Pertama sekali IMPIANA ingin ucapakan ribuan terima kasih kepada pemilik rumah jenis kondominium yang jauh dari Pulau Pinang ini, yang lebih selesa dengan nama panggilan Neddya Illyasak. Berkongsi kediaman indah beliau untuk inspirasi kepada semua diluar sana. Kata Neddy rumah ini banyak mendapat inspirasi dan idea dari laman Pinterest dan juga hotel yang pernah mereka kunjungi. Kondominium dengan keluasan 2400 kaki persegi ini, cukup luas dan besar.
Ruang paling menarik perhatian kondo ini adalah ruang pakir yang cukup luas dan boleh meletak kereta di hadapan rumah, sekali pandang dah macam rumah teres. Jika anda semua ingin tahu rumah yang berkonsepkan moden ini mengenakan cat pilihanya iaitu JOTUN Majestic Almond Beige. Jom kita tengok kediaman milik wanita ini.
Memang lumrah, kuali mak-mak yang hari-hari memasak ni bahagian bontonya berkerak tebal. Tahu tak, kerak yang tebal ni boleh menyababkan kadar pemanasan haba pada kuali tidak sekata. Tu yang boleh jadi ada bahagian kualinya mudah hangus. Nak disental, bukan mudah ye. Beli produk pencuci mahal pun belum tentu berkesan.Tapi, moktihchannel ada cara paling jimat nak bersihkan kerak kuali tebal seinci tanpa memerlukan peralatan dan produk yang rumit. Jom tonton viedo yang telah disediakan mokteh
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
IMPIANA tertarik untuk kediaman milik peribadi Mira Nasyira Wahiba yang cukup mencuri pandangan. Bagi beliau keluasan rumah tidak menjadi satu halangan untuk berkarya kerana kediaman semestinya menjadi ruang yang cukup selesa dan cantik untuk dipandang setiap masa.
“Berpindah masa PKP 2.0, awal-awal dulu decided nak go for scandi industrial concept. PKP 3.0 baru start main deco2..Tiba2 terjatuh hati dengan concept mid-century modern & bohemian. So saya mixed them all”.
“Saya lebih suka warna2 vibrant boho, tapi husband pula lebih suka warna2 selamat. Demi kesejahteraan sejagat & keharmonian rumah tangga, warna2 dalam rumah ni hasil persetujuan husband & wife”.
Terang pemilik rumah dalam perkongsiannnya. pemilihan warna dan set perabot yang ada dalam ruang tamu ini cukup sempurna. Konsep Boho yang ingin mereka ketengahkan cukup mengena. Jika diperhatikan dengan sempurna Mira bijak menyusun atur perabot agar tidak nampak terlalu sesak. Hiasan dinding juga nampak lebih minimalis dengan rak hiasan melengkapi sudut ruang tamu tersebut.
Pada musim PKP ini banyak hikmah yang boleh kita katakan, lihat sahaja hasil sentuhan Mira dan suaminya bukan biasa-biasa ye. #bijakdekorimpiana.
IMPIANA ingin menjemput anda menyertai WEBINAR IMPIANA untuk mempelajari tentang bagaimana untuk membuat sistem siraman automatik sendiri dengan MUDAH dan MURAH! Jom cepat-cepat daftar diri anda di
Pokok perlukan penjagaan yang sempurna, kadang kala terlupa siram kadang-kadang terlebih siram. Dengan sistem siraman pintar ini ia dapat dilakukan tepat pada masa yang sesuai dengan hanya dihujung jari anda.
IMPIANA ingin kongsikan cara pembuatan sistem siraman automatik ini dengan mudah kepada anda semua. JOM sertai bengkel ONLINE IMPIANA untuk tambah ilmu laman anda.
Memiliki lantai yang beralaskan karpet memang mempunyai banyak kelebihan. Ia berupaya memberi keselesaan kepada kaki, malah dekorasi kediaman kelihatan mewah. Cuma satu hal yang paling tidak digemari adalah karpet menjadi tempat perangkap habuk. Habuk tak apa lagi, boleh vakum. tapi rambut atau lebih-lebih lagi bulu haiwan peliharaan adakalanya sukar dibersihkan oleh vakum.
Sebenarnya, ada cara mudah dan tak memerlukan kos yang tinggu untuk penyelesaian masalah ini. Ini bahan-bahan yang perlu anda sediakan:
Botol semburan
Pelembut pakaian
Air
Berus rambut
1. Bancuhkan Beberapa titik pelembut pakaian bersama air di dalam botol semburan
2. Sembur campuran air pelembut pakaian tadi pada permukaan karpet yang hendak di buang bulu atau rambut. Sembur sikit demi sedikit
3. gunakan berus rambut dan cuba berus permukaan karpet tadi.
Ulang langkah yang sama jika perlu. Untuk lebih mudah, gunakan berus rambut yang mempunyai pemegang lebih panjang untuk keselesaan
Sebelum merancang untuk membeli RUMAH PERTAMA, sebaiknya mempertimbangkan beberapa perkara ini dahulu supaya tidak menyesal di kemudian hari. Pembelian rumah yang betul mampu menjadi aset, sebaliknya jika tersalah beli boleh menjadi liabiti kepada pemilik.