilah salah satu pilihan bijak yang boleh anda pertimbangkan.
Berikut merupakan kelebihan untuk kediaman yang memiliki courtyard :
Pencahayaan
Selain berperanan sebagai salah satu langkah mengurangkan penggunaan tenaga elektrik, limpahan cahaya matahari melalui ruang terbuka di courtyard juga dapat mempengaruhi faktor kesihatan penghuni.
Pengudaraan
Sumber ventilasi semulajadi yang membekalkan udara segar dari luar juga dapat meningkatkan kualiti oksigen. Pengudaraan di kawasan courtyard dapat menurunkan suhu kediaman menjadikannya lebih sejuk dan segar walaupun ketika musim panas.
Pembahagi Ruang
Ia juga bertindak sebagai pemisah ruang di dalam rumah. Contohnya, courtyard yang terletak antara ruang tamu dan bilik tidur dapat meningkatkan privasi di antara kedua kawasan ini dan sebagai pembahagi ruang makan dan dapur.
Persekitaran Nyaman
Dengan perancangan yang rapi dan tepat, sebuah courtyard dapat dijadikan satu ruangan santai yang selesa menepati segala aspek kehidupan yang memerlukan kesegaran alam semulajadi didalam rumah.
Gambar: Hasil Carian Google
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Solusi Kembali Bekerja Setelah Pendemik Dengan Model Kerja Hibrid. Model kerja hibrid kini menjadi paradigma kerja baru bagi abad ke-21, di mana para pekerja diberi pilihan sama ada bekerja dari rumah, ruang kerja yang berdekatan atau ibu pejabat pusat secara berselang seli.
IWG penyedia ruang kerja fleksibel terbesar di dunia telah membuka dua pusat baru yakni Spaces Exchange 106 dan Regus Bukit Bintang City Centre, sebagai salah satu daripada rangkaian miliknya yang merangkumi lebih daripada 3,300 lokasi di seluruh dunia, bagi memenuhi peningkatan permintaan untuk penyelesaian model kerja hibrid.
Didorong oleh pandemik, organisasi dari pelbagai saiz kini semakin menghargai manfaat model kerja hibrid yang dapat mengurangkan secara signifikan masa untuk para pekerja berulang alik dan menambah baik keseimbangan kerja dan kehidupan.
Menurut kajian yang dijalankan oleh IWG, 77% pekerja menyatakan bahawa mereka lebih mengutamakan ruang kerja yang lebih dekat dengan rumah untuk rancangan pekerjaan mereka yang seterusnya. Keinginan untuk bekerja lebih dekat dengan rumah telah mencetus penggunaan konsep hab dan jejari atau hub and spoke, di mana mereka selalunya beroperasi dari pejabat utama (hab) dan menggunakan pejabat satelit atau ruang kerja (jejari) supaya para pekerja mempunyai tempat kerja profesional yang berdekatan dengan rumah mereka.
Pengurus Negara IWG Malaysia, Vijayakumar Tangarasan berkata, “Kami dengan sukacitanya mengalu-alukan Spaces Exchange 106 dan Regus Bukit Bintang City Centre sebagai ruang kerja IWG yang ke-39 dan ke-40 di Malaysia, mengukuhkan lagi rangkaian kami bagi memenuhi peningkatan permintaan untuk penyelesaian model kerja hibrid.”
Model Kerja Hibrid
Sejak bermulanya pandemik ini, model kerja hibrid telah diguna pakai oleh jutaan pekerja di seluruh dunia dan IWG telah menyaksikan rangkaiannya berkembang pesat dengan penambahan lebih daripada dua juta pengguna baru. Selain daripada itu, IWG juga telah menandatangani perjanjian perusahaan terbesarnya dengan syarikat seperti NTT untuk 300,000 pekerja dan Standard Chartered untuk 95,000 pekerja.
Peralihan kepada model kerja hibrid membolehkan syarikat mengecilkan jumlah hartanah yang dimiliki atau disewa oleh mereka, mengurangkan kos overhed dan memberikan mereka fleksibiliti yang tidak dapat ditandingi kontrak tradisional.
Model kerja hibrid mempunyai banyak kelebihan, terutamanya untuk orang di dalam organisasi, planet dan kewangan syarikat berkenaan. Model kerja hibrid bukan sahaja dapat menambah baik keseimbangan kerja dan kehidupan, tetapi ia juga boleh meningkatkan produktiviti. Kajian Ruang Kerja Global yang dijalankan oleh IWG menunjukkan bahawa 89% responden berkata model kerja hibrid membolehkan perniagaan menjadi lebih produktif.
Dengan peningkatan lokasi di tengah-tengah komuniti tempatan, penggunaan ruang fleksibel boleh memainkan peranan penting dalam usaha mengurangkan pelepasan karbon daripada kenderaan.
Spaces Exchange 106 & Regus Bukit Bintang City Centre
Spaces Exchange 106, yang terletak di tingkat 23, adalah antara 10 bangunan pejabat tertinggi di dunia. Menawarkan 3,559 meter persegi penyelesaian ruang kerja fleksibel, yang boleh disesuaikan, ruang kerja moden ini mewujudkan suasana yang serba mewah dengan ruang penyambut tetamu dan lobi yang anggun, berserta dengan pemandangan panorama Kuala Lumpur seluas 360 darjah yang pastinya mampu mencetuskan inspirasi. Terletak di tengah-tengah pusat kewangan baru Malaysia, Spaces Exchange 106 menempatkan 124 pejabat peribadi dan 3 bilik mesyuarat, serta dilengkapi dengan ruang serbaguna dan Wi-Fi berkelajuan tinggi bagi membolehkan perniagaan bekerja pada kapasiti mereka yang terbaik.
Sementara itu, Regus Bukit Bintang City Centre pula terletak berhampiran dengan salah satu persimpangan tersibuk di Kuala Lumpur dan berdekatan dengan rangkaian pengangkutan awam utama. Bakal dilancarkan secara rasmi pada Februari 2022, ruang kerja ini menempatkan pejabat peribadi dan bilik mesyuarat, serta ruang serbaguna yang luas bagi membolehkan para pekerja menikmati suasana kerja dan riadah dengan mudah. Oleh kerana lokasinya yang strategik, tempat-tempat tarikan seperti pawagam, dewan konsert, pusat membeli-belah, taman dan restoran semuanya terletak berhampiran.
Penambahan kedua-dua ruang kerja tersebut meluaskan lagi portfolio IWG dalam menyediakan penyelesaian hujung-ke-hujung untuk ahlinya di negara ini dan memenuhi permintaan untuk ruang kerja profesional dan fleksibel. Selain daripada itu, ahli ruang kerja bersama Regis turut diberi akses kepada lebih 3,300 lokasi ruang kerja fleksibel di 1,100 bandar raya di seluruh dunia, dengan pelbagai kemudahan bagi menyokong keperluan perniagaan mereka, termasuk sokongan IT, perkhidmatan penyambut tetamu dan pejabat maya.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.