RUMAH Baru Beli Banyak Rosak, 10 Tindakan Boleh Dilakukan Elak Pemaju ‘Lepas Tangan’. Dalam keterujaan mendapat kunci rumah baru, sebelum berpindah masuk periksa dahulu keadaan rumah yang tersebut. Jika berlaku sebarang kecacatan mahupun kerosakan “defect”, sebagai pemilik ini 10 tindakan yang perlu dilakukan, supaya pihak pemaju tidak sambil lewa dan lepas tangan enggan membaiki rumah tersebut.
Baca perkongsian ilmu daripada Peguam Hartanah, Salkukhairi Abd Sukor ini sebagai panduan.
RUMAH BARU BANYAK ROSAK. 10 PERKARA INI YANG PATUT ANDA LAKUKAN
Pasti ramai yang seronok bila terima kunci rumah baru daripada pemaju. Rumah yang ditunggu-tunggu kini akhirnya siap sepenuhnya dan boleh diduduki.
Tetapi masuk sahaja dalam rumah, anda dapati terlalu banyak kerosakan dan kecacatan pada rumah tersebut. Tidak seperti yang anda harap harapkan. Jika anda menghadapi masalah tersebut diatas, apakah yang patut anda lakukan?
Disini saya kongsikan apakah yang patut anda lakukan apabila mendapati rumah baru anda banyak rosak.
Tempoh Liabiliti Kecacatan Waranti 24 Bulan
Tahukah anda, sekiranya anda membeli rumah yang dalam pembinaan dengan Pemaju, anda memperolehi tempoh liabiliti kecacatan (defect liability period) atau dalam bahasa mudahnya dipanggil tempoh waranti selama 24 BULAN mulai daripada TARIKH SERAHAN MILIKAN KOSONG (atau dalam bahasa mudahnya, tarikh serah kunci) rumah tersebut.
Ertinya, dalam tempoh tersebut sekiranya berlaku kerosakan terhadap rumah tersebut, maka Pemaju bertanggungjawab, atas kos dan perbelanjaan mereka sendiri, untuk membaiki segala kerosakan tersebut.
Macam mana cara nak mintak Pemaju baiki kerosakan? Bolehkah sekadar telefon pejabat Pemaju begitu sahaja? Kalau Pemaju lambat atau enggan baiki, macam mana cara yang patut anda buat?
Ads
Sila ikuti sepenuhnya apa yang saya nyatakan dibawah ini:-
1. Jika berlaku kerosakan terhadap rumah anda, sila tulis SURAT RASMI kepada Pemaju.
Senaraikan kerosakan tersebut satu persatu. Kalau boleh sila ambil gambar kerosakan tersebut dan lampirkan bersekali dengan surat rasmi tersebut.
CC surat tersebut kepada Peguam yang menyediakan Perjanjian Jual Beli.
2. Sila hantar Surat tersebut kepada Pemaju dan Peguam dengan 2 cara sahaja, iaitu sama ada secara Pos Berdaftar atau serah terus dengan tangan ke pejabat Pemaju dan pejabat Peguam dan dapatkan tandatangan dan cop akuan terima daripada Pemaju dan Peguam.
Cara lain tidak dibenarkan oleh undang-undang.
3. Beri tempoh 30 HARI kepada Pemaju mulai daripada tarikh Pemaju terima Surat tersebut untuk mereka baiki kerosakan.
Ads
4. Sekiranya Pemaju tidak baiki kerosakan dalam tempoh 30 HARI, sila lantik kontraktor anda sendiri untuk tujuan tersebut.
5. Dapatkan sebutharga daripada kontraktor anda terlebih dahulu untuk kos baiki kerosakan tersebut.
6. Serahkan secara rasmi sebutharga kontraktor tersebut kepada Pemaju dan CC sebut harga tersebut kepada Peguam dan beri peluang lagi kepada Pemaju untuk baiki kerosakan tersebut dalam tempoh EMPAT BELAS (14) HARI.
7. Jika Pemaju masih tidak baiki kerosakan selepas tempoh 14 hari tersebut tamat, sila arahkan kontraktor anda memulakan kerja-kerja pembaikan sehingga siap.
8. Selepas sudah siap baiki, sila tuntut kos pembaikan kerosakan tersebut daripada Peguam dengan mengemukakan invois asal kerja-kerja pembaikan kerosakan tadi kepada Peguam.
9. Peguam hendaklah membuat bayaran kepada kontraktor dengan memotong daripada wang pertaruhan 5% daripada harga jual beli yang dipegang oleh Peguam.
Ads
10. Kalau Pemaju dan Peguam tidak beri kerjasama, anda boleh failkan Tuntutan di TRIBUNAL PEMBELI RUMAH.
Walaupun semua perkara yang saya sebut diatas dinyatakan dengan jelas dalam Perjanjian Jual Beli, saya percaya masih ramai pembeli diluar sana yang belum mengetahui tentang hak mereka.
Terima kasih.
Salkukhairi Abd Sukor
Timbalan Presiden
Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam)
IMPIANA: Jadi sekiranya rumah yang baru sahaja dibeli mengalami kerosakan atau sebarang kecacatan, boleh ikut langkah yang dikongsikan ini sebagai panduan.
Lampu gantung beri suasana indah di meja makan, yang ramai tak perasan elemen lampu gantung pada meja makan akan menghasilkan elemen yang cukup memukau.
Indahkan kaunter makan mu dan ruang makan utama kediaman dengan pemilihan lampu yang tepat. Kini ramai di kalangan kita yang mempunyai ruang makan yang cukup gah dan cantik. Pemilihan perabot dan hiasan dinding serta jambangan bunga tengah sebagai pelengkap gaya. Luar biasa.
Cuma adakala gara-gara pemilihan lampu yang silapmenjadiikan ruang akan atau kaunter makan kita kurang perisa. Kurang ummph….kita sendiri tidak tahu apakah kurangnya ruang makan kita ini. Tetapi ia dapat dirasakan oleh tuan rumah. Pemilihan lampu gantung atau pendant light sememangnya cukup indah dan khusus buat ruang makan. Cahaya samar yang lebih dekat namun tidak panas apa lagi menyilaukan mata.
Makanan nampak terang dan menarik, tanpa mengganggu pandangan kita. Pada masa yang sama suasana nampak warm dan selesa untuk menikmati hidangan makan malam.Namun apa yang penting anda perlu bijak memilih rekaan yang sesuai dengan konsep kediaman. Jangan kita membeli sesuka hati dan kemudian menyesal sendiri. Cuma kini terdapat banyak rekaan asas yang cantik. Bagi mengelakkan pengguna tersilap beli. Ia sesuai untuk apa juga konsep.
Misalnya lampu bulat sfera kaca jernih yang ringkas namun cukup cantik digantung beriringan. Begitu juga jenis yang berbentuk geometri dan ada juga yang didatangkan segugus. Ilham ringkas namun sangat menarik perhatian. Simple-simple aja di IMPIANA.
KLIK DISINI untuk pembelian Luxury Modern K9 Crystal LED Ceiling Light Lampu Hiasan Siling Kristal Pendant Chandelier Lamp with Gold.
Bagi anda yang berhasrat untuk melakukan perubahan terhadap konsep dekorasi hiasan dalaman rumah yang sedia ada kepada bertemakan konsep ‘Scandinavian’, ada beberapa perkara yang wajib anda tahu sebelum melakukan transformasi tersebut terutamanya dari segi pemilihan aksesori.
Seperti umum mengetahui, bagi mendapatkan hasil dekorasi hiasan dalaman rumah yang berkonsepkan ’Scandinavian’ ini, harus menggunakan pemilihan aksesori khas dengan tema tersebut.
Maka oleh itu, pemilihan aksesori untuk dekorasi hiasan dalaman berkonsepkan ’Scandinavian’ ini harus betul dan bersesuaian dengan tema yang telah dipelopori oleh negara di Sweden, Denmark dan Norway.
Jadi mari kita lihat senarai antara aksesori yang wajib ada bagi menyempurnakan hasrat anda untuk mendapatkan hasil dekorasi hiasan dalaman rumah yang berkonsepkan Scandinavian ini.
1.PASU SERAMIK (Ceramic Vase)
Jika anda mahu memiliki pasu seramik yang kelihatan sama seperti ini, ada boleh sahaja mendapatkannya dengan membuat pembelian secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee.
2.MANIK KAYU (Wood Bead)
Kalau anda mahu memiliki Manik Kayu yang kelihatan sama juga seperti ini, ada boleh sahaja mendapatkannya dengan membuat pembelian secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee.
Kabinet dapur antara item yang mampu melengkapkan ruangan dapur anda. Kabinet dapur dipilih berasaskan material, reka bentuk, fungsi dan kos. Setiap jenis material kabinet mempunyai kebaikan dan kekurangannya sendiri. Jadi bagi anda yang ingin memilih kabinet jenis aluminium, ini merupakan kelebihannya.
Kabinet dapur aluminium sememangnya mempunyai ketahanan yang agak lama berbanding kabinet dapur material lain seperti kayu, dan MDF.
Tahan air serta tahan lama. Aluminium tidak seperti material kayu yang boleh mengalami kerosakkan atau menjadi ‘kembang’ jika tidak dijaga dengan baik.
Sekiranya anda memilih kabinet aluminum anda boleh mengelak daripada masalah anai-anai. Masalah anai-anai sering berlaku pada kabinet jenis kayu, dimana struktur luar kabinet kelihatan masih elok namun dibahagian dalam lompong dimakan dek anai-anai. Jadi berhati-hatilah!
Tidak akan berkarat kerana aluminium bukan kategori material besi yang mudah berkarat.
Material jenis aluminium ini selamat digunakan buat anda sekeluarga, kediaman dan alam sekitar.
Jangan anda sangka aluminium hanya mempunyai satu jenis warna. Sebenarnya aluminium mempunyai lebih 100 pilihan warna yang menarik.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.