Rumah baru Nubhan
Rumah baru Nubhan

Rumah impian ini bukan sahaja mencerminkan kejayaan beliau dalam industri seni, tetapi juga cita rasa dan personaliti yang tersendiri.

Menerusi hantaran di laman instagram Nubhan berkongsi berita gembira apabila rumah barunya sudah siap dengan dekorasi yang menarik.

Rumah Baru NUBHAN Siap Sepenuhnya, Dekorasi Minimalis Tetapi Tetap Elegan! Rumah Baru NUBHAN Siap Sepenuhnya, Dekorasi Minimalis Tetapi Tetap Elegan!

Dengan rekaan yang minimalis tetapi tetap elegan, Nubhan memilih untuk menghiasi rumahnya dengan dekorasi yang simple tetapi menawan.

Penggunaan warna-warna neutral seperti putih, kelabu, dan sedikit sentuhan hitam memberi suasana yang tenang dan damai di seluruh rumah.

Rumah Baru NUBHAN Siap Sepenuhnya, Dekorasi Minimalis Tetapi Tetap Elegan! Rumah Baru NUBHAN Siap Sepenuhnya, Dekorasi Minimalis Tetapi Tetap Elegan! Rumah Baru NUBHAN Siap Sepenuhnya, Dekorasi Minimalis Tetapi Tetap Elegan! Rumah Baru NUBHAN Siap Sepenuhnya, Dekorasi Minimalis Tetapi Tetap Elegan! Rumah Baru NUBHAN Siap Sepenuhnya, Dekorasi Minimalis Tetapi Tetap Elegan!

Ruang tamu yang luas menjadi tumpuan utama dengan pilihan perabot yang modern tetapi selesa.

Sofa besar dengan kain lembut dipadankan dengan meja kopi kayu sederhana, mencipta suasana yang mesra dan mengundang. Terdapat juga beberapa perhiasan dinding yang ringkas, tetapi tetap memberikan karakter kepada ruang tersebut.

Rumah Baru NUBHAN Siap Sepenuhnya, Dekorasi Minimalis Tetapi Tetap Elegan! Rumah Baru NUBHAN Siap Sepenuhnya, Dekorasi Minimalis Tetapi Tetap Elegan!

Di dapur, Nubhan mengekalkan konsep minimalis dengan kabinet berwarna putih dan permukaan kerja dari marmar yang menambah sentuhan mewah. Walaupun tidak terlalu besar, dapur ini direka untuk memaksimumkan penggunaan ruang, menjadikannya praktikal untuk kehidupan seharian.

Berikut hantaran Nubhan di laman Instagramnya.

Alhamdulillah…jom review rumah baru dah siap…tidaklah hebat mana…biasa-biasa saja.

Saya doakan kalian juga dapat apa yang kalian impikan… Aamiin

Tq @ritzreka.id kerana merealisasikan konsept dan design yang saya inginkan…Sangat berpuas hati

Hantaran Nubhan dihujani dengan ucapan tahniah di kalangan rakan selebriti dan juga warga maya. Ramai yang tumpang gembira bila rumah idaman Nubhan dan keluarganya sudah siap. Dekorasi kediaman menarik perhatian.

Berikut antara komen-komen rakan selebriti dan warga maya: 

Rumah Baru NUBHAN Siap Sepenuhnya, Dekorasi Minimalis Tetapi Tetap Elegan!

Sekadar info, Nubhan dan isteri berkahwin pada 2015 dan pasangan ini dikurniakan cahaya mata, Aafiya Kamilia berusia enam tahun, Ahmad Aaffan, empat tahun dan Afzan Nayille, dua tahun.

Sumber: Instagram Nubhan Ahamad

Mesti Baca:5 Kesilapan Besar Yang Wajib Anda Jauhi Ketika Mengubahsuai Rumah
Baca Lagi Di Sini:Ubahsuai Rumah Flat 30 Tahun Dengan Sentuhan Kontemporari Dan Tropikal Ini menarik!
Artikel Menarik:Sebelum Pindah Masuk Atau Ubahsuai Rumah Baru, Wajib Periksa 10 “Defect” Ni Dulu

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI